Wednesday, June 30, 2010

KENAPALAH BUAH NI MAHAL SANGAT ?




Mari kita lihat buah apa yang ada di jual kat pasar raksaksa (Giant) Senawang dan kita kira berapa harganya sebiji. Sila keluarkan kalkulator.

1. Limau. Dari USA. Satu bungkus RM4.99. Ada 10 biji. Harga sebiji adalah 49.9 sen sahaja.

2. Epal. Dari Afrika Selatan. Satu bungkus RM6.99. Ada 8 biji. Harga sebiji 87 sen sahaja.

3. Pear. Dari Afrika Selatan lagi. Satu bungkus RM 6.99.  Katalah ada 7 biji. Harga sebiji baru 99 sen sahaja !


Tetapi kenapakah buah seperti gambar bawah ini yang berbuah sepanjang tahun,

yang datang dari Kampung Panchor, Seremban, yang di bawa dengan motorsikal kapcai (bukannya naik kapalterbang atau kapal laut)

berharga RM 1 sebiji di pasar Ampangan, Negeri Sembilan ???



Bacang. Sedap di masak dengan telur itik atau ikan sungai.
Kalau pandai masaklah !





p/s: ingat nak buka ladang bacanglah ... siapa nak jadi rakan kongsi gelap ?

Tuesday, June 29, 2010

9 SEBAB KENAPA SAYA BENCI PERGI KENDURI KAT HOTEL !


Gambar sebenar majlis yang saya hadiri minggu sudah.

Bila dah tua-tua ini kerap juga saya dapat jemputan kenduri kawin anak kengkawan yang di buat kat hotel-hotel. Saya cukup "bercinta" nak pergi, LEBIH-LEBIH LAGI kalau jemputan tu di buat kat hotel BERBINTANG. Makin banyak bintangnya, makin malas. Sebabnya:

1. PARKING.


Seksa nak dapat parking. Buat pulak malam tu ada 3 majlis di hotel yang sama. Bayar mahal pula tu. Hari tu saya parking dalam semak sebelah hotel dalam gelap pun kena bayar. Bayarannya pulak boleh kenyang makan dua orang yang sedang sangat lapar.

2. LAMBAT DAPAT MAKAN.

Nak makan kena tunggu habis pengantin kena sembur renjis dan ayah pengantin bagi ucapan yang termasuk bagi nasihat kepada anak menantu. Kat rumah tak boleh bagi nasihat ke ? Kemudian barulah dapat makan. Sebelum tu kunyahlah kerepek atau kacang yang ada. Kekadang tu rasa nak kunyah bunga yang ada atas meja. Pernah saya hadir satu majlis yang ramai Sultan dan Raja hadir, dekat pukul 11 malam baru dapat makan. Kira-kira kalau nak puasa esoknya, tak payah sahur lagi lah.

3. MAKAN BERSUKAT.

Nasi pula dia orang bagi satu senduk setengah sahaja. Tak boleh nak lebih. Nak minta tambah, rasa macam segan pulak. Kalau nasi Makngahnya tak habis, bolehlah buat-buat tolong habiskan. Kengkadang dia pun lapar juga !



Ini gambar menu sebenar yang saya curi snap.

4. MAKANAN TAK SEDAP.

Dah lah lambat makan dan makan pula bersukat, makanannya tak sedap pulak tu. Kalau tengok menunya, meleleh air lior. Tapi alahai .. sedap lagi makan stail buffet yang katerer caj RM11 satu kepala termasuk khemah dan cendol serta kipas angin kat kenduri rumah kawan saya sebelah tengah harinya.

5. TAK DAPAT NAK RONDA-RONDA.

Kadang2 nampak member lama duduk hujung sana. Rasa nak juga bertepuk tampar sekejap. Tapi kena menyeberang. Leceh. Secupak mata mengikut kita. Mentang-mentanglah rambut kita ni metalik. Memang cepat orang perasan. Jadi kita main tabik-tabik jer lah dari jauh.

