Wednesday, November 15, 2017

PEMENANG KONTES KE - 6: TEKA NAMA IKAN ADALAH ...


Saya ada membuat kontes meneka nama ikan seperti di atas melalui entri ini. Nama ikan tersebut ialah "JENAHAK".  Sukacita saya umumkan pemenangnya iaitu plain83 pemilik blog Through My Glasses.Tahniah plain83.

Harap awak dapat memberi nombor akaun bank melalui e-mel kepada saya untuk saya sampaikan hadiah dalam sedikit masa lagi. Kalau boleh berilah akaun bank Maybank atau CIMB. Mudah dan cepat sikit urusannya. Alamat e-mail saya ialah hamzah761@yahoo.com.

Ini adalah gambar asal ikan tersebut yang saya perolehi hasil carian Google.

 

Melalui kontes ini juga, saya telah mendapat 3 rakan blogger baru iaitu saudara Safirul Amar Azmi, Tarmizi dan MRS A. Blog mereka telah pun saya masukan dalam bloglist saya. Terima kasih kepada semua yang telah sudi mengambil bahagian.

Saya ada memberi petunjuk (clue) nama ikan tersebut dalam entri berkenaan iaitu KRMSJSL yang diilhamkan dari huruf2 di keyboard. Nama jenahak boleh didapati dari cantuman huruf yang berada di sebelah kiri kepada huruf tersebut. Misalnya di sebelah huruf 'k' ialah huruf 'j' dan di sebelah huruf 'r' ialah huruf 'e' dan begitulah seterusnya.


Kalau diambil satu huruf disebelah kiri huruf KRMSJSL tersebut dan digabungkan akan dapatlah nama ikan JENAHAK.

Sekali lagi terima kasih kepada anda yang sudi mengambil bahagian. Setinggi-tinggi tahniah kepada plain83 kerana berjaya meneka dengan tepat nama ikan tersebut.  Kepada yang tidak berjaya, jangan kecewa, teruskan mencuba kerana mungkin ada rezeki lain yang lebih lumayan menunggu anda di tempat dan kesempatan yang lain.

14 comments:

  1. Replies
    1. Tak pandai nak teka-teka. Takpe insya Allah ada umur ada rezeki, join itu pun kalau Pak ngah buat contest lagi lah. hehehe

      Delete
  2. Hebat sungguh cara orang lama bukan saja-saja tulis kod tu ya ada makna disebaliknya.

    Mrs. A tak sempat nak study hiks!

    Terima kasih masukkan dalam bloglist KomenSen.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Plain83...next time buat lagi ye Pak Ngah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kurang bersemangat sebab sambutan tidak memuaskan.

      Delete
  4. Tahniah kepada pemenang....dan tahniah berjuta juta ...kerana membuat contest seperti ini...next time, boleh cuba lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambutan bloggers dah hambar tidak mcm kontes pertama dahulu ..

      Delete
  5. hehe. tahniah pemenang.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.