Malam tadi saya dan isteri pergi menghadiri jemputan kenduri kawin di Marina Putrajaya. Bila menghampiri bangunan tempat berlangsungnya majlis, saya tengok kereta sudah memenuhi tempat parking di luar bangunan hingga ke padang yang bukan dikhaskan untuk tempat parking. Terus saya buat kesimpulan, tentulah tempat parking di dalam bangunan sudah penuh. Maka saya pun menyelit parking kereta saya pada sedikit ruang kosong yang ada. Tapi hati saya tak sedap kerana ia mungkin akan menyusahkan orang yang parking lebih awal untuk keluar.
Namun memandangkan tiada pilihan, saya letak jugalah di situ. Isteri saya beri pendapat yang menyedapkan hati saya,
"Nanti kita keluarlah awal sikit .. orang lain tu pun nak pergi situ juga".
Kemudian kami menapak ke bangunan tempat majlis di adakan. Pendek cerita setelah duduk di meja jamuan, saya ceritalah dengan saudara-mara saya di situ tentang kesusahan meletak kereta. Seorang daripadanya beritahu saya yang kat parking dalam dalam bangunan ini masih banyak kosong. Saya pun bergegas ke kereta dan mengalihkannya ke dalam bangunan. Memang benar masih banyak lagi tempat yang kosong.
Kami diberi meja di tepi tasik Putrajaya yang indah dan permai. Sejuk hati sikit selepas panas hati dengan isu parking.
Pengajarannya. Jangan cepat buat kesimpulan atau berputus asa sebelum mencuba. Akibatnya tak fasal-fasal saya keletihan dan berpeluh malam tadi.
Lagu tamil eh Pakngah..? Hihih...lagu tamil pun lagu tamillah ya Pakngah apa boleh buat..hihih
ReplyDeleteHairanya stesyen yg clear cuma stesyen Tamil dan Cina. Mungkin tak ramai org guna kot.
DeleteKadang kadang silap bila ikut gerak hati...ya..
ReplyDeleteOrg tua2 dah kata ..
Deleteikut hati mati, ikut rasa binasa.
betul tu pakngah, kadang kite pakai ikut org je... tgk ramai paking kt luar kite pun nyelit sama sedangkan di parking yg sepatutnya masih kosong lg
ReplyDeleteBegitu juga bab cari tmpt mkn .. bila tengok banyak org makan kat satu2 kedai, terus fikir kedai ni mesti sedap. Padahal mungkin kedai lain yg tak ada org makan, mungkin lebih sedap.
DeleteSekarang tempat parking majlis pekahwinan kena ada yang jaga untuk memudahkan para jemputan.
ReplyDeletesepatutnya begitulah samada di bandar atau di kampung2.
DeleteAlahai! kesian sebab tulah kat surat lawyer ada tulis without prejudice eh! tetiba.
ReplyDeleteSetuju sangat lagu dan muzik memang bahasa uviversal Mrs. A pun suka je dengar lagu korea walaupun tak faham.
saya dari dulu sampai sekarang suka dengar lagu hindustan walaupun tak faham.
Delete