6. TAK DAPAT NAK KARAOKE

Kita nak juga menyumbangkan sebuah dua lagu. Tapi tuan rumah dah ada penyanyi sendiri. Dia orang nyanyi bukan sedap sangat pun tapi dia lebih sikit dari saya sebab dia ADA album sendiri. Dia tak tengok lagi album saya. Macam2 gambar ada . Kadang2 dia nyanyi syok sendiri. Orang bukan nak dengar sangat pun.

7. TAK DAPAT PILIH PARTNER.

Ni lagi satu lagi yang menyeksakan. Kalau dapat partner semeja orang Korea yang tak tahu cakap Melayu atau Inggeris, tidak kah terseksa jiwa raga kita duduk sebelah dia selama 3 jam. Nak pilih meja yang ada kawan kita, tak boleh. Tuan rumah dah tetapkan meja kita. Menyampah betul !

8. TAK DAPAT PILIH SPOT.

Kadang-kadang kita dapat meja sebelah pembesar suara. Dah lah tu, volume nya paling maksima. Sakit buah pinggang kita di buatnya. Kalau ada gunting, mahu rasanya saya kerat je wayar dia, bagi dia diam sikit terus.

9. TAK DAPAT BALIK CEPAT.

Kat hotel berbintang2 ni, kita tak boleh nak balik ikut suka kita. Selagi majlis tak selesai, kita tak boleh balik. Lepas tu nak kena salam dengan bapak pengantin -beratur kekadang dekat sebatu. Nak potong Q, dewan masa tu dah terang benderang.


Ada lagi yang saya tak suka, tapi saya nak bagi peluang tuan-tuan dan puan-puan sambung pulak.


p/s: Ya Allah ampunkanlah dosa ku jika entri ini tergolong dalam kategori mengumpat. Tapi saya tidak ada menyebut pun nama sesiapa kan !!!


Nota kaki: Kenduri kahwin saya punya anak nanti,
saya nak buat kat atas jalanraya depan rumah jer !





SELAMAT HARI LAHIR AYONG - UCAPAN DARI DUA NEGARA !

 Ayong
Selamat ulang tahun kelahiran Ayong. Kita orang panggil dia Ayong. Dia anak sulung saya. Dalam keluarga kami dah ada Kak Long dan Kak Embong. Jadi kami putuskan panggil dia Ayong. Hari ini ulang tahun kelahiran dia yang ke 20 + + tahun.
Dia di lahirkan di Kuching, Sarawak semasa saya bertugas di sana. Sewaktu umur dia lebih kurang 5 bulan, saya di hantar bertugas ke Washington D.C. Dia pun nak ikut sama.
Dia ni lembik sikit dan kadang-kadang lurus bendul. Masa kecik-kecik dulu, adik dia selalu buli dia. Saya pun tak tahu macam mana dia boleh masuk UUM. Masa dia di UUM, dia giat bersilat hingga membawa dia mewakili universitinya bersilat ke luar negara.

Secara keseluruhannya saya tak ada masalah dengan dia. Saya berpuashati dengan prestasinya sebagai anak. Cuma kalau gaduh pun pasal kuching jer. Dia suka kucing (sebab lahir kat Kuching kot) dan saya pulak alahan dengan bulu kucing. Kalau ada bulu kucing kat kusyen, dan saya tersedut, alamatnya mata akan gatal, hidung berair dan sesak nafas. Macam rongga dah tertutup 80%.

Masa dia kecik2 dulu banyak juga tempat dia dah pergi ikut makayah dia. Tapi sayang, satu pun dia tak ingat. Lihat gambar-gambar di bawah yang berkaitan dengan dia. Kalau ada gambar mak atau ayah dia ter "enter frame", ia memang bukanlah di sengajakan.

Gambar 1:  Ayong, di tatang ibunya di depan rumah sewa di Kuching.
Honda Civic itu adalah juga kereta pertama saya.

  
Gambar 2: Majlis "Cukur Jambul" di kampung NS.

Gambar 3: Ayong yang di tengah-tengah ! Musim sejuk pertama di USA.
Gambar 4: Berposing sambil mengutip durian epal.

