Wednesday, September 9, 2009

SEJUK GILER ...!

Memang sejuk gila kat ofis sekarang ni. Tak tahu apa sebab. Mungkin sebab puasa atau mungkin sebab bilik saya kat tingkat 2 dari bangunan 12 tingkat (orang kata udara sejuk tu berat, sebab tu kat tingkat bawah sejuk) atau mungkin saya orang yang tak tahan sejuk atau pun mungkin aircond rosak! Aircond cakap Melayunya apa? Dulu orang panggil penyaman udara, sekarang ada yang panggil penghawa dingin dan ada juga yang panggil pendingin hawa. Saya rasa istilah penghawa dingin memang langsung tak betul, samalah tak betulnya kalau kita panggil water heater tu pengair panas. Tujuan kita pasang alat pendingin hawa untuk bagi kita bekerja dengan nyaman. Tapi bila terlalu sejuk, dah tak nyaman lagi ... terpaksa pakai baju berlapis-lapis. (Patutlah orang sekarang panggil pendingin hawa bukan penyaman udara sebab udara yang terhasil dah tak nyaman lagi) Bila masa nak ambil air sembahyang, mak datuk ... lagi sejuk, hampir tahap beku. Masuk surau lagi sejuk, sebab kurang orang. Kalau ramai-ramai berhimpit-himpit macam kat konsert mungkin tak sejuk kot! Memang sejuk gila. Bilik saya pula dinding keliling. Kalau tepi tingkap pasti saya buka semua tingkap, macam ramai kengkawan saya buat. Kalau dah buka tingkap, apa faedahnya pulak pasang pendingin hawa! Dok pusing2, jawapan tak ada juga. Mahu tak mahu selongkar lemari cari baju sejuk lama (baju sejuk ke baju panas ? ) yang pernah di pakai masa kerja tempat sejuk dulu ... pakai ke pejabat. Timbul masalah lain pula, kengkawan macam2 dok perli. Lantaklah asalkan saya tak gila kesejukan walaupun ofis saya sejuk giler!

21 comments:

  1. salam,

    errrrr opis i ni pun sejok gilos, kena pakai blazer g sana sini. masuk lab pun i pake gak.
    buka tingkap?
    bazir karen la plak. baru boss suh jimat letrik kan kan
    heeee

    salam aidilfitri
    maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  2. kat opis nih pun sejuk..

    kiter pakai shawl ke mana pergi..

    boss pun pakai kot 25 jam ihiks..

    pastu boleh perli kier "sejuk sangat ke sinih"

    halahai ^_^

    ReplyDelete
  3. sejuk susah..
    panas p0n susah..

    hu3...

    sejuk sng nk tid0...

    ReplyDelete
  4. bos..

    kerana sejuk arini kepala saya jadi berat..berpusing2...

    badan jadi kebas semua....

    pakai blazer pun same je..tak jalan...

    ReplyDelete
  5. salam.. ye ler sy pun kekadang bila panas psg ekon kat bilik, bila dah psg sejuk gigil lak.. sejuk padam nanti panas lak

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum

    tak boleh control suhu alat tu ke?

    ReplyDelete
  7. nampaknya bukan ofis saya je yg sejuk!

    biru - selamat aidilfitri juga, maaf zahir & batin .

    wanit itu - mana datang pula 1 jam lagi tu.

    sha - ini bukan lagi sejuk ... ini sudah hampir membeku. nak tido camne ... kat ofis.

    mamelly - saya x nampak pun kepala awak berpusing2 ... elok je atas leher saya tengok!

    maiyah - kalau tido sorang2 tak pe .. kalau berdua, sorang buka, sorang tutup, lama2 ekon meletup!

    aklcitizen - dah cuba adjust dulu ... orang tingkat atas pula kepanasan. Orang tingkat atas tu Menterilah pulak!

    ReplyDelete
  8. salam al-lavendari,
    keja kat pejabat menteri ke?

    apa kata suggest kat bos buat pendiang api mcm kat negeri2 sejuk tu .. :)

    ReplyDelete
  9. kat kampong panggil econsave ja..lalala~~~

    ReplyDelete
  10. cik skaf

    saya x kerja pej menteri ... buka tingkap, pakai kipas lagi senang dan jimat.

    imhepie

    org kg pun dah pakai ekon skrg!

    ReplyDelete
  11. hehe..
    keje macam kat obersea la nieh..
    okeyla xpayah susah g obersea lg..hehe

    ReplyDelete
  12. ada perkataan 'giler'!!!!
    hehehe....
    "very unlike THL!!"

    ReplyDelete
  13. DR SINGA

    ITU PASAL LAH SAYA KATA GAYA BAHASA DAN BERUBAH SIKIT !

    ReplyDelete
  14. klu tak silap perkiraan sy, lebih 10 kali perkataan sejuk diulang dlm entri ni

    .
    .
    menggambarkan betapa tuan mmg SEJUK.

    .
    .

    tiba2 sy membygkan org eskimo... sgt relevan :D

    .
    .

    ReplyDelete
  15. KTS

    untuk lebih tepat .. sebenarnya perkataan sejuk itu diulang2 sebanyak 14 kali.

    ReplyDelete
  16. sebenarnya sy sengaja tak memberi angka yg tepat utk bil. perkataan sejuk tu ;D


    .
    .



    sbb sy nak bg sikit 'kerja' utk tuan... klu tak, tuan kurang rajin nak kira..

    hihihi.. berjaya trick sy.. syabas sy!! :D

    ReplyDelete
  17. KTS

    CISS .. JUMPA NANTI SIAP AWAK SAYA KERJAKAN ! HEHE

    ReplyDelete
  18. hehe saya dah baca ttg sejuk tuan..mmg sama benar dengan pendapat saya..kalau sebelum balik jam 5 petang mmg g solat asar dulu..sejuk giler surau.masa amek euduk mcm kena karen..n solatpun mengigil-gigil..mmg sentiasa pakai kot/baju panas=)

    mmg dah jadi tak nyaman kalau terlalu sejuk..dahlah saya mmg jenis tak tahan sejuk=)

    tapi lain alternative saya kuarkan rm25 beli tungku modern yang bleh cas ngan elektrik(bentuk mcm bantal panas)pastu peluk.barulah ok sejuknya=)

    ReplyDelete
  19. WAN NURUL HEZRINA

    TERIMA KASIH KERANA SUDI BACA ENTRI LAMA SAYA.

    TAK FASAL2 KENA KELUAR RM25 ..

    ReplyDelete
  20. baju panas kalau guna utk panaskan badan...baju sejuk guna utk sejukkan badan...heheh...tapi saya mula tertanya2 juga...gila sejuk atau sejuk gila...
    kena duduk sesama dgn pakar bahasa DBP ni...fening makcik...

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.