Wednesday, January 28, 2015
Tuesday, January 27, 2015
TEKA TEKI BUDAK-BUDAK.
Jawap dulu di kotak komen.
Lepas tu boleh semak jawapannya kat sini.
Jangan mengelat ya.
Siapa dapat jawapan yang betul ?
Jangan marahhhh.
Hehehe.
Monday, January 26, 2015
BEGINILAH RUTIN HARIAN ORANG PENCEN.
Berhenti kejap dari berjogging untuk berselfie dengan Haiqal
Orang kata orang pencen ini hatinya tenang. Saya setuju. Saya percaya faktor utama hati tenang itu adalah kerana duit pencen yang masuk setiap bulan. Perbelanjaan pun dah kurang. Misalnya hutang rumah dah selesai.
Selain dari itu orang pencen juga dapat banyak kemudahan. Kalau sakit dapat rawatan percuma. Tambang pengangkutan awam separuh atau dapat diskaun. Ada sesetangah kaunter dikhaskan untuk warga mas. Kalau pakaian berkedut sebab tak bergosok, orang tak kisah sangat.
Sejak lebih seminggu Makngahnya berada di hospital menjaga bapa mertua saya, rutin hidup saya sedikit berbeza dari biasa. Mari lihat senarainya.
1. Sembahyang Subuh kat Masjid. Sebelum itu kejutkan anak-anak dulu.
2. Balik dari masjid, hantar anak-anak ke sekolah. Sekarang ni Subuh lambat masuk.
3. Beli sarapan pagi (kadang-kadang beli lauk untuk makan tengahari dan malam)
4. Ambil surat khabar
5. Jogging (kadang-kadang belah petang)
6. Minum pagi sambil baca surat khabar.
7. Beli makan tengahari dan juga malam (kalau belum beli lagi di waktu pagi)
8. Sembahyang Zuhur di Masjid.
9. Makan tengah hari.
10. Ambil anak dari sekolah.
11. Tidur kejap.
12. Hantar anak ke sekolah (aktiviti sukan) pada hari tertentu.
13. Sembahyang Asar di Masjid
14. Ambil anak dari sekolah.
15. Sembahyang Maghrib kat Masjid. Malam Jumaat dan Isnin mendengar kuliah ugama kat Masjid.
16. Hantar anak tuisyen. Kalau hujung minggu sebelah siang.
17.Sembahyang Isyak kat Masjid. Malam Khamis mengikuti kelas tajwid lepas Isyak.
18.Makan malam.
19. Ambil anak tuisyen (hari Jumaat malam sahaja).
20. Membaca.
21. Tidur.
Di celah-celah tu berblog atau berfesbuk atau memancing. Ingatkan bila dah pencen tak sibuk. Dulu sibuk kerana kerja pejabat. Sekarang sibuk kerana membuat kerja atau benda-benda yang ingin dibuat tapi tak dapat dibuat semasa bekerja dengan kerajaan dahulu.
Selepas banjir yang memusnahkan tanaman saya (kecuali pokok harum manis dan pisang) saya semacam sudah hilang mood untuk berkebun. Mungkin juga sengaja mencari alasan. Hehe.
Friday, January 23, 2015
SEJUK DAN MENYEJUKKAN.
Gambar hiasan dari album peribadi.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT kita untuk hidup sehari lagi. Esok lusa belum tentu lagi.
Sekarang ini di tempat saya cuaca agak sejuk walaupun hujan dah lama tak turun. Jarang dah saya buka airkon. Bahkan kipas angin pun tak pasang di waktu malam dan awal pagi. Ini sangat menjimatkan letrik. Bulan lepas bil letrik rumah saya kurang separuh dari bulan-bulan sebelumnya. Alhamdulillah.
Harga minyak juga sudah turun. Walaupun harga barang-barang lain tidak turun atau bertahan (maintain), namun ia sedikit sebanyak mengurangkan perbelanjaan harian. Alhamdulillah.
Di samping itu, amaun pencen juga naik sebanyak 2% setiap tahun yang diberikan mulai setiap awal tahun. Walaupun tidak banyak, saya tetap bersyukur kerana sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan kesan inflasi. Alhamdullah.
Apa lagi ? Banyak lagi nikmat yang diterima. Nikmat yang tidak terhingga ialah kesihatan badan dan minda. Lawatan saya ke hospital baru-baru ini, menginsafkan saya akan betapa bertuahnya diri ini berbanding mereka yang menjadi pesakit di hospital. Alhamdulillah.