Gambar 5: Ayong menyeringai duduk atas kereta Diplomat.
Tengok stereng kereta tu salah tempat.
Gambar 6: Depan Parlimen Kanada di Ottawa. Masa tu Kakngah dah lahir.

Gambar 7: Menziarahi Disneyland di Los Angeles..


Gambar 8: Ayong di samping ikan "Jaws" @ Universal Studio. Nasib baik ikan tu dah mati !


Gambar 9: Ronda-ronda kat Honolulu, Hawai. Kakngah dah tangkap lentok !


Gambar 10: Kat Jepun. Singgah 3 malam, dalam perjalanan balik ke Malaysia.



Gambar 11: Ayong tak sabar nak ke sekolah pada hari pertama.
As malu sebab belum mandi !

Gambar 12: Ayong dengan Kakngah

Seterusnya adik dia yang kerja kat Singapura nak sambung pulak.

Over to you Kakngah. Jangan bagi chance.  Entrinya di sini.

Friday, June 25, 2010

AKHIRNYA DIA KU TINGGALKAN JUA BERSENDIRIAN ..!



Memang berat rasanya untuk meninggalkannya.
Tambahan pula pada usianya yang masih muda.
Tapi apakan daya, kudrat ini sudah kehabisan tenaga,
untuk menjaga dan membelainya seperti selayaknya.

Walau pun dia telah ku tinggalkan,
hati tetap teringat-ingat.
Mata sering terintai-intai.
Memang berat rasanya menanggung perasaan ini,
kerana ku tinggalkan dia bukan kerana benci di hati.

Tetapi sebelum dia ku tinggalkan,
sempat juga ku menjahit dan
memakaikan pakaian baru sepersalinan.

Terima kasih kepada Ain, Akuduniaku, Atacha, Azieazah, Dyna Yvonne, DrSinga, Ekin, Eye_nee, Finaz, Frodo Baggins, Ikan Emas, Insan Marhaen, Linda, Lipislady, Mamamin, Sayangsayangibu, Temuk, Ummi Humaira,
Yunus Badawi dll.

Teristimewa untuk :

Akuduniaku - Yang pertama ziarah dan meninggalkan tanda; dan
Kakcikseroja - Yang paling kerap ziarah dan gayung sentiasa bersambut.

Kepada yang tidak tersebutkan nama,
yang menjenguk sekali sekala,
jangan pula berkecil hati.
Nama tuan tetap bersemadi dalam blog ini
dan juga di sanubari.
Buat kali terakhirnya silalah klik di sini. Sekali jer !

Thursday, June 24, 2010

INGATKAN DAPATLAH UDANG HARIMAU SE KOTAK DUA ..!



nanti bila-bila awak datang sini konteklah kita .. boleh kita pekena kopi kat mana-mana .. lama tak sembang2 dengan awak ...

Itulah pesan dia suatu waktu dahulu. Hari tu entah macam mana kita pergilah outstation ke tempat dia. Lalu kita SMS lah dia sehari sebelum tu.

esok 4.15 petang kita sampai ... ada mesyuarat.

bagus .. nanti SMS lah kita.

Selepas "check in" kat hotel kita pun SMS lah dia.

kita dah sampai .. kita duduk Hotel Chokia. Awak tahu kan hotel tu ?

bagilah nombor bilik

407

Ok



.
.
.
.


Lepas tu dia tak hubungi kita lagi hinggalah kita balik 3 hari kemudian. Ingatkan dia nak ambil kita kat hotel. Ingatkan juga dapatlah sekotak dua udang harimau KK yang kaw-kaw !

......................................................................................

Sub-Entri .


Inilah statemen yang anak saya buat dalam blog dia sempena Hari Bapa.

" hmmm.. ayah tau laa aku sayang dia.. kakngah garang2 ajar ayah buat blog tu.. bkn sbb ape.. sbb sayang laa tu.. :P "

ye lah tu !

KISAH SAYA DENGAN SEORANG JURUWANG (WANITA) YANG SANGAT PANDAI !



Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih saya lurutkan,
Gatalnya belakang tidak terkira,
Hendak ku garu tak sampai tangan.


