Gambar hiasan hasil carian Google.
Sejak akhir-akhir ini, saya perhatikan orang kita suka komplen. Orang dulu-dulu, maksudnya zaman nenek moyang saya dulu, tidak begitu. Mereka buka hutan buat sawah. Mereka gotong royong buat empangan, buat tali air dan sebagainnya. Mereka mencangkul guna tulang empat kerat. Mereka membaja tanpa baja subsidi, mereka jual padi tanpa harga subsidi dan sebagainya. Mereka kuat semangat dan tinggi harga diri tak macam orang sekarang. Semuanya kalau boleh nak percuma atau diberikan bantuan (subsidi).
Sekarang ni masing-masing berbalas-balas komplen. Tak perlu pergi jauh, tengoklah kat blog, fesbuk, wasap dan sebagainya:
Makmum komplen imam.
Imam komplen makmum.
Penduduk kampung komplen ketua kampung.
Pemain komplen pengadil.
Murid komplen cikgu.
Kerani komplen pegawai.
Penumpang teksi komplen pemandu.
Pemerintah komplen pembangkang.
Pembangkan komplen pemerintah.
Orang naik kereta komplen orang naik motorsikal.
Orang naik motorsikal komplen orang naik kereta.
Kadang-kadang anak pun komplen mak ayah. Dulu-dulu nak lalu depan ayah pun takut.
Berikut beberapa contoh komplen jemaah surau:
Kenapa pembesar suara tak kuat?
Kenapa imam lama sangat baca doa?
Kenapa ustaz tu asyik-asyik ulang cerita itu?
Kenapa air kecik sangat?
Kenapa airkon tak sejuk?
Kenapa parking tak cukup?
Kenapa karpet berdebu?
Kenapa balik2 nasi Arab?
Tak habis-habis komplen.
No comments:
Post a Comment
Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.