Monday, January 19, 2015
SONYUM SOKOJAP 71 - SHORTCUT TU JAUH SIKIT ?
Gambar hiasan hasil carian Google.
Perbualan antara Che Rus dengan Che Wel, pada suatu petang di luar masjid selepas usai sembahyang 'Asar.
Che Rus: Awak datang masjid ikut jalan mana ?
Che Wel: Ikut jalan besar, lepas tu belok kanan ikut jalan Tasik Teratai.
Che Rus: Jauhnya .. tak ada jalan shortcut ke ?
Che Wel: Ada .. ikut jalan Gajah Mati.
Che Rus: Habis .. kenapa tak ikut jalan tu ?
Che Wel: Jalan tu jauh sikit.
Che Rus: ????
.
Saturday, January 17, 2015
MANA LEBIH BETUL, HARAPKAN PAGAR KE HARAPKAN PEGAR ?
Kelmarin
tercetus perbahasan secara sihat di fesbuk salah satu grup yang saya
sertai di mana saya telah menegaskan bahawa saya
lebih selesa dengan perumpamaan 'harapkan pagar, pagar makan padi'.
Sejak lama dulu, saya telah diajar perumpamaan 'harapkan pagar, pagar makan padi' yang membawa maksud seseorang yang kita percayai tetapi telah melakukan khianat atau belot kepada kita.
Sekarang ada pula pandangan yang mengatakan perumpamaan itu tidak tepat. Sepatutnya 'pegar makan padi' bukannya 'pagar makan padi'. Pegar itu adalah merujuk kepada sejenis burung. Burung ini juga turut memakan padi.
Mereka berhujjah adalah tidak munasabah pagar yang tidak bernyawa memakan padi. Kata mereka lagi kesilapan telah berlaku
semasa memindahkan perumpamaan itu dari tulisan jawi ke tulisan rumi.
Sekali pandang masuk akal juga alasan ini. Tetapi bahasa Melayu yang merangkumi kesusasteraan dan puisinya, sejak zaman berzaman, sebelum orang Melayu pandai menulis dan membaca telah diturunkan secara lisan melalui mulut ke mulut. Saya tidak pernah pulak mendengar nenek moyang saya dulu (yang tidak pandai menulis dan membaca) mengungkapkan perumpamaan "harapkan pegar, pegar makan padi". Dan lagi kalau tengok tulisan jawi itu pun, ia boleh juga dibaca 'pagar' atau pun 'pegar'.
Selain dari itu saya juga tidak dapat memahami lojik kalau kita sudah tahu pegar itu sejenis burung yang maka padi, mengapa kita jadi tak cerdik suruh dia menjaga padi kita. Bukankah itu mencari nahas namanya kerana pada awal-awal lagi kita sudah silap langkah. Serupalah macam kita suruh beruk menjaga pisang. Lagi satu, burung juga boleh terbang ke sana sini. Takkan dia nak duduk tercongok satu tempat 24 jam sehari. Lain macam pagar, yang pasti tidak akan pergi ke mana-mana !
Itu sebab saya lebih selesa dengan perumpamaan 'pagar makan padi' kerana kita memagar bendang untuk mengelakan padi dimakan musuh seperti kerbau, khinzir dan sebagainya. Tapi sebaliknya pagar pulak yang memakan padi kita. Pagar di sini merupkan perlambangan atau kiasan atau metafora kepada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga, mengawasi atau melindungi sesuatu harta milik kita.
Kepada mereka yang berhujjah mengatakan bahawa adalah tidak munasabah pagar boleh memakan padi itu saya ingin bertanya adakah munasabah perumpamaan 'ibarat perigi mencari timba'?. Masuk akal ke perigi berjalan mencari timba ?
Apa pula kata DBP ?
"Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan"
Tulisan saya di atas nampaknya seiring dengan pendapat DBP. Namun begitu terpulangla kepada anda hendak menggunakan perkataan 'pagar' atau 'pegar'. Cuma saya tak tahu pendirian rasmi Lembaga Peperiksaan atau Kementerian Pendidikan. Oleh itu saya nasihatkan murid-murid yang nak ambil periksa, ikutlah pendirian Kementerian Pendidikan semasa menjawap peperiksaan kalau ingin selamat.
.
