Sunday, May 30, 2010

UBAN OH UBAN !

Saya rasa seronok bila membaca entri Pn Kartini sebentar tadi fasal uban.




Dalam entrinya dia membawakan hadith ini:


Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu derajat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)


Tetiba jer saja saya rasa tak sabar-sabar supaya seluruh rambut saya beruban semuanya. Sekarang ini ada lagi sikit-sikit yang masih hitam.


maaf makngahnya .. pakngah nak fokus kat rambut dia !


p/s: Tadi saya dapat komen dari YB dalam entri saya. Beginilah komennya ..


Salam bang.

Saya tak kira. Nak jugak baca kisah sensasi yg abg janjikan tu. Ramai dah tunggu tu bang cuma mereka tak berani nak bersuara sbb segan dgn abg agaknya.


YB. Kan ke dah saya cakap (tulis) sambungan cerita saya pergi Seoul tak dapat nak buat sebab gambar2 lawatan saya ke Korea tertinggallah pulak di pejabat. Buat sementara waktu ini baca dan tengoklah entri ini dulu sebagai penggantinya.

Friday, May 28, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 10 - SEOUL, KOREA SELATAN (18SX)


Harian Metro 27 Mei 2010.

Bila membaca rencana di atas, terutamanya bila melihat gambar "Istana Silam - Gyeonbokgung" dan "Seoul Tower" teringat saya pada tahun 1999 pernah pergi berkursus di Korea Selatan selama kira-kira dua minggu. Selain dari belajar perkara akademik, saya sempat juga melihat budaya, cara hidup dan gaya hidup mereka.

Satu perkara yang sangat saya kagum ialah, boleh dikatakan tiada seinci tanah pun terbiar begitu sahaja tanpa di usahakan. Bak kata orang tua2, mereka sangat pandai berbudi pada tanah. Lihat gambar di bawah di mana kelihatan sawah padi mereka yang sedang menguning di belakang saya, tidak jauh dari bandaraya Seoul.


Gambar 1. Berlatarbelakangkan Sawah Padi Yang Sedang Menguning.

Selain dari itu orang-orang Korea Selatan juga sangat megah dengan bahasa, budaya dan produk keluaran negara mereka. Taklimat yang diberikan rata-rata menggunakan bahasa Korea dan ada penterjemah di sediakan (dan mereka maju juga). Selain dari itu, mereka juga saya dapati mempunyai budi bahasa yang tinggi dan sangat pandai melayan tetamu. Dua keping gambar di bawah, saya rasa sudah cukup untuk membuktikan kenyataan saya tentang "kepandaian mereka melayan tetamu".


Gambar 2. Di Atas Seoul Tower .

Dalam gambar di atas, dia pegang saya ... mungkin tempat tu gelap sikit kot. Tapi gambar di bawah ... di tempat terang pun dia nak pegang saya juga. Nak buat macamana, dah nasib saya ...!



Gambar 3. Saya tak ingat bangunan apa kat belakang tu. Kalau dah kena buat cenggini, sapa pun boleh jadi tak ingat !

Amaran: Kepada Yunus Badawi dan Che'Pit .. jangan klik gambar di atas dan jangan lama-lama sangat tengok sawah padi tu, nanti kena penyakit kuning.

What can I say ?


Gambar 4: Dengan dayang-dayang di hadapan Istana Gyeonbokgung
(klik untuk maklumat lebih lanjut. Persembahan yanga sangat menarik).

"Camera man" sengaja nak sabotaj saya !
Nasib baik dia tak ambil paras pusat sahaja.





Wednesday, May 26, 2010

TAK DAPAT NAK FOLLOW BALIK !

Beberapa kali saya mendapat follower baru tapi saya tak dapat nak follow balik sebab tak dapat nak masuk blog dia. Nadia ni jadi follower saya yang terbaharu. Tapi bila klik gambar dia, keluar paparan seperti Gambar 1. Tak ada link atau pautan macam Gambar 2. Yang ada "Sites I've joined". Jadi saya tak dapat nak follow balik atau nak ucap terima kasih. Sebelum ini pun saya pernah berhadapan dengan situasi yang serupa.

Mungkin perkara ini tak ada masalah pada orang muda tapi masalah besar kepada Warga Emas !

Melalui entri ini saya nak ambil kesempatan untuk ucap terima kasih kepada Nadia dan juga follower yang lain yang tidak ada meletakkan link. Bukan saya tidak sudi hendak masuk ke blog anda. Tapi tak dapat !


