Wednesday, December 21, 2016

SELEPAS LEBIH EMPAT TAHUN BARU SAYA DAPAT MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA NIDA.

Ini bukan entri mengangkat diri tapi sebuah entri penghargaan kepada Nida Muhammadon yang tanpa saya sedari telah membuat satu entri yang didedikasikan khusus kepada saya.  Entri beliau sangat komprehensif sehinggakan ada di antara kandungan fakta dalam entrinya yang saya sendiripun pun sudah tidak ingat lagi di samping sarat dengan kata-kata yang enak didengar tentang diri saya.

Saya terjumpa entri Nida ini bila mahu mencari sesuatu dari blog saya dengan bantuan Google. Saya print screen hasilnya seperti di bawah di mana detik bermulanya saya terjumpa entri Nida ini.




Nida menulis tentang saya untuk sebuah kontes bertajuk Giveaway Kenanganku & Blog yang disertainya. Saya pun tidak tahu samada dia menang atau tidak dalam kontes tersebut. Inilah intro dalam entrinya mengenai diri saya.


Saya sangat terharu dan juga terkilan dengan entri Nida mengenai diri saya ini. Terharu kerana mendapat penghargaan yang sangat tinggi darinya. Alhamdulillah. Terkilan kerana tidak memberi ucapan terima kasih kepada dia semasa entri ini diposkan pada 19 March, 2012 dahulu kerana saya langsung tidak menyedari akan penerbitannya. Terima kasih Nida. Sesungguhnya Pak Ngah sangat menghargai usaha Nida itu. Tidak sangka Nida memilih blog Pak Ngah untuk dijadikan bahan kenangan dalam kontes tersebut. Ia suatu penghargaan yang sangat mengharukan. Tapi kenapa Nida tak beritahu Pak Ngah masa buat entri ini dulu ?

Entri Nida yang dimaksudkan itu ada saya berikan linknya di bawah.  Tetapi sebelum ada yang membacanya, saya nak beritahu bahawa Nida membuat entri ini khusus untuk saya. Puji-pujiannya mungkin membuatkan anda terbayang saya ini ibarat merak kayangan sedangkan pada hakikatnya saya ini hanyalah gagak di rimba.  Jadi kalau anda malas nak baca pun tidak mengapa. Saya faham. Tapi kalau nak baca juga, silalah klik link kat bawah. Terima kasih.

http://alongnidar.blogspot.my/2012/03/giveaway-kenanganku-blog.html?m=1


.


4 comments:

  1. Allahuakbar Pak Ngah, saya pun sangat terharu atas entri p. Ngah ni. Saya pun terlupa dh inform p. Ngah belum ttg entri ni dlu.

    Bila dah lama sangat, saya pun dah tlupa :).

    Saya mmg suka baca entri p. Ngah, ada pengisian, ada sinis dan sindirnya. Tapi sekarang ni byk sangat kekangan untuk saya aktif berblog semula (alasan je tu.. Huhu).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Nida pun dah terlupa, apa lagilah Pak Ngah. Entri Nida tu beri suntikan semangat kpd Pak Ngah utk terus berblog.

      Delete
  2. Pak Ngah teruslah menulis, tulisan p. Ngah mampu berbekas di hati pembaca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Melihat kpd kunjungan akhir2 ni yg sangat memberangsangkan, semangat utk berblog tu kuat semula.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.