Sejak lama dulu, saya telah diajar perumpamaan 'harapkan pagar, pagar makan padi' yang membawa maksud seseorang yang kita percayai tetapi telah melakukan khianat atau belot kepada kita.
Sekarang ada pula pandangan yang mengatakan perumpamaan itu tidak tepat. Sepatutnya 'pegar makan padi' bukannya 'pagar makan padi'. Pegar itu adalah merujuk kepada sejenis burung. Burung ini juga turut memakan padi.
Gambar hasil carian Google.
Gambar hasil carian Google.
Sekali pandang masuk akal juga alasan ini. Tetapi bahasa Melayu yang merangkumi kesusasteraan dan puisinya, sejak zaman berzaman, sebelum orang Melayu pandai menulis dan membaca telah diturunkan secara lisan melalui mulut ke mulut. Saya tidak pernah pulak mendengar nenek moyang saya dulu (yang tidak pandai menulis dan membaca) mengungkapkan perumpamaan "harapkan pegar, pegar makan padi". Dan lagi kalau tengok tulisan jawi itu pun, ia boleh juga dibaca 'pagar' atau pun 'pegar'.
Selain dari itu saya juga tidak dapat memahami lojik kalau kita sudah tahu pegar itu sejenis burung yang maka padi, mengapa kita jadi tak cerdik suruh dia menjaga padi kita. Bukankah itu mencari nahas namanya kerana pada awal-awal lagi kita sudah silap langkah. Serupalah macam kita suruh beruk menjaga pisang. Lagi satu, burung juga boleh terbang ke sana sini. Takkan dia nak duduk tercongok satu tempat 24 jam sehari. Lain macam pagar, yang pasti tidak akan pergi ke mana-mana !
Itu sebab saya lebih selesa dengan perumpamaan 'pagar makan padi' kerana kita memagar bendang untuk mengelakan padi dimakan musuh seperti kerbau, khinzir dan sebagainya. Tapi sebaliknya pagar pulak yang memakan padi kita. Pagar di sini merupkan perlambangan atau kiasan atau metafora kepada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga, mengawasi atau melindungi sesuatu harta milik kita.
Kepada mereka yang berhujjah mengatakan bahawa adalah tidak munasabah pagar boleh memakan padi itu saya ingin bertanya adakah munasabah perumpamaan 'ibarat perigi mencari timba'?. Masuk akal ke perigi berjalan mencari timba ?
Apa pula kata DBP ?
"Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan"
Tulisan saya di atas nampaknya seiring dengan pendapat DBP. Namun begitu terpulangla kepada anda hendak menggunakan perkataan 'pagar' atau 'pegar'. Cuma saya tak tahu pendirian rasmi Lembaga Peperiksaan atau Kementerian Pendidikan. Oleh itu saya nasihatkan murid-murid yang nak ambil periksa, ikutlah pendirian Kementerian Pendidikan semasa menjawap peperiksaan kalau ingin selamat.
.
Tuesday, January 13, 2015
DI MANAKAH PERTOLONGAN ALLAH SEMASA BANJIR ?
Gambar hiasan ihsan Google.
Cerita ini telah lama saya dengar. Saya pun dah lupa sumbernya. Saya percaya ramai di antara pembaca yang telah pun mendengarnya. Bila banjir melanda negara kita baru-baru ini, saya teringat kembali cerita ini.
Ia mengisahkan seorang lelaki yang terperangkap di rumahnya semasa banjir. Dia risau melihatkan air semakin naik, tetapi yakin akan datang pertolongan Allah dan dia tidak berhenti-henti berdoa. Pada masa air mula naik mencecah mata pertama anak tangga rumahnya, ada penyelamat datang dengan kenderaan 4x4 , tetapi dia enggan mengikutinya kerana yakin akan datang pertolongan Allah.
Dipendekkan cerita, bila air sudah mencecah lantai, datang pula sebuah bot untuk menyelamatkannya tapi dia masih eggan kerana yakin akan datang pertolongan Allah.
Air semakin naik dengan cepatnya dan bila air sudah setakat lutut di dalam rumahnya, dia bergegas naik ke atas bumbung rumahnya untuk menyelamatkan diri.
Selang beberapa ketika, datang sebuah helikopter menghulurkan tali dengan seorang penyelamat untuk membawanya ke pusat pemindahan, tetapi dia masih enggan kerana yakin akan datang pertolongan Allah.