Gambar 1.


Gambar 2.


p/s: Ada ke sesiapa yang tahu cecara nak hubungi follower yang tak letak link/pautan macam kes Nadia ini?

YANG DI TUNGGU TAK TIBA !

???













Siapa ada pengalaman macam ni ?
Ada orang nak bagi kita hadiah.
Kita pun tak tahu hadiah apa dia nak bagi.
Nanti dia poskan katanya.
Kita tak minta.
Dia yang nak beri.

 "Alaaah, takyah lah susah-susah ...   kita kata.

Sekarang ini dah dekat setahun,
hadiah tu tak juga sampai-sampai.
Dia pulak tak cakap samada dia dah poskan ke belum.
Kita pun tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya juga.
Apa sudah jadi.

Lalu apa kita nak buat?
Nak tanya ke?
Kalau kita buat gitu,
 takut dia kata kita tak menyempat-nyempat.
Malu pulak rasanya.
Dulu kata takyah lah susah-susah.
Kita pun tak naklah nampak macam nak sangat.
 Tapi memang naklah jugak.

Kita takut dia dah poskan.
Dia ingatkan dah sampai.
Dia ingatkan kita dah terima.
Kita takut nanti dia kata "tak cakap terima kasih pun".
 Dia tak tahu sebenarnya hadiah tu
tak pernah sampai pun kat kita.
Kita nak cakap terima kasih pun tak kena.
Sebab hadiahnya kita tak tengok lagi.
Habis apa kita nak buat ?

 Mohon nasihat anda semua?


Monday, May 24, 2010

DARI K.L KE K.K - DEMI UNTUK MENCARI SESUAP NASI !

kata orang .. lama hidup banyak di rasa,
jauh perjalanan, sakit-sakit seluruh badan. (ini kata saya sendiri)


Dari 10 Mei hingga 14 Mei lalu saya agak sibuk sikit.


bermula dengan lawatan kerja berhampiran KLCC ..



membawa ke negeri di bawah bayu. lihatlah
Gunung Kinabalu bercanda dengan awan nun di kejauhan ..



meredah sungai untuk ke seberang sana !



seterusnya meniti jambatan gantung yang berayun-ayun ..



demi untuk mencari sesuap nasi dan ikan kerapu stim ..



untuk anak-anak saya yang kelaparan di rumah !



p/s: itu belum masuk gangguan yang menaikan bulu roma sepanjang malam semasa tidur di hotel di KK.

HELLO BOSS !




Saya suka juga berjenaka.
Dan saya gemar membaca
kartun "Hello Boss" oleh Dee.
Namun begitu saya tidak berapa bersetuju
dengan  "bahan" yang dipilih
untuk dijenaka atau diketawakan. 

Bahan yang digunakan adalah
 mempersendakan orang rendah.
(bukan pendek .. apa bezanya ? > baca sini ).

Mana boleh sifat atau rupa orang
 dijadikan bahan ketawa.
Kekurangan sifat atau kehodohan rupa seseorang
bukanlah bahan untuk ditertawakan.

Kalau kita mentertawakannya, 
seolah-olah kita mentertawakan Maha Pencipta.

Lama dah saya pendam.
Lama dah saya ingin komen.
Hari ini saya terpaksa luahkan
 selepas membaca fikrah Dr Salam.


 Adakah patut orang rendah ditertawakan
 kerana kerendahannnya fizikalnya 
(kalau kerendahan akhlak, lainlah

 Adakah patut dia kata hodohnya
 orang yang tak ada misai ..!
(saya baru jer bercadang nak cukur misai)

Saya harap Dee renungkan Fikrah Dr Salam di bawah ini :-


Persenda sifat fizikal orang. Jika melakukkannya dianggap fasik,
 jika tidak bartaubat termasuk dalam golongan zalim



Friday, May 21, 2010

MULAN BUDAK BAIK !


nak dedah apanya lagi kak oi !
.
.

MARI KITA LAWAN MAIN PING PIONG...!


Ada berani ?

Wednesday, May 19, 2010

SYABAS CIKGU MAZWIN !




Saya secara sukarela menggantung cuti dari berblog (untuk mengulangkaji dan menjahit topi-topi) kerana terpanggil untuk membuat entri berkenaan dengan kisah di atas tentang:

"Pengorbanan guru - Terpaksa naik perahu, meredah ombak Laut Sulawesi untuk ke sekolah".

