Monday, November 6, 2017

KISAH HARIMAU KENA MAKAN BUAYA.

Gambar hiasan hasil carian Google.

Pada suatu hari seekor harimau yang sangat lapar berjalan-jalan menyelusuri sebatang sungai mencari mangsa. Tiba-tiba dia ternampak ada seorang lelaki sedang tidur terlentang dengan nyenyaknya di atas sebatang kayu besar yang merintangi sungai tersebut. Sang harimau sangat gembira melihat rezeki berada di depan mata. Lalu dia berjalan perlahan-perlahan menghampiri orang yang sedang tidur itu. Tiba-tiba dia terdengar suara,
 
"Hey .. itu mangsa akulah .. aku dah lebih sejam tunggu kat bawah ni".

Sang harimau pun terhenti berjalan dan mencari-cari dengan matanya dari mana datangnya suara itu. Akhirnya dia ternampak seekor buaya berada di dalam sungai, tidak jauh dari tempat dia berdiri itu. Dia melihat sang buaya merenung tajam ke arahnya dengan muka yang kemerah-merahan menahan amarah. 

Harimau agak terperanjat bila terlihat sang buaya itu. Setelah berfikir seketika, dia pun mendapat satu akal dan menjawab,

"Sorilah aku tak perasan kau ada kat bawah tadi. Beginilah, apa kata kita buat satu perjanjian. Kalau dia jatuh ke air nanti rezeki kau dan kalau tidak, dia rezeki aku". Sang harimau mencadangkan.

Mau tak mau sang buaya terpaksa bersetuju dengan cadangan harimau itu kerana dia tiada pilihan,

"Baiklah aku setuju ... kalau jatuh ke air aku punya .. janji tau".  Balas sang buaya meminta pengesahan.

"Aku janji". Jawab harimau ringkas.

Kemudian sang harimau pun berjalanlah perlahan-lahan menghampiri bakal mangsanya sambil bersedia untuk menerkam.  Nak jadikan cerita, tiba-tiba orang itu terbersin dengan kuatnya. Sang harimau terperanjat besar dan terus terjatuh ke dalam air. Apa lagi sang buaya pun segera membaham peha sang harimau sekuat-kuatnya.

Harimau pun meraung menahan kesakitan sambil meronta-ronta cuba melepaskan diri sambil berteriak,

"Hei buaya .. ini akulah .. rimau .. kau tak nampak ke?"

Lantas dijawab pantas oleh sang buaya:

"Aku tahu tapi aku peduli apa .. kan kita dah janji tadi kalau jatuh ke air aku punya".

Lalu sang buaya merentap sang harimau dan membenamnya ke dalam sungai. Selang beberapa lama, sang harimau pun berhenti bernafas.

Moral cerita: Hati-hati kalau mahu buat perjanjian dengan buaya.



10 comments:

  1. Buaya tetap buaya... :)

    Tapi boleh pula buaya itu kemerah-merahan mukanya menahan amarah, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah keadaanya kalau mengikut sahibul hikayat.

      Delete
  2. harimau ingat akalnya dh licik tp rupanya buaya lg licik....

    sentiasa berwaspada ngn apa yg kita katakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !jgn ingat kita je yang licik .. licik org kita tak tau.

      Delete
  3. Bang Haji,

    Kita kena berhati-hati dengan manusia yang bersifat buaya ni,
    mereka pandai berkata-kata tapi penuh dengan penipuan..

    ReplyDelete
  4. Ye kita kena pegang pada janji.
    Sebab tu kena ada hitam putihnya.
    itu pun banyak yang kena kelentong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ada hitam putih pun kdg2 org tak hormat, apa lagi janji lisan.

      Delete
  5. Kalau ada sang kancil kemungkinan terlepas la rimau tu..
    Teringat kecik2 pernah baca buku cerita tajuknya 'Sang Kancil Bersekolah Inggeris'

    Kita pun perlu bijaksana macam sang kancil kalau tak nak kena kelentong atau jadi mangsa tak pasal2..

    Dan jangan pulak jadi orang yang cari penyakit dan bodo sangat pi dok tidoq atas batang kayu merentasi sungai.. kalau x kena makan ngan sapa2 pun kemungkinan besaq mati lemas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kan, bila dah terlampau mengantuk sambil bawak kereta pun boleh terlelap ..

      saya pun tak pasti adakah sang kancil tu benar2 cerdik. hehe.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.