Akhirnya rumahnya dihanyutkan air deras dan dia pun mati lemas dibawa arus.
Kemudiannya bila dia bertemu Allah, dia lantas bertanya kenapa Allah tidak menolong menyelamatkannya, lalu Allah menjawab:
"Bahkan Aku telah meghantar pertolongan sebanyak 3 kali, bermula dengan kenderaan 4x4, kemudian bot dan akhirnya helikopter .. tetapi malangnya ketiga-tiga pertolongan Aku itu engkau tolak"
Saya tahu cerita ini adalah rekaan, tetapi bagi yang suka berfikir dan merenung, ada pengajaran di dalamnya.
Sunday, January 11, 2015
MENGAPA LAUT YANG DALAM HENDAK DIRENANGI ?
Masa muda-muda dan tengah bercinta, macam-macam madah yang kita ungkapkan bagi menggambarkan perasaan kepada buah hati kita tanpa memikirkan samada ungkapan atau madah itu lojik atau pun tidak. Kadang-kadang ada juga yang lucu dan tidak kurang juga yang mengong. Mungkin kita tidak perasan semasa mengucapkan atau menuliskannya.
Misalnya kita biasa dengar orang yang tengah bercintan cintun bermadah begini.
Gunung yang tinggi akan ku daki.
Lurah yang curam akan ku turuni.
Laut yang dalam akan ku renangi.
Saya tiada masalah dengan ungkapan gunung yang tinggi akan ku daki kerana umumnya itulah cara yang biasa orang buat.
Begitu juga dengan ungkapan lurah yang curam akan ku turuni kerana itulah pilihan munasabah yang ada. Takkan nak menggelonsor pulak.
Akan tetapi saya kurang setuju dengan ungkapan laut yang dalam akan ku renangi kerana ada banyak pilihan lain. Misalnya kita boleh naik kapal laut, feri, perahu, water scooter dsb. Atau kalau nak lebih cepat lagi, naik kapalterbang sahaja. Kenapa harus berenanag. Bahaya tu !
Labels:
lawak
Wednesday, January 7, 2015
INILAH JAWAPAN TEKA TEKI SIAPA YANG SENYUM KAT KITA.
Entri ini saya buat untuk memberi tahu jawapan kepada tekateki dalam entri saya sebelum ini. Saya janji nak beri jawapan selepas 48 jam dari masa tekateki itu diterbitkan
Tapi sebelum itu saya ingin berterima kasih kepada semua pengunjung yang bilangan melebihi hari biasa. Walaupun pageviews kelmarin melebihi 1,000 tapi saya hanya mendapat 12 komen sahaja. Ini memberi petanda bahawa ramai pengunjung lebih suka jadi pembaca sahaja.
Soalan tekateki saya berbunyi:
Siapakah orang yang senyum-senyum kat kita itu sehingga menampakkan barisan giginya yang teratur cantik dan beri sebab mengapa anda berkata begitu ?
Jawapannya: Doktor gigi. Semasa dia merawat kita, dia memakai topeng (mask). Kita tidak dapat melihat wajah dia tetapi dia boleh melihat wajah kita. Jadi bila kita jumpa dia di luar tanpa topengnya, dia kenal kita tapi kita tak dapat kenal dia.
Nampaknya tidak ada seorang pun yang dapat memberi jawapan dengan tepat mengikut skema jawapan saya. Saya perhatikan ramai yang tak jawab soalan saya sepenuhnya. Saya tanya siapa orang yang senyum-senyum itu dan mengapa anda berkata begitu tapi ramai yang jawab mengapa sahaja (kecuali JunAina dan Nurul Hidayah).
Jawapan JunAina
Misi kat hospital!
Jawapan Nurul Hidayah.
Kawan lama yang sudah tidak kita kenali tapi masih mengenali kita.
Keputusan Pengadil.
JunAina memberi jawapan hampir tepat tetapi dia tidak menjelaskan mengapa misi itu tersenyum.
Jawapan Nurul Hidayah boleh diterima jikalau soalan saya tidak berbentuk teka teki kerana dia menjawab siapa dan mengapa.
Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang sudi ziarah khususnya kepada anda yang telah mencuba memberi jawapan.

Pageviews semalam melebihi 1,000.

Monday, January 5, 2015
SIAPA YANG DAPAT JAWAB TEKA TEKI INI MEMANG HEBAT.
