Monday, November 27, 2017

BAGAIMANA MELAYAN TETAMU MAKAN.



 Gambar hiasan hasil carian Google.

Saya perturunkan tindakan-tindakan yang baik dan patut dari seorang tuan rumah bila menerima dan menjamu tetamunya makan. Ianya berasaskan kepada apa tindakan yang saya suka dilakukan oleh tuan rumah jika saya yang menjadi tetamu. Maknanya apa yang kita suka orang buat kepada kita, kita buatlah kepada orang lain.

1. Tunjukan muka yang benar-benar ikhlas dan gembira kerana tetamu sudi untuk berkunjung makan di rumah kita. Kalau kebetulan pada hari itu hari kita berkelahi laki bini, lupakan seketika. Sentiasalah senyum manis pada tetamu. Buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.

2. Kemudian selepas sama-sama duduk atas kerusi atau bersila atas tikar, jangan lupa persilakan makan. Biarkan tetamu makan dengan tenang. Jangan asyik bertanya itu ini sampai lupa nak jemput dia makan.  Kalau dia kelihatan teragak-agak nak mula, kita tolong bubuh nasi dalam pinggan dia.  Tunggu sekurang-kurangnya  tetamu sudah menyuap 5-6 kali suapan, barulah mulakan perbualan yang santai-santai. Jangan matikan selera tetamu dengan bertanya hutang dia bila nak bayar, misalnya.

3. Suruh ambil lauk dan kalau ia jauh dari capaiannya, sila dekatkan piring lauk itu dengan mengubah suai susun atur piring lauk atau pusingkan 'turntable' kalau ada. Termasuklah juga pencuci mulut dan sebagainya, dekatkan kepada dia pada masa yang sesuai. (Eh, betul ke perkataan turntable tu? ).

4. Kita pun makanlah sama-sama tapi mata kita sentiasa peka melihat tetamu apa yang tak ada atau kurang. Misalnya suruh dia tambah nasi. Tuang dan hulurkan air minum. Jangan hulur air basuh tangan pulak !

5. Beri kata-kata 'perangsang' supaya tetamu tidak teragak-agak untuk makan sampai kenyang. Misalnya, "habiskanlah lauk tu .. tak apa .. bukannya ada orang lain pun nak makan lepas ni" walaupun kita tahu anak kita berderet mengintai-intai di celah pintu bilalah tetamu nak habis makan.

6. Jangan sesekali kita berhenti makan sebelum tetamu berhenti makan dengan berkata, "aku dah kenyang .. jangan ikut aku ..  awak teruskanlah makan".  Walau pun anda berkata dengan jujur, tapi ia tidak kena pada tempatnya.

7.  Bila tetamu sudah benar-benar kenyang dan 'merayu' untuk berhenti barulah kita habiskan makanan kita. Tak usahlah pulak kita tambah nasi lagi.

8. Akhirnya ucapkan rasa besar hati kepada tetamu kerana sudi makan di rumah kita. Dan beritahu tetamu dengan seikhlas hati bahawa rumah kita sentiasa terbuka menerima kunjungan dia lagi pada masa hadapan.

Kalau ini dapat kita lakukan, insyaallah tetamu itu akan ingat sampai bila-bila dan kita juga akan dapat rasa satu kepuasan kerana telah berjaya menjadi seorang tuan rumah yang baik.

Nota kaki: Ikhlas memang tak nampak dipandang tapi dapat dirasa atau dikesan dari nada dan intonasi suara serta melalui bahasa badan kita.



14 comments:

  1. Tambahan.

    Perkara yang perlu dielakkan. Saya cukup tak selesa dengan layanan keterlaluan contohnya baru 3 suap nasi dah didesak suruh gambah lauk bagai. Lepas selesai makan (bertambah) tetap jugak nak suruh tambah itu ini.

    Silap haribulan, belum keluar pintu dah tertidur kekenyangan...

    (Komen sebelum terpaksa delete sebab ada typo, hehehee)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. kalau dilayan berlebih2an, memang merimaskan. Begitu juga kalau saya pergi shopping kompleks, saya rimas kalau ada pekerjanya mengekor kita kemana pergi.

      Delete
  2. Info yang bagus walaupun banyak elemen lawak yang buat saya ketawa terutama tang bila tetamu dah abis makan, tapi tuan rumah tambah nasi...terasa pulak saya..hahaha (nak buat camana, selalu dapat tetamu yang mengamalkan diet)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tambah nasi selepas tetamu habis makan tidaklah seteruk berhenti makan sedang tetamu tgh pulun.

      Delete
  3. Replies
    1. harap2 begitulah .. sebenarnya lebih ditujukan kpd org2 muda.

      Delete
  4. setuju ngn Pak Ngah, bg org kita tetamu tu bagaikan pembawa rezeki...

    mak n abah kalau kt kg, bila ada tamu dtg secepat yg boleh suruh kami ni yg kt dpr msk nasi, tak kisahla lauk apa pun... ikan grg, sadin pun dh memamadai kalau itu je yg ada di rumah jnji tamu wajib balik ngn prt kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg begitulah budi bahasa org2 dulu .. saya teringat masa kecik2 dulu, kalau ada tetamu atau sdr mara dtg, masa itulah dpt peluang makan lauk ayam.

      Delete
  5. Hehehehe... walaupun lawak tapi tetap ada kebenarannya.
    Memuliakan tetamu itu adalah amalan yang dituntut.
    Tetamu pun kena tahu juga adab bertandang ke rumah orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab tetamu kena tahu adab tu, kita bincang dikesempatan yg lain ye.

      Delete
  6. Assalamualaikum Abg Haji..

    Alhamdulillah terima kasih atas nasihat ini. Saya ni jenisa tak banyak makan jadi bila bertandang ke rumah orang akan jadi masalah bila disuruh tambah nasi hihi...nak menangkan hati tuan rumah dalam bab tambah ni yang payah...:):):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaĺaikumussalam. Kalau makan sikit sgt nnt tuan rumah berasa hati .. mungkin dia fikir masakan dia tak sedap atau kita tak sudi pulak. Mmg payah.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.