Gambar hiasan hasil carian Google.
Berapa ramaikah penduduk dunia sekarang ini ? Mengikut Wikepedia, bilangan penduduk dunia pada bulan Oktober 2017 adalah dianggarkan seramai 7.6 bilion orang.
Saya yakin di antara 7.6 bilion penduduk dunia ini, tidak ada dua individu pun yang mempunyai suara yang sama. Iras-iras atau hampir sama tu mungkin ada tetapi tetap tidak sama.
Saya sendiri belum pernah berjumpa lagi dua orang yang suaranya sama; baik di Malaysia mahu pun di luar negara. Kalau dekat-dekat sama pun masih boleh dibezakan kecualilah orang yang berbakat besar yang boleh meniru suara orang lain. Namun begitu suara asli mereka tetap juga berbeza dengan suara orang lain itu.
Bila direnungkan hakikat ini, terasa benar betapa maha hebat dan bijaksananya Allah SWT yang mencipta makhluk di dunia ini. Alangkah celarunya kita kalau semua orang mempunyai suara yang sama. Cuba bayangkan kalau seorang bapa misalnya, memanggil nama anaknya dari luar surau yang ramai budak-budak, apa akan jadi kepada semua budak-budak dalam surau itu? Mungkin masing-masing akan bercakap, "eh .. ayah aku panggillah" sambil semuanya meluru keluar.
Pernahkah anda berjumpa dengan dua orang yang mempunyai suara yang sama atau sebijik hinggakan anda tidak dapat membezakannya ?
Saya kenal sepasang kembar yang suara mereka hampir sama, sangat hampir. Ramai orang yang kenal depa pun selalu sangat keliru (dan boleh tertipu) :)
ReplyDeletetapi ibu bapa mereka mcm mana? mereka juga keliru kah ?
DeleteItu saya tak pastilah Pak Ngah, kena tanya ibu bapa mereka. Hehehe...
Deletekot kot lah awak tahu .. hehe.
Deletesetakat ni tak pernah jumpa lagi orang bersuara sama. seakan-akan sama.
ReplyDeletebetol ckp pak ngah tu.
Kan! Allahuakbar.
Delete