*pantun ini dipindah dari blog puisiorangtakreti
yang sudah tidak aktif lagi.

............................................................................................................................................

Hari tu, lepas ronda-ronda kat Mines saya singgah kat Watsons beli satu benda, tapi bukan ubat gatal. Lepas bayar, saya tanya juruwang jalan nak pergi ke "food court".

(Lepas pusing-pusing tadi saya jadi confucius konfius - serius ! )


Dia kata macam ni, lebih kurang:

"abang jalan terus, lepas tu belok kanan dan jalan terus lagi sampai jumpa jambatan yang lalu atas terusan tu ..."


Umur budak tu rasanya sebaya dengan anak saya yang ke tiga.


"Confirm" lepas ni, saya tak akan pergi beli benda tu di tempat lain dah !!!



p/s: tak kisahlah budak tu sebenarnya perli ke rabun ke !



Wednesday, June 23, 2010

WAT THANARA dan JUDI BOLA SEPAK !





يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya". Al- Maidah: 90.


Di antara empat dosa besar yang di suruh kita jauhi adalah:

arak, judi, pemujaan berhala dan menilik nasib.

Dalam demam bola sepak sekarang ini, ramai nampaknya yang mengambil kesempatan berjudi. Jadi mari kita fokuskan kepada kesan buruk judi:

1. Orang yang kalah judi - kecewa - minum arak. Dan kalau menang - gembira - minum arak. Masa main judi pun tak kurang juga yang minum arak.
2. Ada yang sanggup memuja/menyembah berhala untuk dapatkan restu supaya pertaruhan mereka berjaya.
3. Begitu juga ada yang sanggup berjumpa tukang tilik untuk mendapatkan tips atau tunjuk ajar memilih pasukan mana yang akan menang atau nombor mana yang tepat.
4. Ramai yang sanggup meminjam dari ah long untuk bermain judi.
5. Ada yang sanggup menjual diri (wanita) atau menjual wanita (lelaki) untuk dapatkan duit untuk berjudi.
6. Dan tidak kurang juga yang sanggup mencuri, merompak hatta membunuh orang untuk mendapatkan duit atau semasa menagih hutang.
7. Yang membunuh diri sebab kalah judi pun ramai. 8. Senarainya tidak berhenti di sini sahaja.

Lihatlah betapa hanya terlibat dengan judi sahaja, akan mengheret para penjudi melakukan hampir semua dosa-dosa besar yang lain.

Sesungguhnya amat benar sekali bahawa judi itu adalah kotor (untuk semua orang) dari perbuatan syaitan.

Hari Ahad beberapa minggu lalu saya mendapat sisipan risalah berikut dalam akhbar langganan saya. Mungkin ramai juga yang sudah mendapat dan membacanya. Kalau belum, sila baca di bawah:



Saya petik sikit kandungan risalah tersebut ..

"Dengan segera saya menghubungi TOK GURU wat itu, beliau telah memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga nombor yang tepatnya, saya telah memenangi hadiah sebanyak RM530,000.00."
Yang membuatkan saya sangat geram, kesal dan rasa tak percaya adalah kata-kata En Mansor yang ini:

"Saya sangat bersyukur dan harap orang lain juga akan mendapat nasib baik seperti saya"
Bersyukur kepala ha...k dia !!!

Yang Hairannya:

1. kenapa En. Mansor bin Hassan tak nak tunjuk habis muka dia .. malu ke bang ?

2. kenapa TOK GURU tak beli sendiri loteri itu. Boleh lah pencen jadi TOK GURU lepas tu !

Tuesday, June 22, 2010

AKHIRNYA "AS" TAMAT JUGA BELAJAR !


13.6.2010: As diapit oleh mak dan ayahnya. Dah tinggi  zirafah  dah dia ..!


1985: Rasa macam baru semalam dia mandi dalam sinki.

Minggu lalu saya hadir majlis konvo anak saya yang ketiga di Dewan Merdeka, PWTC.

Terasa lambat sangat baru dia habis belajar. Sejak lepas SPM hingga masuk umur dia suku abad baru tamat. Yang terasa lama tu sebab dia dapat biasiswa FAMA. Belajar pulak tu kat IPTS. Nasib baiklah ayah dia ada rezeki lebih sikit.

