Dari Abu Hurairah r.a; katanya: "Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jikalau azan dibunyikan untuk solat, maka membelakanglah syaitan - yakni lari ke belakang - sambil terkentut, sehingga ia tidak mendengar lagi suara azan tersebut. Selanjutanya jikalau azan sudah selesai, maka ia datang lagi, sehingga apabila dibunyikan iqamat , maka sekali lagi ia membelakang, kemudian apabila bunyi iqamat telah selesai datanglah ia kembali sehingga ia mengusikkan - yakni menggoda - antara seseorang itu dengan hatinya sendiri sambil mengucapkan: "ingatlah ini dan ingatlah itu," iaitu sesuatu yang tidak diingatnya sebelum ia bersembahyang itu, sampai-sampai seseorang itu tidak mengetahui, sudah berapa rakaat ia bersembahyang".
(Muttafak 'alaih)
Hadis ini sangat terpakai kepada saya. Semasa sembahyang susah betul nak khusyuk. Macam-macam benda yang teringat. Misalnya kerja-kerja yang belum selesai, memikirkan barang yang hilang atau merancang untuk membuat sesuatu projek/perjalanan dan sebagainya. Rupa-rupanya Nabi besar kita telah mengetahui masalah ini sejak semula.
Ya Allah yang maha mendengar, maha mengasihani serta maha pengampun, ampunilah daku di atas segala kelalaian itu dan bantulah daku agar dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada Mu terutamanya sewaktu daku mendirikan solat serta juga pada masa-masa di luar solat.
Sya pun sama tuan, selalu fikir...untuk propose job utk itu lah ini la ..dlm sembahyang....satu perkara yg saya buat utk kusyuk .sy baca dan hafak terjemahan ayat yg sy baca ketika sembahyang..
ReplyDeletememang itu salah satu tenik yang dianjurkan oleh guru2 ugama ..
DeleteOh ...kebetulan...
Deletesaya pun baru nak belajar mengaji dan mula bersembahyang tuan....rasa tenang..
Alhamdulillah .. teruskan beristiqamah. Saya pun masih berusaha utk mendapatkan ketenangan itu.
DeleteAssalamualaikum Bang Haji...
ReplyDeleteMemang sukar bagi kita hendak khusyuk kerana banyak hal yang ada di sekitar kita yang sering menjadi sebabnya kita tidak khusyuk. Maka yang penting perkara yang sering mengganggu itu kita selesaikan dulu, agar kita dapat fokus kepada pekerjaan solat kita...
Ini adalah satu nasihat yang baik .. tapi kalau kita ada plan nak melancong misalnya, macamana nak selesaikan kerana belum sampai tarikhnya.
Deletesaya kalau solat bersendirian cuma perkara yang berkaitan kerja je yang biasanya melintas dalam kepala. tapi kalau berjemaah, selalunya ada dua perkara yang boleh buat saya terganggu iaitu bau badan (busuk atau terlebih wangi) jemaah sebelah dan jugak bacaan jemaah ni yang kuat sampai ke telinga. lagi haru, bacaan saya pun jadi kurang konfiden pulak.
ReplyDeleteSamalah kita .. satu lagi saya cukup tak selesa kalau berada di sebelah jemaah yg baru hisap rokok.
DeleteMaaflah kalau awak juga seorang perokok.
Hehe, saya dah 2 tahun lebih quit smoking pak ngah. Sekarang baru tau betapa tak seronoknya duduk sebelah perokok.
Delete