Semasa berpindah ke Seremban dari Putra Jaya menjelang persaraan saya dahulu, saya tidak merancang untuk pindah kemana-mana lagi kerana sudah letih berpindah randah sebelum ini. Akan tetapi kuasa Allah siapa tahu. Kadang-kadang saya rasa malas untuk merancang kerana banyak yang tak menjadi. Sebaliknya apa yang jadi adalah lebih baik dari apa yang saya rancangkan. Syukur alhamdulillah.
Sejak saya duduk sini boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja saudara-mara dan sahabat-handai datang berkunjung. Ada yang hanya singgah sekejap dan ada juga yang sempat bermalam. Saya amat berbesar hati dan gembira menerima kunjungan mereka dan terasa diri ini tidak dilupakan.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat saya rakam sebagai kenang-kenangan dengan sedikit keterangan di bawahnya.
Gambar 1: Iyra (rakan fesbuk, instagram dan blog) dengan bondanya membuat kunjungan. Yang cantik sekali itu adalah dia. Makngahnya cantik dua kali. Hehe.
Gambar 2. Zainal Abidin, rakan semasa membuat Diploma Syariah di UMCCED suatu masa dulu singgah bertanya khabar.
Gambar 3: Osman Dusa, orang kuat persatuan sekolah lama saya dan isterinya dari Jelebu menikmati laksa Perlis. Abaikan sahajalah keadaan rumah yang berserabai.
Gambar 4: Rakan setaman di Lavender Heights sengaja datang ziarah selepas selesai tugasan rasminya.
Gambar 5: Sepupu saya dengan keluarganya mengiringi anak perempuannya berkahwin dengan orang sini yang rumahnya tak jauh dari rumah saya. Di belakang tu bukan rumah saya tapi homestay tempat mereka ditempatkan.
Gambar 6: Anak saudara saya dari Jempol datang bermalam di rumah saya selepas menghadiri kenduri di Pulau Pinang.
Gambar 7: Pegawai saya semasa bekerja di Putra Jaya dahulu sempat mencuri masa mengunjungi saya di celah-celah kesibukan tugasnya.
Gambar 8: Suami isteri ustaz dan ustazah berserta anaknya dari Lavender Heights, Seremban mengunjungi kami selepas selesai tugas rasminya di Perlis.
Gambar 9. Abang sepupu saya sekeluarga dari Seremban datang bertandang
selepas menghantar cucunya mengambil bahagian dalam pertandingan sekolahnya di sini. Saya bawa mereka ke Tasik Melati sementara menunggu nasi masak.
selepas menghantar cucunya mengambil bahagian dalam pertandingan sekolahnya di sini. Saya bawa mereka ke Tasik Melati sementara menunggu nasi masak.
Gambar 10. Kunjungan kali ke dua Iyra Mutalib dan yang pertama bagi Pena Rozie ke rumah saya pada 13/12/2014. Kerana mereka tak beritahu lebih awal nak datang, maka makan nasi lauk ikan masin campur nangka je nampaknya.
Gambar 11. Ini yang terbaru. Imam surau Ibnu Khaldun, Lavender Heights turut singgah di rumah saya dalam perjalanan balik selepas membeli belah di Wang Kelian - 28/12/2014.
Gambar 11. Ini yang terbaru. Imam surau Ibnu Khaldun, Lavender Heights turut singgah di rumah saya dalam perjalanan balik selepas membeli belah di Wang Kelian - 28/12/2014.
Gambar 12: Bila teringin nak minum ayaq nyoq muda, kami kait sendiri. Tapi gambar di atas adalah lakonan Makngahnya semata-mata.
Gambar 13: Jalan raya di depan kediaman saya di waktu pagi. Sungguh tenang, lengang dan mendamaikan kecuali semasa pesta banjir baru-baru ini.
Video menunjukkan kemeriahan penduduk bermain air semasa banjir baru-baru ini (21 - 27/12) betu-betul di depan kediaman saya.
Kalau saya asal orang sini, anak dan cucu pun ada di sini, tidak mahu saya pindah ke mana-mana lagi kerana tempat ini tenang, udaranya bersih, jalannya tidak sesak dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan dari mana-mana agensi kerajaan atau swasta. Di samping itu harga buah-buahan dan makanan serta upah secara relatifnya jauh lebih murah dari Seremban. Secara lojiknya bolehlah saya simpan duit, tapi duit habis juga buat belanja ulang alik ke Seremban.
Oh ya orang sini juga umumnya masih kaya dengan semangat tolong menolong serta berbudi bahasa dan bertolak ansur kecuali seorang dua semasa di jalan raya.