Saya dah hadir 3 majlis konvo anak saya. Satu di IPTA dan dua lagi IPTS. Ada beza tak majlis konvo di IPTA dan IPTS ? Ini yang saya nak cerita ni ! Dan ini hanyalah persepsi dan pandangan peribadi saya sahaja.

Kat IPTA semuanya tak boleh. Rasanya macam hadir majlis pengkebumian orang hidup mati saja layaknya. Semua orang kena duduk diam-diam. Tak boleh jalan kulu kilir. Tak boleh cakap2. Tak boleh bersorak. Tak boleh bertelefon. Tak boleh ambil gambar. Tak boleh menyanyi.

Kat IPTS sebaliknya. Semuanya boleh buat. Semasa konvo anak saya yang kedua, dia siap telefon lagi semasa beratur nak naik ke pentas:


"Ayah, lepas ni giliran Kakngah. Ayah tengok kat skrin".


Rupanya ada paparan gambar dia dengan ucapan kepada makayah dia.

Graduan juga boleh bersorak-sorai. Boleh jerit2. Boleh boo orang !

Selepas habis penyampaian skrol, pensyarah2 dia menyanyi lagu2 pop atas pentas. Pendeknya majlis konvo di IPTS cukup meriah dan semua orang bergembira dan lepas bebas nak buat apa suka. Barulah di namakan majlis tamat belajar.

Apalah salahnya kalau IPTA ikut macam IPTS . Ikut 50% pun jadilah.



Masih nak "peace" lagi. Awat nya ? Sebelum ni hangpa gaduh ka ?



p/s: nanti malam saya jawab komen anda (kalau ada) - sebab nak gi mancing ni !!

Sunday, June 20, 2010

HARI NI "L.A.S.T" - LEPAS NI BOLEHLAH berBELOG SEMULA !!!

Ini adalah teks penuh persembangan* saya
pada minggu lepas dengan follower
terbaru saya yang membahasakan diri dia Ila, pemilik blog HoNeYBuNNY.
---------------------------------------------------------------------

"pakcik pun nak exam arab minggu depan. memang bahasa arab sangat sukar untuk di kuasai. padan pun ia bahasa quran.


nak kawin dengan orang arab, takut nanti dia pandai cakap melayu tapi pakcik masih tak pandai cakap arab.

p/s: terima kasih kerana sudi jadi follower pakcik"


"pak cik-->>yake??pak cik amk apa??mmg sush kn pakcik...byk nak kena baca n hafal...fening2 dah ila......pakcik...td ila ada nak komen kt blog pakcik..tp xboleh la...napa tah"


"pakcik tutup kejap ruang komen tu sebab pakcik nak concentrate mentelaah. ini pun curi masa kejap kerana nak meraikan tetamu yang datang ziarah.


pakcik buat diploma syariah dengan umcced secara part time. ini nak habis semester 5. tinggal satu semester je lagi. salah satu subjek adalah bahasa arab. yang mengajarnya juga dari UIA iaitu Ust Dr Abd Wahab"


"pak cik-->>ohhh..ptot la..ila nak komen tapi xboleh...dia ckp guna user lain kot..mcm tu la..banyak kali ila try..ehhe...nanti pak cik egt ila sombong lak..ngeh3..

wah2..pakcik mst power lg arab...ila behsa2 ja..ust abdul wahab??mcm pnh dgr....he3...nti pakcik exm dkt UIA jgk ka??"



Nota Kaki .


1. Perasan tak perbezaan bahasa antara dua darjat generasi - antara bahasa Ila dan bahasa saya.


2. Saya pun tak tahu kenapa saya perturunkan teks persembangan saya dengan Ila itu.


3. Sebentar lagi saya akan meninggalkan rumah untuk pergi ke Universiti Malaya bagi menduduki peperiksaan kertas terakhir, Bahasa Arab - subjek yang saya paling lemah sekali.