Saya ingin menzahirkan penghormataan kepada guru-guru tersebut. Kalau saya buat entri selepas habis peperiksaan, cerita ini mungkin sudah di lupakan.

Saya cukup kagum dengan Cikgu Mazwin. Saya tidak kenal dia. Beliau yang berasal dari Gua Musang telah di tukarkan ke SK Bait, di Pulau Bait berhampiran Semporna, Sabah selepas hanya sebulan berkahwin. Inai pun belum hilang di jari. Namun dia tabahkan hati meninggalkan suami, keluarga, kampung halaman untuk menabur bakti di SK Bait di mana kemudahan paling asas seperti air paip dan letrik pun belum ada.

Kalau saya mungkin dah jumpa Penghulu, Wakil Rakyat, Menteri atau sesiapa sahaja kabel yang ada untuk mengelakkan dari berpindah ke sana !

Kalau nak dikira jarak Gua Musang ke Semporna, mungkin hampir sama dengan jarak ke Australia apalagi jarak ke Singapura.

Kalau Duta dan pegawai-pegawai kita yang berkhidmat di Kedutaan (Suruhanjaya Tinggi) kita di Australia , mendapat elaun yang sangat "gemuk" kerana terpaksa berkorban meninggalkan tanah air, adakah kesusahan yang di tanggung oleh guru-guru tersebut walau pun tidak meninggalkan tanah air, tidak patut di bayar elaun se"gemuk" itu.

Bahkan saya berpendapat mereka yang bertugas di SK Bait dan tempat yang seumpamanya patut di beri elaun lebih "gemuk" lagi dari mereka yang bertugas di Kedutaan kita di Washington D.C, Paris, London misalnya. Tetapi jangan silap faham, saya langsung tidak menyarankan supaya elaun pegawai-pegawai kita yang berkhidmat di Kedutaan di kurangkan !

Persoalannya ialah kenapakah seorang pegawai yang berasal dari Johor Baharu misalnya yang berkhidmat di Kedutaan kita di Singapura di bayar Elaun Seberang Laut (yang tak pun menyeberang laut) dan lain-lain kemudahan berganda-ganda banyaknya berbanding guru-guru dalam gred yang sama yang bertugas di SK Bait (yang hari-hari menyeberang laut). Padahal pegawai yang bekerja di Singapura itu boleh berulang sahaja dari rumahnya di JB untuk bekerja di Singapura, kalau mahu. Sedangkan guru itu pula setiap kali untuk sampai ke SK Bait, mereka terpaksa menempuh ombak dan badai yang mengancam nyawa.

Atau kenapa guru-guru yang berkhidmat di Jabatan Penuntut Malaysia di London misalnya mendapat habuan yang lebih tinggi berbanding guru-guru yang bertugas di SK Bait. Sedangkan untuk bertugas di London pasti beribu orang yang ingin bekerja di sana dan logiknya tiada siapa yang secara sukarela ingin berkhidmat di SK Bait, kecuali anak tempatan agaknya.

Mana yang lebih susah, seorang guru dari Gua Musang yang bertugas di SK Bait atau seorang pegawai PTD yang berasal dari Johor Baharu yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Pulau Singapura. Atau mana yang lebih susah, seorang guru dari Gua Musang yang bertugas di SK Bait atau seorang guru dari Kuala Lumpur yang bertugas di Jabatan Penuntut Malaysia, London ?

Dalam konteks ini Cikgu Mazwin dan guru-guru yang senasibnya denganya benar-benar berkorban.

Selamat Menyambut Hari Guru (walaupun dah terlewat dua hari ... cikgu tak marah kan ?)

Friday, May 7, 2010

HINGGA KETEMU LAGI ...!

Hingga ketemu lagi ?

kenapa ?

Kerana saya ingin membuat persiapan untuk mengahadapi peperiksaan.

Saya rasa saya boleh pos entri hari-hari.
Itu tiada masalah.
Tetapi masalahnya saya sudah kesuntukan masa
untuk membalas lawatan rakan-rakan yang telah melawat blog saya.
Saya rasa amat bersalah dan tidak adil

kalau saya tidak berbuat demikian.
Oleh itu saya terpaksalah memilih opsyen ini.