Gambar hiasan ihsan Google.
Dia senyum-senyum kat kita sehingga menampakkan barisan giginya yang teratur cantik.
Kita pun balas balik.
Dia sambung senyumannya sambil memandang muka kita.
Memang kompom dia senyum kat kita.
Tapi kita tak kenal dia.
Dalam hati kita berkata-kata, "siapakah gerangan dia"
Soalan.
Siapakah orang yang senyum-senyum kat kita itu sehingga menampakkan barisan giginya yang teratur cantik dan beri sebab mengapa anda berkata begitu ?
Kotak komen dah saya buka tapi hadiah tak ada. Cuma nak tengok ada ke lagi orang yang sudi baca dan komen kat blog saya selepas sekian lama kotak komen saya tutup atas sebab-sebab perikemaknusiaan.
Nota kaki: Jawapan akan diberi selepas 48 jam dari sekarang.
Saturday, January 3, 2015
BAHASA MELAYU TIDAK PELIK TAPI UNIK # 4: KURANG KERING.
Paras air pasca banjir di empangan Timah Tasoh, Perlis. Gambar hiasan dari album pemilik blog.
Biasa kita dengar orang cakap "eh .. sungai Muar dah kering .. jom kita pergi menjala nak !"
Kalau ikut DBP kering itu maknanya tidak berair. Tapi kalau sungai itu sudah tidak berair macamana nak menjala atau buat apa nak menjala. Lebih baik ambil penyodok, sodok jelah ikan tu masuk baldi atau besen. Kan mudah !
Akan tetapi bila orang Melayu kata kering di sini maksudnya bukan tak ada air langsung, tapi airnya kurang dari biasa seperti gambar di atas. Habis tu kenapa tak kata air sungai tu kurang ?
Itulah dia Bahasa Melayu, cuma orang yang berbudaya Melayu atau berfikiran cara orang Melayu sahaja dapat memahami maksud sebenar di sebalik sesuatu perkataan itu.
Bahasa Melayu tu unik, bukan pelik !
Thursday, January 1, 2015
MEMINIMUMKAN KESAN BANJIR - PANDANGAN SEORANG DOKTOR MUDA.
Kesan taufan yang melanda salah sebuah negeri di USA - gambar hasil carian Google.
Bencana alam memang tidak dapat siapa menolaknya. Itu adalah takdir Ilahi. Akan tetapi kita boleh berikhtiar mengurangkan kesannya.
Kalau bencana itu puting beliung, misalnya berlaku di negara maju seperti Amerika Syarikat berbanding di dunia ke tiga seperti Bangladesh, kesannya adalah berbeza. Walaupun dari kerosakan harta benda mungkin tidak banyak berbeza, tetapi dengan izinNya kehilangan jiwa di negara maju adalah kurang kerana mereka telah membuat persediaan awal.
Saya tidak berniat nak tunjuk pandai dalam hal ini. Cumanya saya tertarik dan ingin berkongsi pandangan yang sangat bernas dari Dr. Khairul Faizie Mohammad Kamar, seorang doktor muda yang saya rasa boleh digunakan sebagi input semasa membuat persediaan menghadapi bencana banjir pada masa akan datang.
Saya petik sepenuhnya tulisan beliau di wall fesbuknya seperti di bawah.

" Pernah tengok siri Doomsday Preppers di Nat Geo?
Betapa teliti & teraturnya mereka buat persiapan, kan?
Melihat musibah banjir mega kali ini, tak salah utk kita bersiap sedia seteliti & seteratur mereka dalam rancangan Doomsday Preppers itu. Jadi proaktif, jangan hanya berharap bantuan.
1- Ubah mentaliti
Ini paling penting. Bagi yg bermentaliti " banjir itu pesta main air", tolong ubah mentaliti ini. Terapkan dalam diri sendiri, anak anak, ahli keluarga tentang bahayanya banjir. Cari ilmu tentang bahaya banjir. Bahaya mati lemas, bahaya penyakit2 berjangkit.Mungkin boleh dibuat penerangan di sekolah2 di area Pantai Timur setiap kali masuk bulan Okt/ Nov tentang bahaya banjir, jadi minda kanak kanak sekolah akan sentiasa di ' brainwash'. Semasa sesi brainwash ini, selitkan sekali ilmu asas bantuan kecemasan, yg sesuai ikut peringkat umur kanak2.
