Thursday, November 23, 2017

MEMAHAMI YANG TERSIRAT : LAH.

 Gambar hiasan hasil carian Google.



Tambahan LAH pada hujung perkataan, ada maksud tersirat. 

Sedap tak?

BolehLAH..

Maknanya, nak kata sedap tak adalah sedap sangat, tapi bolehlah buat alas perut. 

Boleh aku datang rumah kau malam ni?

Nak datang, datangLAH ..

Maknanya kehadiran kita bukanlah suatu yang dinanti-nantikan tapi kalau nak datang juga, tuan rumah tak akan suruh kita balik.

Tapi kalau kepada cucu, perkataan LAH itu bermakna keizinan. Contoh:

Boleh tak Yin beli aiskrim tu lagi?

BeliLAH .. 

Yahuuu ..



2 comments:

  1. Assalamualaikum Bang Haji,

    Paling baiknya bagi saya tidak menggunakan perkataan LAH tu
    agar tidak membuat orang mendengarnya bersangka buruk...

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Sukar sekali utk buang perkataan LAH dlm penggunaan harian kerana telah sebati dgn lidah Melayu. Malahan dlm berbahasa Inggeris pun ia digunakan dgn kerap spt I don't know lah, buy lah. Sampaikan org Cina dan India pun dah terikut2 menggunakannya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.