Wednesday, December 28, 2016

KINI MASANYA SUDAH TIBA.

Semalam saya buat sebuah entri menjemput dan mengharap penyertaan dari anda semua pembaca blog ini. Setelah lebih dari satu hari satu malam, hanya dua orang sahaja iaitu Normah Kumin dan Zino yang sudi turut serta. Maka sedarlah dan mengertilah saya bahawa sudah sampai masanya untuk saya mengundurkan diri dari dunia blogging.

Maka dengan itu, saya buat keputusan untuk berhenti berblog, walau pun agak berat rasanya, berkuatkuasa mulai hari ini.

Terima kasih atas segala sokongan anda selama ini. Saya memohon maaf jika ada tulisan saya yang telah menyinggung perasaan anda semua.

Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan. Insyaallah.
  

Terima kasih Normah Kumin dan Zino.  
                 








14 comments:

  1. Assalamualaikum...ishhh paknfah janganla berhenti menulis..walaupun tak mengulas ramai.yang mengintai tulisan pakngah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam .. berhenti tahun ni je.. tahun depan sambung balik.

      Delete
  2. tahun depan buat entri baru ya hehe

    ReplyDelete
  3. merajuk pak ngah mudah dipujuk tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena caranya mmg mudah, kalau tidak makin parah.
      esok lusa ok lah dia tu.

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    janganlah merajuk pakngah, tak dan nak jenguk FB apalagi baca blog ni. Musim masuk gua hingga akhir bulan.
    Bulan depan ambo mai lagi komen :D <------- ayat tu jadi best kalau tulis "taun depan ambo mai komen lagi", apa daya dah januari ni. Disember leh ler buat macam pakngah ni

    ReplyDelete
  5. Saya baru tersampai ke blog ini. Happy to know penulis blog orang pencen macam saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi tinggalkan jejak. Apa yang membuat puan sampai ke mari ?

      Delete
  6. Salam.
    Datang mencari keyakinan.
    Biasa ke sini sebelum ni. Tak komen. Janganlah berhenti berblog. Saya baru nak coba. Orang pencen masih releven kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali. Terima kasih kerana menyusul jejak. Selamat berkecimpung dan semoga berjaya dlm dunia blogging.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.