Friday, December 2, 2016

MENUTUP AURAT


سُوۡرَةُ الاٴحزَاب
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (٥٩) ۞

Surah Al-Ahzab


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". 59

Ayat perintah yang sangat jelas (muhkamat) dari Allah SWT tentang kewajipan menutup aurat bagi kaum perempuan.

Akan tetapi janganlah pula apabila kita sudah menutup aurat, kita merasa seolah-olah macam sudah ada lesen untuk mengumpat, mengata apalagi menfitnah orang lain serta memandang hina orang yang tidak menutup aurat. Jangan pula kita terlalak-lalak atau terkinja-kinja di konsert-konsert hiburan misalnya. Tunjukkanlah akhlak yang mulia agar sesuai dengan penampilan, mudah-mudahan boleh menarik hati orang lain untuk mencontohinya.

Ingatlah dosa menutup aurat adalah dosa antara kita dengan Allah.  Jika mereka yang tidak menutup aurat itu nanti insaf dan memohon ampun dari Allah, pengakuan Allah seperti di hujung ayat di atas ialah "Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Sedangkan dosa mereka yang mengumpat atau memfitnah orang lain hanya dapat terhapus dengan mereka meminta maaf dan dimaafkan oleh orang yang diumpat atau difitnah. 

Dan bagi mereka yang sudah berakhlak mulia tapi masih belum menutup aurat, sempurnakanlah perintah Allah itu tanpa berdalih atau bertangguh kerana kita tidak tahu entah esok atau lusa Allah akan mencabut nyawa kita dan apakah alasan yang hendak kita beri di sana nanti.

Namun begitu saya sendiri secara peribadi lebih menghormati orang yang tidak menutup aurat terus menerus tetapi berakhlak mulia, dari orang yang kadang-kadang tutup, kadang-kadang buka kerana mereka mengelirukan saya di samping mereka seolah-olah mempermainkan hukum dan perintah Allah SWT. Mohon ampun jika ada pembaca yang tidak senang atau terasa hati dengan tulisan saya ini. 

Allahua'lam.  


2 comments:

  1. Benar Pak Ngah, saya setuju dengan pandangan Pak Ngah. Saya ingin kongsikan cara yang mudah menutup aurat bagi mereka yang masih keliru/tertanya-tanya. Lihat diri anda di cermin dan tanya pada diri sendiri, "Sesuaikah/bolehkah pakaianku ini ku bawa terus ke solat?" Kalau jawapannya ialah "Ya" bermakna terjagalah sudah auratmu itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu panduan yg mudah dan praktikal .. bila masuk waktu tak perlu kalut nak cari telekung.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.