Saturday, November 11, 2017

MARILAH MASUK KONTES KE- 6 ANJURAN KOMENSEN : TEKA NAMA IKAN.

Banner kontes.


Sudah agak lama rasanya saya tak buat kontes. Kali terakhir pada tahun 2013. Tetiba teringin pulak nak buat walaupun kedudukan ekonomi tidak berapa memberangsangkan.

Kontes kali ini adalah untuk suka-suka sambil menguji kecekapan minda anda. Semua orang boleh turut serta, asalkan ada blog. Tak wajib untuk follow atau tag orang lain.

Tugasannya.

Cuba teka nama ikan di atas.

Terma dan Syarat:

1. Buat satu entri tentang kontes ini di blog anda. Setiap entri mesti mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog KomenSen.

2. Kemudian berikan jawapan dalam kotak komen kat entri ini. Kotak komen akan saya tutup sehingga kontes ini berakhir.

3. Tarikh tutup kontes ini adalah pada jam 10 pagi 15hb. November, 2017.

4. Peserta yang pertama memberi jawapan yang betul akan dipilih sebagai pemenang. 

5. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Hadiah.

Oleh kerana kontes ini sangat mudah, hadiahnya cuma wang tunai RM101.00 sahaja, lebih seringgit dari hadiah kontes sebelumnya. Hadiah akan dimasukan terus ke akaun pemenang. Hanya seorang pemenang sahaja akan di pilih.

Petunjuk (clue).

KRMSJSL

Siapa yang dapat memecahkan kod rahsia di atas, pasti akan dapat jawapannya.

Semoga berjaya dan terima kasih atas sokongan anda.
 

20 comments:

  1. Aduhai...saya kalau baba nama-nama ikan ni, memang balik ke lautlah ikan tu... :)

    ReplyDelete
  2. saya join ya Pak Ngah, saya teka jawapannya ikan kerapu =)

    http://at-tarmizi.blogspot.my/2017/11/marilah-masuk-kontes-ke-6-anjuran.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat dah tu .. tapi itu bukan jawapan yang saya cari .. apa-apa pun terima kasih kerana sudi join.

      Delete
  3. ikan baung.

    saja cuba-cuba.

    salam singgah sini pak ngah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tepat kerana ikan baung adalah jenis ikan sungai yang tidak bersisik dan ikan ini adalah sebaliknya.

      Delete
  4. Saya join Tuan...

    http://www.safirulamar.com/2017/11/marilah-masuk-kontes-ke-6-anjuran.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi join dan selamat bersahabat di alam blogging .. namun jawapannya bukan ikan kerisi.

      Delete
  5. Salam Pak Ngah! :D

    Saya join: https://throughmyglasseskacamata.blogspot.my/2017/11/memeriahkan-kontes-pakngah-komensen-d.html

    Jawapan saya: JENAHAK
    Dan nama Inggerisnya pula ialah Golden Snapper.

    Betulkan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jawapan awak .. tahniah .. sila baca entri terbaru tentang pengumumannya.

      Delete
  6. Walaupun tak berapa nak kenal ikan sangat tapi Mrs. A nak teka itu adalah IKAN KERAPU tapi bila tengok kod tu haish!! hantam sajalah.

    https://mrsablogstori.blogspot.my/2017/11/kontes-ke-6-anjuran-komensen-teka-nama.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi turut serta .. sudilah baca pengumuman pemenangnya dlm entri terbaru saya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.