Saturday, June 29, 2013

TERKENANG SEMASA DULU 79: TOWER BRIDGE, LONDON - DI SIANG DAN DI MALAM HARI.

Saya berpeluang melawat jambatan ini beberapa kali dan sekali bersama isteri. Satu monumen yang menjadi kemestian untuk di lawati kalau ke London. Syukur kepada Allah atas kesempatan yang diberikanNya.

 

 Tower Bridge di belakang kami di waktu siang hari di lihat dari atas bot pelancong.


Pemandangan di waktu malam (gambar-gambar di bawah) kadang-kadang lebih indah, kerana banyak benda yang ternoda tersembunyi dari pandangan mata.





Berada di sini pada waktu malam hari lebih romantik. Masalahnya ramai pasangan yang terlampau romantik hingga membuatkan kita serba salah sampai tak tahu ke mana hendak dialihkan pandangan mata.


Sebuah bekas seramik sebagai tanda kenang-kenangan. Kalau buat hadiah untuk jemputan kenduri kawin, saya rasa tentu ramai yang suka ..


Friday, June 28, 2013

DILARANG TAK MAHU DENGAR !



Ada tiga pilihan .. samada nak ke penjara, hospital atau rumah mayat.
Pilihlah ke mana nak pergi.
Pilihan yang keempat tak ada.

Namun begitu bagi orang Islam, adalah haram meminum (arak) walaupun tidak memandu.


Wednesday, June 26, 2013

WW 77 # : EPAL VIETNAM DI BELAKANG RUMAH.






Tuesday, June 25, 2013

SONYUM SOKOJAP 59 : SAYA BALIK DULU.




Pada suatu malam saya minta diri nak balik awal dari tugasan Rukun Tetangga kerana tersangat mengantuk. Saya pun cakap dengan kawan-kawan macam ni: 

Minta maaf .. saya balik dulu ya !

Ada sorang jawab.

Baliklah sekarang .. apa fasal nak balik dulu pulak ?

Lalu saya diketawakan secara berjemaah. Hampeh.

Dia orang cukup suka bila saya terkena, sebab saya banyak kali mengenakan orang sebelum ini. Tak apa. Ada ubi ada batas.


Moral cerita: Kalau kita selalu kenakan orang, bersedialah pada bila-bila masa untuk dikenakan pula. Dan jangan marah.



Monday, June 24, 2013

ANAK PAKAI KASUT NIKE, AYAH PAKAI KASUT FUNG KEONG.

 Selamat menyambut Nisfu Sha'ban dan berpuasa bagi yang berpuasa.




  Siapa pernah pakai kasut jenama ini ?

Hari ini saya nak cerita sikit tentang anak-anak. Bagi mereka yang sudah punya anak yang ramai, tentu arif tentang perangai atau sifat setiap anak masing-masing. Walaupun beribu-bapakan orang yang sama dan menerima asuhan yang sama, makanan yang sama dan tinggal bersama namun perangai mereka tidak sama.  Saya ambil contoh tentang perangai mereka dalam meminta atau diberikan sesuatu.

1. Spesis angin lalu.

Dia minta sekali sahaja. Kalau kita kata 'tak boleh' dia kata 'ok' dan kemudian tidak akan meminta lagi. Kita kena fikir dulu sebelum memberi keputusan setuju atau tidak setuju kerana dia tidak akan meminta benda yang sama sebanyak dua kali.

2. Spesis ombak di pantai.

Dia akan minta berkali-kali. Anak yang ini kita tak payah risau nak kata tidak sebab dia akan meminta berulangkali atau merengek sehingga hajat dia tercapai. Kadang-kadang kita kata 'boleh' bukan sebab setuju sangat tapi malas nak dengar rengekan (baca - harassment) dia. Spesis ini biasanya mementingkan jenama. Kalau kasut misalnya, dia tak main kasut Bata, paling koman pun Nike walhal ayah dia dulu pakai kasut Fung Keong je.

3.  Spesis  bendul. 

Dia tak pandai dan tak pernah minta untuk dibelikan apa-apa. Apa yang kita beli atau beri itulah yang dipakai atau dimakannya. Kalau kita beri henfon yang harganya RM48 misalnya, henfon itulah yang digunakannya dan tak segan pun menayangkan kepada kengkawannya.
 
4.  Spesis wali.

Dia tak mahu dibelikan apa-apa, kalau yang lama masih elok. Kadang-kadang kita kesian tengok dia, misalnya memakai seluar yang itu itu juga. Bila kita nak belikan seluar yang baru, dia tak mahu. "Seluar ini elok lagilah ayah" katanya.

