Saya baru balik dari memancing kolam berbayar di Lukut. Umpannya udang hidup, beli kat kolam. Pergi dengan seorang kawan. Dia yang beria-ia mengajak. Saya dapat dua ekor ikan jenahak. Seekor beratnya kira-kira 3.5 kilogram dan seekor lagi beratnya lebih kurang 2.5 kilogram. Kawan saya tadi seekor pun tak dapat. Saya lihat dia resah apabila hampir di hujung masa, dia masih belum dapat. Sekejap dia angkat pancingnya untuk tengok umpan, sekejap lagi dia tukar tali, sekejap lagi dia tukar tempat dan sekejap lagi dia tukar pakai pelampung pula. Namun begitu, walaupun pelbagai ikhtiar dia buat ... masih juga tak dapat.
Walaupun saya dan dia memancing di kolam yang sama, menggunakan umpan yang sama dan masa memancing pun sama, dan dia ternyata lebih berpengalaman ... tapi saya dapat ikan manakala dia tak dapat. Saya dapat dua pengajaran di sini. Pertama, sebenar-benar Allah lah yang memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang disukainya; dan kedua, kalau kita memancing, belum tentu dapat ikan ... tetapi kalau kita tidak memancing, sudah tentu tak dapat ikan. Jadi jangan jemu atau berputus asa dan teruskanlah memancing!
Sunday, August 30, 2009
Thursday, August 13, 2009
4 SPESIS ORANG - CAKAP TAK SERUPA BIKIN!
Di kalangan kita pada bila-bila masa dan tempat akan terdapat 4 jenis manusia:
1: Pandai cakap dan pandai bikin,
2: Tak pandai cakap tapi pandai bikin,
3: Tak pandai cakap dan tak pandai bikin,
4: Pandai cakap tapi tak pandai bikin.
1: Pandai cakap dan pandai bikin.
Mereka ini adalah golongan pemimpin. Bilangan mereka biasanya sangat sedikit. Contohilah dan ikutilah kata mereka dan bantulah mereka.
2: Tak pandai cakap tapi pandai bikin.
Golongan ini biasanya ramai. Mereka adalah penyumbang sebenar dalam mana-mana organisasi. Sokong dan berkerjasamalah dengan mereka.
3: Tak pandai cakap dan tak pandai bikin.
Golongan ini menjadi beban kepada kita. Bilangannya juga biasanya sedikit. Kalau tidak, masalah besar kepada kita. Bantulah dan bimbinglah mereka kerana kalau kena caranya mereka mungkin berguna.
4: Pandai cakap tapi tak pandai bikin.
Golongan ini kita perlu berwaspada walaupun bilangan mereka tak seberapa. Kalau kita alpa mereka boleh bawa bahaya dan huru hara kerana lagaknya yang mempersona. Oleh itu dengan mereka kita perlu sentiasa hubaya-hubaya!
Friday, April 24, 2009
"ISTERI SAYA TIDAK BEKERJA! "
"Isteri saya tidak bekerja". Itulah jawapan yang biasa kita dengar dari seorang suami bila ditanya pekerjaan isterinya - kalau isterinya hanya seorang suri rumah sahaja.
Tetapi soalnya apakah tepat kenyataan itu jika seorang isteri yang menjadi suri rumah itu, dikatakan tidak bekerja. Tentulah tidak, kerana isteri yang dikatakananya tidak bekerja itu tersangat banyak kerjanya dari memasak, mengemas, membasuh, menguruskan anak-anak dan sebagainya.
Tetapi soalnya apakah tepat kenyataan itu jika seorang isteri yang menjadi suri rumah itu, dikatakan tidak bekerja. Tentulah tidak, kerana isteri yang dikatakananya tidak bekerja itu tersangat banyak kerjanya dari memasak, mengemas, membasuh, menguruskan anak-anak dan sebagainya.
Saya tahu apa yang dimaksudkan isteri yang tidak bekerja itu adalah isteri yang tidak bekerja makan gaji atau tidak menjalankan perniagaan sendiri. Maknanya isterinya hanyalah seorang suri rumah tangga sahaja.
Kalau begitu kenapa tidak dikatakan saja "isteri saya adalah seorang suri rumah tangga" kerana kenyataan "isteri saya tidak bekerja" itu bagi saya amat mengelirukan. Istilah "suri rumah tangga" itu saya rasa lebih sesuai, adil dan mengangkat darjat dan meletakkan martabat seorang isteri di tempat yang sebenar dan selayaknya. Bahkah isteri yang hanya menjadi suri rumah itu, lebih banyak dan berat kerjanya kerana waktu kerjanya adalah 24 jam sehari sampai bila-bila tanpa ada cuti sakit, cuti rehat, KWSP, pencen, bayaran kerja lebih masa dan sebagainya sepertimana yang dinikmati oleh "isteri yang bekerja".
Tetapi bagaimana halnya kalau suami pula yang tidak bekerja? Mungkin ada benarnya kalau isterinya berkata "suami saya tidak bekerja" kerana suami yang tidak bekerja itu kadang-kadang benar-benar tidak bekerja !
.
Subscribe to:
Posts (Atom)