Kepada Tetuan
Khairiah Jelani, Penjejakmaya, Abang, Zulkbo,
PakcikLie, Piewahid, Eye_Nee, Zaidi Edi,
Marilyn Marina Monroe
yang baru saja menjadi follower dan
barangkali bakal-bakal follower,
sudi apalah kiranya membaca entri-entri lama saya
yang semuanya di jamin halal menarik belaka
untuk di baca ... menurut kata sayalah.

P/S: Selamat Hari Ibu.
Semoga ibu-ibu bergembira dan gembirakanlah ibu anda !

HARI INI SAYA RASA SANGAT BAWAH ..!

Hari ini saya rasa sangat bawah (down).

Inilah masalahnya jika kita
biasa dapat banyak komen...

Bila tetiba dapat sikit,
seperti yang di perolehi
dalam entri "kejar-mengejar"
yang saya post pagi tadi;
mulalah macam2 perasaan timbul.

apa salah ku, apa salah ibu ku ?
(apakah kerana aku tidak melawat mereka)

apa yang tidak kena ?
(macam mana nak bagi kena)

apakah orang sudah jemu ?
(kerana ceritanya asyik2 itu juga)

mana perginya kawan2 lama ?
(kemasukan kenalan baru, menghalang saya jadi down under)

dll perasaan.



berehatlah dahulu

sebelum anda di rehatkan.

Thursday, May 6, 2010

KEJAR-MENGEJAR ...!



yang di kejar tak dapat
yang di kendung berciciran ...

"Tiga orang penjenayah telah mati di tembak polis di di Batu Caves awal pagi tadi. Insiden itu terjadi selepas berlaku drama kejar mengejar dan tembak menembak di antara penjenayah dengan polis ..."


Pernah dengar tak berita tentang kejar mengejar dan tembak menembak antara polis dengan penjenayah kat tv atau radio kita?

Saya boleh terima kalau berlaku kejadian tembak-menembak. Di negara lain pun banyak berlaku.

Tapi susah saya nak terima kejadian kejar-mengejar berlaku di antara polis dengan penjenayah. Nak bayangkan pun susah !

Apa maknanya kejar-mengejar?

Mula-mula polis kejar penjenayah dan bila sampai satu tempat, penjenayah pula kejar polis. Tak kiralah dengan kereta ke, motor ke atau hanya dengan berlari sahaja.

Itulah maknanya kejar-mengejar. Kalau polis saja yang kejar dan penjenayah hanya lari sahaja, tak dikatakan kejar-mengejar. Itu hanya mengejar sahaja.

Cuma di Malaysia saja yang saya pernah dengar ada kejadian kejar-mengejar antara polis dengan penjenayah .

Hebat penjenayah di Malaysia ini !

hebat ... hebat !


p/s: Entri kitar semula. Inilah kali pertama entri saya mendapat komen. Seorang tak tahu siapa dan seorang lagi anak sulung saya yang perasan dia kiut. Kelakar pula rasanya!

Wednesday, May 5, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 9 - D.U.B.A.I

( ... ada kena mengena sedikit dengan entri semalam)



Gambar 1. Burj Al Arab - Dubai (dibina di antara tahun 1994 -2000)




Gambar 2. Menara TM - Kuala Lumpur (dibina di antara tahun 1998 - 2001).


Gambar 1 di ambil semasa kami melawat Dubai tak berapa lama sangat dulu.
Gambar 2 pula saya ambil dari sebelah surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada hari Ahad lepas.

Nampak tak keserupaannya.



* adakah ia satu suratan atau kebetulan ?

atau


* adakah sesiapa yang meniru di sini, ek ?


p/s: dunia ni kecil sangat rupanya !

TERKENANG SEMASA DULU 8 - U.N.I.V.E.R.S.I.T.I M.A.L.A.Y.A.


Gambar 1. Pintu masuk ke UM dari arah Jalan Pantai Baru.



Awal tahu 1974 saya memasuki Universiti Malaya selepas lulus STPM (calon persendirian).
Lulus STPM adalah suatu peristiwa yang paling menggembirakan saya
(sebelum berjumpa dengan Makngahnya).
Masa tu calon persendirian yang lulus STPM, nama keluar masuk surat khabar New Strait Times. Heboh satu malaya kampung.



Gambar 2: Di pintu masuk ke Kolej Kediaman Pertama


Tahun pertama saya tinggal di Kolej Kediaman Pertama. Masa tu 'ragging' masih di amalkan lagi.
Siswi yang bertudung masih lagi di anggap ganjil.
Tapi tak terdengar pulak orang buang bayi !!!

