Gambar kitar semula ini diyakini telah berusia lebih 50 tahun.
Untuk makluman, saya berdiri di kanan sekali.
Selepas lebih 5 tahun berblog, hari ini (Khamis, 30 Julai 2015) terbuka hati saya untuk mendedahkan sebanyak mungkin mengenai diri saya.
1. Nama: Hamzah bin Abd Hamid.
Ejaan nama ayah saya A.b.d sahaja bukan A.b.d.u.l. Kalau Abdul ada orang kata itu singkatan nama pertubuhan Angkatan Buaya Darat Udara dan Laut !
2. Nama ringkas/akronim: HAH (tapi jangan sebut kuat-kuat, nanti orang sebelah terperanjat)
3. Tempat kelahiran: Kampung Serting Ilir, Jempol, Negeri Sembilan (maknanya saya bukanlah orang ulu).
4. Taraf Pekahwinan: Sah
5. Bilangan Isteri: Satu
6. Tempat asal isteri: Perlis
7. Bilangan anak: Lima.
8. Sekolah: Merata tempat.
9. Taraf Pendidikan: Berjaya menamatkan sekolah rendah.
10. Penyakit: Rabun jauh dan pelupa.
11. Kebencian: Menunggu
12. Kesukaan: Bila
13.Cita-cita: Mati dalam iman.
14. Umur: 61 tahun (pada ulangtahun kelahiran yang lalu)
15. Cucu: 4 orang.
p/s: Saya buka kotak komen untuk melayan sebarang pertanyaan, jika ada. Kalau tak ada, saya tutup balik.
~