Monday, December 30, 2024

TAHUKAH ANDA FASAL PM TERTUA DAN TERMUDA ?

Tahukah anda bahawa orang yang paling tua dalam dunia ini semasa dilantik menjadi Perdana Menteri adalah Tun Dr Mahathir Mohamed dari Malaysia. Beliau dilantik menjadi perdana Menteri (kali ke dua) pada usia lebih 92 tahun. 

Manakala Waldemar Pawlak dari Poland menjadi orang termuda dilantik sebagai Perdana Menteri pada usia lebih 32 tahun.


Sunday, December 22, 2024

TAHUKAH ANDA FASAL NAMA TEMPAT TERPANJANG DAN TERPENDEK DI MALAYSIA.


Tahukah anda bahawa nama tempat yang terpanjang di Malaysia adalah Kampung Simpang Tiga Durian Chondong di Johor. 

Manakala nama tempat yang terpendek di Malaysia pula ialah Kampung Wai di Negeri Perlis.

Sunday, November 24, 2024

TAHUKAH ANDA FASAL DELTA AIRLINES.


Tahukah anda bahawa syarikat penerbangan yang terbesar di dunia adalah Delta Airlines yang berpangkalan di Atlanta, Georgia,  USA. Ia memiliki sebanyak 979 buah kapal terbang dan mengendalikan sebanyak 5,400 penerbangan sehari. 

Sebagai perbandingan, Malaysia Airlines mempunyai sebanyak 76 buah kapal terbang dan mengendalikan 300 penerbangan sehari.