Saya dapat biasiswa Kerajaan NS sebanyak
RM1,800 setahun. Semua di situ.
Yuran, duit asrama, makan, buku, alat tulis, wayang, ansuran motor, minyak motor, beli pakaian dll.
Tiada 'top up' dari kampung.
Cukup ke tak cukup ke .. terpaksalah cukupkan.
Pandai-pandai lah nak hidup !
Tetapi pada tahun satu saya tiada motor lagi.
Motor Honda Cub hanya dapat dibeli bila masuk tahun dua.



Gambar 3: Di pintu masuk ke Kolej Kediaman Kelima.

Tahun ke tiga (tahun akhir) saya tinggal di Kolej Kediaman Kelima. Di tahun dua, saya terpaksa duduk luar sebab jahat tak dapat tinggal di asrama. (Sebab tu lah motor mustahak)


Gambar 4: Di depan Bangunan Dewan Tunku Canselor.



Ini lah Dewan Tunku Canselor tempat mengambil peperiksaan dan mengambil ijazah pada tahun 1977.

Dan sejak 2 1/2 tahun yang lalu, saya melalui semula
tempat-tempat itu pada setiap hujung minggu
sehingga projek saya selesai.
Insyallah hujung tahun ini.





Nak tengok tak rupa budak-budak U pada masa itu ?

v
v
v
v


Gambar 5: Lepak ngan kengkawan menunggu untuk masuk ke dewan kuliah - 1974.


p/s: Gambar 1 hingga Gambar 4 diambil pada minggu lepas.

Monday, May 3, 2010

JAMAK HALUS !


Hari Sabtu lepas saya pergi makan kenduri
di Kampung Simpang Pelangai, Bentong.
Lepas makan, singgah solat Zuhur
kat masjid di atas.
Ramai orang sembahyang.
Tapi kebanyakkannya sembahyang sorang-sorang.

Saya berjemaah dengan anak saya.
Masuk raka'at kedua saya terdengar suara seorang anak kecil
berdailog dengan suara orang besar di sebelah saya.
Beginilah dialognya ..


"Kita sembahyang Jamak Qasar ye ... !"

"Atuk sembahyanglah jamak kasar .. adik nak sembahyang jamak halus !"

Keras perut saya menahan ketawa.


.............................................................................

Sub-Entri : Tekateki

Suatu petang, sekembalinya saya dari bekerja, anak perempuan bongsu saya (Haifa) beri satu teka teki yang saya tak dapat jawab:

"apa benda kalau kita jumpa kat bawah, kita cari kat atas ?
......
......
......

"entah ... ayah tak tahu .."

"tahi cicak !!!"

Saturday, May 1, 2010

KALAULAH CUACA DI MALAYSIA NAIK SAMPAI 100 DARJAH CELCIUS ! !


Bulan lalu bil api dan air saya cukup tinggi. Api - RM259.20 dan air - RM72.75. Puncanya kerana banyak guna. Bila hari panas, kipas dan penyaman udara sentiasa terpasang. Tak kira siang atau pun malam. Makngahnya pun siram bunga dua kali sehari.

Itu belum lagi cuaca melepasi 40 darjah celsius. Agaknya apa akan jadi kalau Tuhan naikkan suhu dunia sampai 100 darjah celsius. Pastinya ...

1. Pokok2 habis semua mati termasuk pokok padi, gandum, jagung apa lagi sayur2an.

2. Air sungai, perigi bahkan laut akan menggelegak dan akhirnya kering. Hidupan di air semua mati berapungan.

3. Binatang ternakan dan binatang buas semua mati terbungkang.

4. Kita pula berapa lama boleh hidup. Atau boleh hidupkah dengan otak yang menggelegak !!!

Dan adakah sesiapa yang boleh menghalang kalau Tuhan ingin menaikkan suhu kepada 100 darjah celsius. Adakah ia mustahil bagi Tuhan ? Adakah Tuhan tiada kudrat untuk berbuat demikian ? Tidak. Bahkan semuanya harus belaka bagiNya.

Tetapi kerana sifat Rahman dan Rahimnya, Tuhan tidak berbuat demikian. Dengan itu tidakkah kita merasa bersyukur kepadaNya.


فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (Surah Ar-Rahman )

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? "

"(Which is it, of the favours of your Lord, that ye deny?)"