Wednesday, November 22, 2017

KALAU NAK BERBEZA PENDAPAT BOLEH SAJA.



 Gambar hiasan hasil carian Google.

Saya tiada masalah kalau kita berlainan pendapat. Tiada hak saya untuk melarang sesiapa beri pendapat yang berbeza dengan pendapat saya. Cuma dalam memberi hujah, saya mohon gunalah kayu ukur yang sama. Seperti kata omputih, jangan "double standard" .

Contoh: Kalau orang yang kita benci guna lorong kecemasan di
lebuhraya, kita kata perangai dia buruk. Siap sumpah seranah lagi. Tapi bila orang yang kita suka, buat macam itu, kita keluarkan macam-macam 'hadis' untuk membela perbuatannya.  Itu contoh je.

Saya bukannya marah, cuma minta tolong dari orang yang berkaitan.


4 comments:

  1. Ya, sikap double standard tu ada di mana-mana. Bila nampak kejadian macam ni, saya cuma makan popcorn dan tidak masuk campur :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali kalau awak datang rumah Pakngah, silalah bawa popcorn banyak-banyak ye ..

      Delete
  2. Mrs. A pun sama tiada masalah hehehehe...

    Di ofis Mrs. A pun sama wujud juga masalah double standard nih! contoh bila ko anak somebody "attitude" problem ko bosses buat-buat tak nampak bila ko pulak anak nobody semua "attitude" pun nampak salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly .. itulah maksud saya .. dan pilih kasih pulak tu.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.