Sunday, November 19, 2017

NAMA DAN GAMBAR KELUAR SURAT KHABAR.

Pernah juga beberapa kali nama dan gambar saya masuk surat khabar baik semasa masih berkhidmat dengan kerajaan mau pun sesudah bersara. Kadang-kadang saya sempat gunting dan simpan, kadang-kadang tidak.  Kadang-kadang langsung tak sedar bila ia keluar. Tetapi yang telah digunting satu pun tak jumpa lagi sebab saya terlalu pandai menyimpan.
 
Pertama kali nama saya masuk surat khabar adalah masa lulus peperiksaan STPM tahun 1972. Kenapa pulak sampai keluar surat khabar ? Pada masa itu jika kita seorang calon persendirian, nama kita masuk surat khabar kalau lulus periksa. Rasanya cuma surat khabar Strait Times atau NST saja yang menyiarkannya.  Itu pun saya tumpang tengok surat khabar di rumah orang.

Gambar yang ada seperti di bawah hanyalah gambar-gambar saya selepas bersara dari perkhidmatan dengan kerajaan. Mujur gambar ini telah pernah masukkan dalam entri di blog saya. Dapat jugalah dirujuk. Inilah salah satu kebaikan kita berblog. Terima kasih tuan blogspot.


Digambar semasa menerima tetamu dan bertukar cenderhati di beranda surau saya. Pada masa itu saya menjadi pengerusi RT taman perumahan saya. Tahun bila dah lupa. (Ini gambar kitar semula)


Yang ini satu lagi. Cuma gambar sahaja keluar. Nama tak sebut. Tapi dari bentuk perut lelaki bertopi itu, saya percaya dia adalah saya. Yang ini tarikhnya saya ingat iaitu pada 16.2.2008.


 Yang ini pulak gambar saya sedang ditemuramah oleh seorang pemberita wanita dari sebuah akhbar CNN semasa berlangsungnya hari keluarga taman perumahan saya. Saya dah lupa nama akhbarnya dan keratan berkenaan  program hari keluarga itu pun tidak lagi dapat dikesan. Tak kisahlah. Bukannya penting sangat pun.


Pada masa ini barangkali tidak ada lagi kemungkinan nama dan gambar saya masuk surat khabar atas sebab-sebab yang murni. Semoga dijauhkan Allah jika sebaliknya.

Nota kaki: Perasan tak saya guna perkataan 'keluar' dan 'masuk' surat khabar silih berganti ?  Walaupun kebiasaanya perkataan keluar dan masuk itu adalah perkataan yang berlawanan maksudnya tetapi dalam konteks ini, ia merujuk kepada hal yang sama. Saya pernah buat entri tentang ini  kira-kira 7 tahun dulu.


9 comments:

  1. terbaik...Datuk...hehe...
    blog ini..kita jadikan simpan atau sebagai arkib memori kita....kerana, kertas lambat laut akan musnah dan reput...

    saya menjadikan blog sebagai arkib berita dan koleksi ilmu...jika saya lupa, saya akan cari di blog saya...sebab saya cepat lupa...haha

    apa pun...tahniah tuan...kerana 'keluar' paper......hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan saya .. google tukang carinya.

      Delete
  2. Gelama (glamour) Pak Ngah. Tahniah dapat masuk/keluar sotkabaq banyak kali :D

    ReplyDelete
  3. hehe.

    masuk dan keluar ni dalam kejuruteraan berkait rapat dengan sistem perpaipan.

    femes la pakngah masuk paper.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde maknenye .. tak ada orang perasan pun.

      Delete
  4. gambar saya pun pernah bebetapa kali kluar tapi tak pernah potong simpan pun.. nak kena cari lat arkib la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari jgn tak cari .. lepas tu buat n3 khas kat fesbuk.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.