Thursday, December 15, 2016

APA MASALAHNYA BERJIRAN DENGAN ORANG YANG BELA ANJING ?


Gambar hiasan hasil carian Google.

Kadang-kadang kita berada dalam situasi yang kita tidak gemar tetapi kita tidak dapat keluar atau mengelak dari berada dalam situasi tersebut. Contohnya, kita tidak sukakan anjing tetapi kita ditakdirkan terpaksa berjiran dengan rumah yang pemiliknya ada membela anjing. Banyak ekor pulak tu dan ada pelbagai saiz dari saiz S hingga XXL. Apa nak buat ?

Ini yang sedang berlaku kepada diri saya. Jiran saya berketurunan Cina dan dia ada bela banyak anjing. Mungkin ada orang tidak suka dengar salakannya. Saya pun mula-mula tak suka dan rasa sangat terganggu. Tetapi takkan saya nak pindah rumah pulak dek kerananya. Letih sudah saya berpindah randah sebelum ini.

Agar saya tidak hidup bermuram durja sampai ke tua, maka saya ambil tindakan mengubah mindset saya dalam melihat satu-satu perkara yang tidak menyenangkan dengan cuba melihat sisi atau sudut positifnya. Tentu ada. Saya cuba fikirkan untung atau kebaikan berjiran dengan orang yang bela anjing.

Pertama saya berkata pada diri saya bahawa memang anjing tabi'inya menyalak. Takkan dia nak berkokok pulak.

Dari segi keselamatan adalah bagus kerana dia hanya salak orang yang dia tak kenal. Deria baunya sangat kuat. Bahkan orang yang hantar gas sekali sekala pun dia cam baunya dan tidak disalaknya kerana sudah ada dalam daftar baunya. Oleh itu saya boleh tidur dengan lebih tenang kerana menyedari mereka ada berkawal sepanjang masa tanpa saya perlu mengeluarkan satu sen pun belanja.

Cuma kadang2 kalau dia menyalak masa saya nak tidur, susah sikit saya  nak lena. Tapi bila dah lena, harimau mengaum pun saya dah tak sedar.

Akhirnya saya buat kesimpulan - apa salahnya berjiran dengan orang yang di rumahnya ada bela anjing.




6 comments:

  1. Kalau anjing selalu menyalak tanpa sebab, itu maknanya anjing dah lama tak dapat tulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuannya beli makanan kat supermarket .. tak tahulah ada ke tidak tulang dlm menunya.

      Delete
  2. Ianya bergantung juga pada jiran yang membela anjing.Saya pernah berjiran dengan mereka yang tidak ada sensitiviti langsung terhadap kami jiran Islam. Ianya sungguh menyakitkan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada kes camtu .. tapi saya bernasib baik dpt jiran yg memahami.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.