Begitulah serba sedikit perangai anak-anak saya. Mungkin anda yang sudah punya anak-anak,  ada yang berperangai begitu. Bagi yang belum berkahwin atau belum ada anak pulak, agak-agaknya anda ini anak dari spesis yang mana ?

 Untuk makluman, entri yang ini adalah sangat berkaitan dan disyorkan untuk dibaca.





Thursday, June 20, 2013

KERETA UNTUK DIJUAL.


 Gambar hiasan hasil carian Google.

Kalau kita rajin perhati, ayat-ayat yang digunakan dalam  iklan jual kereta cukup menarik. Selalunya indah khabar dari rupa. Berikut adalah contohnya dan mungkin keadaan sebenar keretanya.

Keadaan seperti baru - Agaknya tak pernah pakai sebab rosak memanjang. Ia merujuk kepada badan kereta yang seperti baru.

Dalam keadaan baik - Bolehlah guna untuk bawa pergi ke surau.

Perlu sedikit pembaikan - Cuma kena tukar piston sahaja.

Batuan rendah - Apa tidaknya, sekarang orang dah pakai meter.

Cat asli - Tapi kena sental 4 hari 4 malam untuk mengeluarkan keasliannya.

Jimat minyak - Memang jimat berbanding dengan BMW 740. 

Belum pernah rosak  - Tak tahulah pulak bila awak dah beli nanti. 



p/s. Sesiapa yang dah friend dengan saya di fesbuk dan ingin join grup K-PAP (Kelab Peminat Adat Perpatih),  silalah beritahu. Nanti saya add ke dalam grup itu. Lepas tu kalau rasa tak seronok, nak keluar pun tak apa .. tak dikenakan sebarang bayaran .. hehe.




Wednesday, June 19, 2013

WW #76 - BILA MAYANG SUDAH MENGURAI, KUMBANG PUN BANYAK YANG DATANG.


Tuesday, June 18, 2013

INI SEMUA KERANA K-PAP.




 K-PAP tertubuh pada 3 Jun 2013 yang lalu.

Assalamualaikum. Semoga anda semua ceria dan sihat-sihat sahaja hendaknya.

Sejak Kelab Peminat Adat Perpatih (K-PAP) saya wujudkan, saya sudah kurang berblog.  Kelab itu saya tubuhkan bertujuan untuk mengetengahkan sedikit-sebanyak perihal Adat Perpatih, sejarah, dialek Negeri Sembilan, makanan, nyanyian, pakaian, tempat menarik dan yang seumpamanya dan bukannya untuk berlawan dengan K-POP

Alhamdulillah kelab itu telah berjaya menarik sokongan dari kalangan anak-anak Negeri Sembilan dan juga bukan anak Negeri Sembilan yang berminat dengan Adat Perpatih dan budaya Negeri Sembilan. Akibatnya banyak masa saya ditumpukan ke situ tambahan pula buat masa ini saya hanya seorang diri menjadi adminnya.

Kepada anda yang berminat untuk turut serta atau sekadar menjadi pemerhati untuk menambah pengetahuan, silalah join dengan mengklik K-PAP.

Terima kasih. 



Friday, June 14, 2013

PERNAHKAH ANDA KENA HUKUM WALAUPUN BUKAN ANDA YANG BUAT ?




Gambar hiasan hasil carian Google yang mungkin ada kena mengena.

Dalam hidup ini kadang-kadang kita menerima nasib tidak baik. Orang lain yang buat salah tapi kita yang dipersalahkan dan kadang-kadang terpaksa menerima hukuman. Ia berlaku mungkin kerana orang salah sangka, buruk sangka atau salah tafsir terhadap kita.

Memang ia amat menyedihkan bilamana orang tidak percayakan kata-kata kita lagi. Walaupun sampai keluar urat leher kita menerangkan situasi yang sebenar, tapi orang masih tidak mahu percaya dan tetap memandang serong kepada kita. Bahkan ada sesetengah kes, sampai sumpah junjung Quran pun  orang masih tak mahu percaya. Dan lebih menyedihkan lagi kalau keluarga kita atau kawan baik kita turut tidak percaya dan menyalahkan kita.

Saya pernah mengalaminya. Tetapi saya tidak mahu cerita di sini kerana ia melibatkan orang yang masih hidup dan saya khuatir dia membaca entri ini. Nanti dikatanya saya nak mengadu pada seluruh dunia pulak. Lagi sakit hati saya.

