Bulan lepas (20/11) saya dan isteri menghadiri majlis malam mesra AAJ (Anak-Anak Jelebu) di sebuah hotel di Bangi. Walaupun saya bukan orang Jelebu, saya dijemput kerana saya pernah jatuh cinta bersekolah di Jelebu. Tetamu kehormatnya adalah Tan Sri Rais Yatim, yang rasanya tidak perlu kepada pengenalan lagi. Dalam ucapannya, antara lain dia melahirkann rasa kekecewaannya kepada nasib tulisan Jawi dan Bahasa Melayu yang sudah caca marba (caca marba - perkataan penulis) dan terpinggir.
Dia menyebut beberapa perkataan baru yang terasa asing. Antara perkataan yang saya ingat ialah sintaksis. Menurut beliau pihak yang memperkenal dan menggunakan perkataan ini mengambilnya dari perkataan Inggeris iaitu "syntax" lalu diMelayukan untuk disesuaikan dengan lidah Melayu. Ianya dibuat oleh cerdik pandai Melayu juga. Alasannya ialah kerana ia lebih tepat untuk menerangkan maksud yang ingin disampaikan kerana tiada istilah dalam bahasa Melayu yang sesuai dan menepati maknanya. Alasan itu memang boleh diterima.
Tan Sri Rais Yatim sedang menyampaikan ucapannya (maaf tak dapat nak zoom sebab guna mode selfie. Silalah zoom sendiri)
Dia menyebut beberapa perkataan baru yang terasa asing. Antara perkataan yang saya ingat ialah sintaksis. Menurut beliau pihak yang memperkenal dan menggunakan perkataan ini mengambilnya dari perkataan Inggeris iaitu "syntax" lalu diMelayukan untuk disesuaikan dengan lidah Melayu. Ianya dibuat oleh cerdik pandai Melayu juga. Alasannya ialah kerana ia lebih tepat untuk menerangkan maksud yang ingin disampaikan kerana tiada istilah dalam bahasa Melayu yang sesuai dan menepati maknanya. Alasan itu memang boleh diterima.
Akan tetapi bagi saya kalau kita cipta satu perkataan baru dalam bahasa Melayu untuk istilah dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain, dan kita biasakan dan ulang-ulang penggunaanya; lambat laun ia akan menjadi satu istilah dalam bahasa Melayu yang sempurna dan sebati dengan kita. Sehubungan dengan itu, saya percaya tak lama lagi perkataan "kesipuan" (embarass) akan digunakakan secara meluas.
Saya ambil contoh perkataan payung terjun. Ia berasal dari perkataan Inggeris iaitu parachute. Bagi yang pertama kali mendengar perkataan 'payung terjun' tentu terpinga-pinga membayangkan rupa bentuk dan cara penggunaannya. Kita memang tidak ada istilah itu dalam bahasa Melayu sejak zaman dulu kala. Ia memang tidak dicipta oleh orang kita dan saya tidak pernah terbaca Hang Tuah pernah menggunakannya.
Cerita lanjut mengenai orang terjun payung ini ada di sini.
Sekarang ini perkataan itu sudah tidak asing lagi dan dapat difahami oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kenapa kita atau DBP tidak mengubah ejaannya untuk disesuaikan dengan lidah Melayu menjadi PARACUT? Saya fikir kalau istilah itu digunakan sekarang, tentu lebih ramai orang Malaysia yang merasa pelik mendengar atau membacanya. Bahasa Melayu tidak pelik, tetapi bijak pandai kita mejadikan ia pelik. Contohnya perkataan sintaksis seperti yang sebutkan pada permulaan entri ini amat pelik bunyinya kepada orang-orang kampung seperti saya.
Oh ya .. ada banyak lagi perkataan-perkataan yang pelik tetapi ia mungkin digunakan dalam kelompok golongan orang yang terpelajar. Agaknya anda pun pernah terjumpa perkataan-perkataan seumpama itu dalam Bahasa Melayu ?
Saya jumpa signboard jalan yg bertulis PUSAT KOREKSIONAL XXXXX
ReplyDeleteCorrectional di alih bahasa bulat bulat.
Nanti saya letak gambar nya di FB saya.
uncle tahu .. tu mesti bawah penjara .. sangat lucu bunyinya.
Deletekorek sional .. haha
sebenarnya... kita kaya dengan bahasa daerah yang boleh diangkat martabatnya menjadi Bahasa Melayu.
ReplyDeleteContohnya perkataan merudum dan mencanak. Perkataan ini adalah dari bahasa daerah yang diangkat naik semasa pembentangan bajet negara oleh Menteri kewangan satu masa dulu...
Setuju sangat .. satu masa dulu penggunaan "kelui" sgt popular sebelum ada henfon. Perkataan itu diambil dari loghat utara utk alat "pager".
Delete