4. Boleh guna perkataan persembangan kan ? .. dia macam perbualan, percakapan jugak !


5.  Besok cuti - nak pergi mancing kat Telok Gong, Kelang. Melepas gian yang teramat sangat.

Thursday, June 17, 2010

SAYA SUKA BLOG INI.


Link kat atas adalah blog seseorang yang saya rasa agak ganjil dari blog-blog yang lain.

Pertama. Pemiliknya seorang berketurunan Cina tapi entri nya menggunakan Bahasa Melayu yang cukup baik. Bahkan lebih baik dari BM saya.

Kedua. Blognya hanya untuk bacaan dan tatapan sahaja - tidak dapat komen. (sekarang dah boleh komen)

Kadang-kadang saya terfikir juga nak jadi macam dia.

Di bawah ini salah satu entrinya yang menarik perhatian saya.


http://davnes.blogspot.com/2010/06/wedding-of-suriansah-rasdiana-june.html

Tuesday, June 15, 2010

MINTAK D.U.A HINGGIT !

Sebaik melangkah keluar dari klinik, seorang Mamat mendatangi saya seraya (siapa tahu makna seraya) berkata:
Minta dua ringgit !
Nak buat apa ?
Nak makan !
Pergilah beli !
Tak ada duit ...!
Hisap rokok ada duit pulak !
Hehehe ..! (terus beredar)
Banyak canteeek !


Saya tak bagi, sebab:


  • Badan dia nampak sihat dan sasa;

  • Pakaian dia kemas. Baju masuk dalam lagi (tuck-in);

  • Ada rokok yang sedang berasap terkepit di jarinya;

  • Saya tak hisap rokok; dan

  • Saya baru kena RM52. Doktor kata saya ada masalah keletihan usus. Banyak sangat makan kenduri !

Perhatian:

Saya baru membaca satu entri bertajuk "Alahai Kenanga" di sini. Ia ditulis oleh Abang Temuk pemilik blog NUKILAN. Saya mengesyorkan tuan-tuan dan puan-puan terutamanya adik-adik dan anak-anak membacanya secara serius. Bagi saya ia suatu penulisan yang amat bermutu, penuh dengan mesej yang mengandungi sindiran dan pengajaran untuk di renung dan di rungkaikan bersama. Saya secara sukarela mencuri masa mentelaah saya bagi mempromosi blog NUKILAN ini kerana saya sangat teruja dengan entri yang satu ini.
Syabas Abang Temuk dan teruskan berkarya !


p/s: gambar di atas sekadar hiasan saja .. bukan betul2 tau !

Monday, June 14, 2010

"TAKE FIV5" - TULISAN KU TIDAK CANTIK.



dua dah selesai. tinggal dua lagi.
cuma yang dibimbangkan, dia orang tak boleh baca tulisan saya.
sebab tulisan saya boleh dikategorikan sebagai buruk.
ada orang kata ..
mereka yang tulisannya buruk mempunyai otak yang cerdas.
fikirannya jalan dulu.
tangannya terpaksa mengejar fikirannya.
lagi laju otaknya berfikir, lagi laju tangannya terpaksa mengejar.
kadang-kadang tangannya tergelincir.
itu sebabnya tulisannya buruk.
saya sangat percaya dengan kata-kata ini.
sebab tulisan saya sangat buruk.
hinggakan kekadang saya sendiri pun tak boleh baca.

sebaliknya orang yang tulisannya cantik, dia orang kata berotak lembab.
sebab tangannya terpaksa menunggu fikiran dia.
dengan itu tangannya boleh menulis sambil bersenang-lenang.
sambil menunggu otak dia berfikir dan
membuat keputusan apa yang hendak ditulis.
sebab itu tulisan dia cantik.
dia orang kata lah kan !


siapa yang tulisannnya cantik tu, mengaku sahajalah !


Perhatian: Tulisan di atas adalah sebagai hiasan. Bukan tulisan saya sebab tulisan saya lagi buruk !

Sunday, June 6, 2010

KOMEN DR. S.I.N.G.A BUAT SAYA TERPINGA-PINGA dan hampir merana !

DrSinga said...

