Tak
lama dulu seorg kawan sekolah saya tahun 72-73 telefon saya. Dia nak
sgt jumpa saya. Dia beritahu namanya Khairudin, tapi saya dah lupa siapa
orangnya. Maklumkah dah lebih 40 tahun tak berjumpa. Dipendekan cerita,
dia tiba di rumah saya spt dijanjikan. Keluar kereta dia terus memeluk
saya dan saya pun balas ala kadar shj kerana saya masih konfius siapa
dia. Rasa mcm kenal tapi namanya tak terdaftar dlm kepala otak saya.
Seminggu saya tertanya2 siapa gerangan dia. Hari Jumaat
berikutnya saya terjumpa seorg lagi kawan sekelas dgn saya tahun
72-73. Dia ni saya selalu berjumpa. Dia tanya saya "ado Semprot dtg
rumah kau tak?". Tetiba saya teringat rupa2nya yg dtg rumah saya hari tu
ialah Semprot yg dulunya kawan baik saya juga. Dia mmg popular dgn
panggilan Semprot dan nama sebenarnya tak ramai org tahu atau ingat
termasuk saya. Saya tahu dia tak suka dipanggil dgn gelaran itu. Tetapi
kami tetap juga panggil kerana gelaran itu dah sebati dgnnya. Kalaulah
dia kata dia Semprot hari tu, tak adalah saya ting tong selama seminggu.
* Nama Khairudin dan Semprot bukan nama sebenar.
Memang lucu...
ReplyDeleteMacam suami saya, di kalangan kawan-kawan sekerjanya lebih dikenali dengan panggilan Bob. Suatu hari ada orang ingin berjumpa dengannya dan bertanya dengan seseorang 'saya hendak jumpa En Mustapha'. Terpinga-pinga kawan tu. Kebetulan En Suami lalu, maka 'seseorang itu' bertanya pula 'siapa En Mustapha? Ada orang hendak jumpa dia'...hahaha...
Memang selalu orang lebih ingat nama panggilan atau gelaran. Macam saya, ramai kawan2 saya tak tahu nama dlm KP saya stapi bila sebut Pak Ongah, mereka terus ingat.
Deletekawan kawan saya ada yang mempunyai nama samaran binatang...katak, lembu, ayam, cicak...pada suatu hari..datang rumah keluarga mereka...mak nya yang keluar...mak dia kata nak jumpa siapa ? saya pun kata...nak jumpa katak....! terus saya kena marah..haha sampai sekarang saya panggil kawan saya tu katak, kurang panggil nama betul, dan akhirnya lupa! ...k....haha
ReplyDeletebegitulah yg terjadi kpd saya spt kisah di atas .. saya langsung tak ingat nama dia tapi ingat gelaran atau nick name dia.
Deletehehehe.
ReplyDeletebaru nak tanya semprot tu maksudnya apa.
sekali bukan nama sebenar rupanya.
itu teknik menulis supaya pembaca baca sampai habis .. hehe.
DeleteHahaaa...saya gelak sopan pakngah. Biasa situasi begini bila glamor dan ramai kenal serta gelaran. Assalamualaikum dari bumi Sabah.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi singgah dalam pengembaraan anda yang tidak berkesudahan. Hehe.
ReplyDelete