2- Jangan degil, jadi open minded
Ini pun penting. Banyak laporan mengatakan sikap sesetengah mangsa banjir yang dari awal awal lagi disuruh berpindah, tapi enggan berpindah sebab menyangkakan banjir itu banjir biasa / setiap tahun banjir, dah lali/ rumah tak akan kena banjir. Jika laporan2 ini benar, maka sila ubah sikap. Berpindah bila di suruh berpindah. Dan boleh agak/ ada instinct kalau lihat hujan dah 4- 5hari lebat non -stop. Berpindah masa air tiada/ tahap buku lali, adalah jauh lebih mudah & selamat VS berpindah masa air dah paras dada.
3- Bersiap sedia seawal Oktober setiap tahun
Umum mengetahui musim banjir di Pantai Timur mmg masa hujung tahun( Nov, maybe Dec). Jadi seawal Oktober, buat persiapan berikut:
- beli pelampung / life jacket.
- beli ziplock bag. Simpan dokumen penting siap siap dlm ziplock bag.
- beli stok makanan kering / dlm tin / boleh terus makan ( tak peru masak). Boleh juga simpan stok makanan ni dlm ziplock bag
- beli lilin, lighter, ubat nyamuk, torchlight--simpan dlm ziplock bag
- bagi yg ada sakit kronik, segala ubat2 masukkan dlm ziplock bag
- bagi yg ada baby/anak kecil, beli extra drypers / susu formula
- bagi wanita, sediakan stok pad/tuala wanita
- sediakan selimut kecil/ extra stokin
SEMUA BENDA2 INI, SIMPAN DALAM SATU BACKPACK KALIS AIR/BERKUALITI TINGGI. PASTIKAN BACKPACK INI MUDAH DI GAPAI DI SAAT KECEMASAN. SEORANG KENA ADA SATU BACKPACK INI, JADINYA KALAU AHLI RUMAH ADA 5, MAKA KENA ADA 5 BACKPACK.
Persiapan awal barang2 ini bagi memastikan anda tidak kelaparan, at least utk 2 - 3 hari..anda tidak kesejukan..anda tidak kesakitan..anda tidak di gigit nyamuk di pusat pemindahan/ dalam khemah atas bukit.
4- Bagi yg mampu beli handphone beribu ringgit, tolong invest beli extra bateri. Di saat genting, tak guna ada charger sebab elektrik tiada. Ataupun anda beli satu handphone cikai bernilai RM120-200, sebagai back-up handphone. Pastikan masuk aja awal Nov setiap tahun, anda sentiasa charge handphone back up ini.
5- Kenalpasti port selamat utk parking kenderaan anda. Kalau hujan dah start on going 3- 4hari, dan desas desus air akan naik, kpd yg mampu/ ada lebih dari satu kenderaan, sila ' post' kenderaan anda ke tempat lain yg lebih tinggi.
6- Bagi yg berkemampuan, ambil insuran khas yg cover bencana alam seperti banjir. Sebab harganya tinggi sikit, tu sebab saya kata bagi yg mampu. Berbual lah dgn wakil insurance anda...dan pastikan ianya patuh syariah ( eg Etika Takaful, PRU- BSN Takaful, etc etc)"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Andai sekurang kurangnya 40 - 50% mereka yang bakal terlibat banjir boleh bersedia semacam ini, Insya Allah kesulitan mega dapat diminima kan."
Saya juga tertarik dengan komen yang diberikan oleh salah seorang pengomen iaitu Ell Suhaiella seperti di bawah yang saya rasa ada benarnya.
"Oh satu lagi, empangan bila tiba musim tengkujuh ini, pihak berwajib mesti buka awal2, jgn sekat tunggu penuh hampir pecah sbb bila dah penuh mmg kena bukak, jadi menambah buruk keadaan. Setiap tahun kita tahun negara jiran thai lepaskan air empangan mereka, jd pihak kerajaan kita sepatutnya sedar dan bertindak utk atasi mslh ini. Saya setuju perlu ada pengurusan banjir yg lebih efisyen."
Kadangan-kadang ada ketikanya dalam menghadapi situasi cemas atau dharurat, lebih baik gunakan komensen dan budi bicara dari SOP (Standard Operating Procedure).
Nota kaki. Tulisan yang 'bold' itu saya punya.

Subscribe to:
Posts (Atom)