THL!!!
cuba klik link THL dari last komen di blog saya yang pasal beger tu...komensen di link ke sini..
<>
apasal ek?


Itulah komen DrSinga dalam salah sebuah entri saya. Saya pun berkejar melihat komen saya kat blog dia. Astagfirullah .. macamana komen saya boleh dilinkkan ke laman tersebut.

Saya jadi tak sedap badan di buatnya. Siasat punya siasat rupanya saya tesalah taip URL. Secara tidak sengaja saya telah tertaip begini:

al-lavendari.blogpsot.com

sepatutnya di taip begini

al-lavendari.blogspot.com

Nampak tak ? ... psot !

Tapi hairannya kenapa dilink ke blog itu .. kenapa tak dilink ke JAKIM ke. Nampaknya macam ada satu komplot terancang pulak.

Tapi nasib baik juga tidak terlink ke laman xxx. Kalau tidak entah apa-apa pula difikirkan oleh DrSinga. Mungkin dia tak sudi nak berbesankan saya nanti. Terima kasih DrSinga.

Pengajarannya.

1. Jangan buat silap.
2. Kena "double check'' lepas taip.
3. Hati-hati menaip URL diblog yang guna "Wordpress" seperti blog DrSinga.
4. Kalau dah rabun jangan buat-buat tak rabun!

Friday, June 4, 2010

LIHATLAH ... SEKERAS MANA HATI MU !


السلام عليكم ورحمته الله وبركاته


bangunlah ...!
kenapa ni ?
kenapa dengan awak ni ?
jangan lah buat saya macam ni ...!
janganlah tinggalkan saya ...!
dengan siapa saya nak kawan nanti?
tolonglah bangun .. tolonglah ...!
tolong jangan tinggalkan saya ...!
pleasssssssssse ...!




lihatlah video ni sampai habis ... pleassssse ! (sumber - youtube)


Thursday, June 3, 2010

YAHOO ... D.


Seorang perompak telah berjaya diberkas polis di tempat kejadian, selepas dia membunuh tuan rumah yang dirompaknya. Ketika ditanya kenapa dia bertindak demikian, ini jawapannya:

"Saya terpaksa menembak dia kerana dia ingin menyerang saya dengan pisau. Salahkah saya mempertahankan diri saya ?"


... pulak dah !!!

Wednesday, June 2, 2010

KACAU .. KACAU !

Ini komen saya dalam entri sebelum ini. Mungkin tiada yang baca. Saya pindahkannya ke sini.

1. HARAP2 20 TAHUN LAGI KITA MASIH DAPAT BERBLOG SEPERTI SEKARANG. INSYAALLAH.

2. TUA AKAN DATANG SAMADA KITA SUKA ATAU TIDAK. KALAU DI "MODIFY" PUN MUKA, KUDRAT TETAP SAMA. MACAM KERETA VW ANTIK DI MODIFY JADI PORSCHE. LARINYA MACAM TU GAK !

3. TEKNIK TUKAR WAJAH NI UNTUK SUKA2 BOLEHLAH. SEBAB ? MALAM TADI SAYA CUBA GAMBAR CUCU SAYA. SELEPAS DI TRANSFORM, MUKANYA MEMANGLAH JADI TUA, TAPI GIGIGNYA MASIH BELUM TUMBUH. ADA KE MENASABAH !

4. SAYA TIDAK DAPAT LAGI MELAWAT BLOG DAN MEMBERI KOMEN SEPERTI BIASA SEBAB SUDAH KENA SEKATAN. NANTILAH SAYA CERITA DALAM ENTRI SAYA SEKEJAP LAGI.

---------------------------------------------------------------------------------

Ini lah entrinya ...



Nampak tak apa yang saya nampak ?


"Content blocked by your organization"

Pagi tadi bila buka jer komputer saya lihat ada satu entri baru dari En. Relevansokmo.

Macam biasa secara senang hati saya pun klik lah ... tapi telah di sekat oleh pemilik kedai jahit saya. (Bedebah)

Saya cuba pulak masuk ke blog-blog orang lain, jawapannya sama juga.

