Monday, December 19, 2016

KEMUDAHAN YANG MEMBAWA MASALAH.

Gambar hiasan hasil carian Google.

Biasanya kemudahan yang kita nikmati datang dengan potensi masalah.

Misalnya kipas siling yang ada remote control. Ia memang mudah dan menyenangkan. Kita tak perlu bangun untuk tukar kelajuan atau nak tutup kipas. Tetapi kalaulah remote control itu hilang, rosak atau tak ada bateri, bermulalah masalah. Kita boleh "on"kan suisnya kat dinding secara manual dan kipas akan berpusing tapi kita tak boleh kawal kelajuannya. Itu sangat mengecewakan kerana dia tak mahu ikut kehendak kita.  Dan kalau kita nak tutup kipas pulak, kena juga bangun dan pergi kat suis untuk melakukannya.

Satu lagi contoh ialah kereta automatik.  Mudah memang mudah. Misalnya, kalau  jalan sesak, tak adalah lengoh kaki tekan "clutch" tapi kalau baterinya habis atau bermasalah, kita tak boleh tolak untuk hidupkann injin macam kereta manual. Terpaksalah tinggalkan kereta untuk pergi beli bateri baru atau kalau di waktu lewat malam kenalah panggil kawan untuk jemput. Itupun kalau kawan dekat. Kalau tidak, tidurlah dalam kereta sementara menanti siang atau pun ditarik ke bengkel atau R & R  yang berhampiran. 

Begitulah kehidupan ini. Setiap kesenangan dan kemudahan, ada harga yang perlu dibayar.



8 comments:

  1. Setiap yang lebih, ada kurangnya. Setiap yang kurang, belum tentu ada lebihnya... :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kalau berlaku kat jalan nak ke Gua Musang mcm mana ?

      Delete
  3. Assalamualaikum....terrbaiikkk gaya penulisannya....penuh dgn ilmu,kata2 nasihat....semoga terus maju ke hadapan saudara....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih atas pujian dan kesudian sdr berkunjung ke blog saya.

      Delete
  4. Saya pun sama mcm saudara...seorang pemancing yg setia sejak sekolah rendah smpaila sekrg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hobi kita sama .. org kata pemancing adalah org yg penyabar.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.