Kami perlu menggunakan khidmat seorang 'guide' dengan bayaran RM5 seorang untuk memasuki Lobang Jepang ini. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pemerhatian dan ingatan saya seperti yang dikatakan oleh
Lubang Jepang ini dibina oleh buruh paksa Jepun yang bukan terdiri dari orang tempatan tetapi sebaliknya dari Pulau Jawa, selama pemerintahan mereka kira-kira 3 setengah tahun di Indonesia. Katanya lubang ini dijadikan pusat pentadbiran tentera Jepun untuk memerintah seluruh Indonesia. Panjang keseluruhan lubang ini lebih dari 1 kilometer.
Satu sahaja kebimbangan saya semasa memasuki lubang ini ialah kemungkinan berlaku gempa bumi dan kami terperangkap di dalamnya. Tetapi setelah diyakinkan oleh guide kami bahawa tempat ini selamat kerana sudah berpuluh kali gempa bumi melanda Indonesia, lobang ini masih tak apa-apa, saya pun bersetuju untuk memasukinya.
Terlalu banyak kisah duka, sedih dan pilu di sepanjang pembinaan dan operasi lubang ini. Tidak terhitung berapa banyak nyawa telah terkorban di sepanjang pembinaan lobang ini. Dan kalau mengikut logik seorang menteri kita dulu semasa mempertahankan tindakan meroboh penjara Pudu, lobang ini patut dikambus sahaja kerana ia meninggalkan kesan yang tidak perlu dikenang.
Gambar 1: Berlatarbelakangkan tulisan yang mengalu-alukan kedatangan parawisata (pelancong).
Gambar 2: Pelan dalam lubang Jepang.
Gambar 3: Tangga yang menurun menuju masuk ke dalam lobang.
Gambar 4: Terowong dalam lubang ini agas luas dan tinggi untuk kami lalui dengan selesa.
Gambar 5: Teater mini yang boleh memuatkan 20 orang penonton masih belum beroperasi.
Gambar 6: Ruang sidang ini adalah untuk bersidang .. hehe.
Gambar 7: Pemandangan sebahagian Ngarai Sianok (mirip Grand Canyon seperti terdapat di USA) yang jelas kelihatan dari atas lubang Jepang. Hasil tangkapan jurukamera amatur.
Gambar 8: Pandangan dari sebuah 'tingkap' yang dikatakan digunakan untuk keluar membuang air.
Gambar 9: Kita keluar ikut pintu sini. Kalau nak masuk melalui pintu ini juga boleh.
Menurut guide kami, sehingga kini masih lagi tidak diketahui kemanakah dibuangkan tanah-tanah yang telah digali. Begitu juga masih tidak diketahui kemanakah mayat-mayat pekerja yang
Gambar Ngarai Sianok hasil tangkapan kamera profesional yang saya jumpa dalam internet untuk tatapan anda yang belum pernah sampai ke sana.
No comments:
Post a Comment
Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.