Tidak mahu mengalah, saya cuba nasib pulak masuk ke laman Facebook saya.

Tulisan "Content blocked by your organization" juga terpapar di skrin. (Bedebah)




Maka akan menjadilah saya seperti seekor penyu
yang ke'seekoran' mencari cinta
Ya .. mencari cinta dalam "Hidup Tanpa Chinta" (HITACHI)



Jadi fahamilah kenapa selepas ini
saya tidak lagi dapat masuk ke blog anda semua
dan memberi komen seperti biasa
dari kedai jahit saya. (sob sob)



p/s: nasib baik menghantar dan komen entri sendiri masih boleh lepas lagi !

Tuesday, June 1, 2010

20 TAHUN LAGI .. BIIZNILLAH !

20 tahun lagi, beginilah rupa ku.

itu kalau tak hisap dadah .. !



tak nak cuba ke ? klik di sini

TERKENANG SEMASA DULU 11 - ISTANA DI KOREA SELATAN.

... sambungan dari entri sebelum ini. (klik)


Gambar 5. Di belakang "ISTANA"

Dia orang ni cekap betul. Kita cekap tak betul. Siang-siang  dia dah ambil nama ISTANA untuk letak sebagai nama salah sebuah kenderaan keluaran negara mereka. Nanti bila kita sendiri nak guna, dah tak boleh ... melanggar hakcipta lah, paten lah, capdagang lah dsb. (Tak tahulah saya kalau perkataan Istana tu ada juga dalam bahasa Korea. Ada sesiapa tahu ?)

Tetapi kita pulak guna nama entah apa-apa kat kereta kita ...

ISWARA
EXORA
VIVA
ALZA
AUTA (opps .. mana ada !)


Gambar 6: Di apit oleh dua orang cewek, satu Korea satu Indonesia.

Yang cewek Indonesia ni ke mana saja saya pergi dia suka ikut.  Saya tidak tahu kenapa dia tidak mengikut sorang lagi peserta lelaki dari Indonesia. Agaknya saya masa itu masih kiut lagi dan nampak "harmless". Tetapi dia cukup baik walau pun dia anak jutawan di Indonesia.

Saya pernah di jemputnya dari Jakarta (dengan kereta BMWnya) di bawa ke rumahnya di Bogor untuk bertemu suami dan keluarganya. Dia juga pernah saya jemput datang ke kuarters saya di Putrajaya semasa dia mengikuti satu seminar di Kuala Lumpur. Tapi sekarang dah terputus hubungan. Harap-harap dia bacalah entri ini dan meninggalkan e-melnya untuk saya hubungi.

Masuk cerita lain pula. Cuba perhatikan gambar bumbung bangunan lama, betul2 atas kepala cewek Korea tu. Itu adalah Namdaemun Gate (klik !) yang menjadi salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan orang-orang Korea. Tapi sayangnya pada 10 Februari 2008 ia telah dibakar oleh sorang penduduknya yang khabarnya tidak berpuashati terhadap majikannya. Orang Malaysia jangan tiru pulak ya !



 Gambar 7 - Ihsan Google:  Sayangnya kan ... !

Saya juga turut di bawa melawat pelbagai tempat seperti kilang besi, kilang buat kereta (hyundai), pusat R & D Samsung, muzium, tempat bershopping, pertunjukkan kebudayaan dll. Seronok naik bas ... basnya ikut lorong khas di tengah-tengah highway. Macam istimewa rasanya !

Berikut adalah beberapa keping gambar kenangan untuk dikongsi bersama.


Gambar 8. Peserta2 Kursus dari Negara2 ASEAN bergambar
di depan pusat latihan (KOICA).



Gambar 9:  Nak Pergi Shopping Tempat Orang Kampung. 
  (Namdaemun Market). Klik ! Punylah luasnya ...



Gambar 10: Bermalam di Kyongju salah sebuah bandar di selatan Seoul.



Gambar 11: Saya pun nak pegang orang Korea gak !
( pemandu bas kami yang sepatah haram pun tak tahu cakap omputih )


p/s:  tak adalah best sangat sambungannya kan ... buang karan YB jer !