Sunday, December 25, 2016

A.K.U K.E.L.I.R.U - 34 : SAYA DIINTIP OLEH ORANG AMERIKA DAN PUTRAJAYA ?

Saya tidak pasti adakah anda mengalami fenomena yang serupa dengan saya. Ada masa-masa tertentu, pelawat yang terakam dalam gajet mengesan mereka datang dari sesebuah negara tertentu secara berrtalu-talu. Misalnya dalam cetakan skrin seperti di bawah, semua pelawat yang berkunjung ke blog saya dalam masa kurang dari 18 minit adalah dari United States kecuali satu dari Putrajaya.



Cuba perhatikan semua pelawat kecuali seorang adalah dari United States.
 Apakah maknanya semua ini ?


Ia menjadi misteri yang tidak dapat saya rungkaikan. Kadang-kadang itu timbul rasa seram juga. Harap ada blogger yang arif tentang fenomena ini yang sudi beri sedikit pencerahan agar kegusaran saya dapat dihapuskan atau dikurangkan.



6 comments:

  1. Barangkali mereka ialah orang Malaysia yang tinggal di luar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau begitu halnya, ramai jugalah nampaknya pembaca blog pakgah yang tinggal di Amerika.

      Delete
  2. Pak Ngah, saya tinggal di luar negara sebelum ini. Everytime i read your blog, the live traffic feed would show the country we stayed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakngah tahu tu .. tapi bila pengunjung dari sana yang tiba dalam bilangan agak ramai dan tak henti-henti, timbul juga pertanyaan di dalam hati gerangan apakah ini.

      Delete
  3. Nampaknya Pak Ngah punya ramai pembaca, peminat secara diam-diam. Saya salah seorang dari mereka. Banyak penulisan Pak Ngah yang dijadikan sebagai rujukan oleh mereka/kami. Mohon Pak Ngah janganlah berhenti menulis selagi termampu kudrat. Niat kerana Allah. InshaAllah penulisan yang baik dari Pak Ngah akan menjadi saham akhirat untukmu kelak. Menulis demi kebaikan. Allah kareem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat awak ini sungguh baik sekali. Kalau ada dorongan begitu, insyaallah selagi ada kudrat akan diusahakan. Pak Ngah sedar mmg ramai pembaca senyap. Kerana mereka Pak Ngah teruskan juga berblog.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.