Adakah anda pernah mengalaminya ? Dan kalau tidak berhalangan, mungkin boleh dikongsikan di sini.


Wednesday, June 12, 2013

WW # 75: BELUM READY NOMBOR 9.



Monday, June 10, 2013

PANTUN LAWAK ORI.

Lanjutan daripada entri saya dua hari lepas tentang kegiatan cetak rompak @ menciplak @ memplagiat pantun-pantun saya oleh pemilik page "Pantun Lawak", saya ingin tunjukkan beberapa contoh pantun yang dimaksudkan sebagai buktinya. Nasib baik saya sempat buat beberapa cetakan skrin sebelum saya dihalang dari memasuki page tersebut. Pada masa ini saya tidak pasti samada page itu masih wujud atau tidak. 

Tapi sebelum itu saya nak tunjukkan 'header' page yang baru saya wujudkan seperti di bawah. Saya fikir daripada orang mencuri dan menerbitkan pantun-pantun saya, lebih baik saya buat page sendiri supaya mereka yang like page penciplak berkenaan lambat laun akhirnya akan tahu siapa pencipta pantun-pantun yang mereka like itu.


Kalau anda suka page saya ini, silalah klik kat sini.


Berikut adalah beberapa rangkap pantun saya dan pantun dia dan perhatikanlah persamaannya.

1:  PANTUN SAYA


 
PANTUN DIA.


Saya sempat tanya dia "asal ?",  tapi pertanyaan saya ini telah dipadamkan  dan kemudiannya saya telah diblock dari memasuki pagenya.

...............................................................................................................

2: PANTUN SAYA



PANTUN DIA.


Ambil pantun saya.Kemudian cari gambar dan letak. Siap. Mudah kan ?
...................................................................................................................................

3: PANTUN SAYA.




PANTUN DIA.


Yang ini dicedoknya 2 dari 3 rangkap pantun saya.
............................................................................................................................................

4: PANTUN SAYA.



PANTUN DIA.




Dia suka letak gambar kucing. Tepatlah tu. Kan ke kucing suka curi ikan !

.......................................................................................................................................

5: PANTUN SAYA.




PANTUN DIA.



   .........................................................................................................................................

6: PANTUN SAYA.



 PANTUN DIA.


...........................................................................................................................

7: PANTUN SAYA



PANTUN DIA.


....................................................................................................................................

8: PANTUN SAYA.



PANTUN DIA.


...................................................................................................................................

9: PANTUN SAYA


PANTUN DIA


...........................................................................................................................

10: PANTUN SAYA


PANTUN DIA.



Dengan begitu banyak bukti seperti yang saya berikan di atas, saya yakin memang dia telah menciplak pantun saya. Adakah anda fikir ia suatu kebetulan kalau pantun saya dengan pantun dia sama ?

Saturday, June 8, 2013

BOLEHKAH SAYA SAMAN ORANG YANG MENCIPLAK PANTUN-PANTUN SAYA ?

Sekejap tadi saya cuba mencari grup atau page pantun dalam fesbuk. Saja-saja sebab saya memang minat pantun.

Sememangnya sudah ada cukup banyak grup atau page berkaitan pantun.  Saya terjumpa dan tertarik dengan sebuah page pantun bertajuk "Pantun Lawak" yang sudah ada lebih dari 7 ribu 'like'.  Saya pun masuk dan baca. Saya rasa terperanjat, bangga dan juga kesal selepas membaca beberapa rangkap pantunnya. Mengapa ?

Terperanjat kerana banyak pantun saya yang diciplak bulat-bulat. Bangga kerana tidak menyangka rupa-rupanya ada orang berminat dengan pantun-pantun saya. Kesal kerana saya tidak berjumpa sedikit pun kredit diberikan kepada saya sebagai pengarangnya atau memberikan link ke blog Puisi Orang Tak Reti milik saya. Saya pun meninggalkan beberapa komen yang agak sinis dalam page tersebut khususnya pada pantun-pantun yang saya yakin adalah pantun ciptaan saya.

Senang betul dia buat kerja. Ambil atau cedok pantun orang dan terbitkan dalam page sendiri !

 

alamatnya : https://www.facebook.com/pantunlawak?fref=ts



Bolehkah saya saman dan tuntut pampasan sebanyak RM100 juta  dari pemilik page tersebut kerana menciplak pantun-pantun saya ? 


p/s: Saya buka kotak komen saya untuk mendapat pandangan anda. Terima kasih.


Wednesday, June 5, 2013

WW # 74: BILA ATUK TAK ADA KERJA !