Friday, December 16, 2016

DARI GRUP WASAP # 1: JANGAN SIBUKKAN HAL ORANG !


Saya lihat ada rakan-kita kita yang terlalu ghairah membicarakan siapa yang berdosa dan bakal masuk neraka dalam grup ini.  Saya fikir daripada kita ghairah berbicara tentang dosa dan pahala orang lain, lebih baik kita hisab diri kita sendiri dahulu.

1. Adakah solat kita sudah sempurna dari sudut khusyuk dan ikhlasnya?

2. Adakah solat berjemaah kita sentiasa cukup 5 kali sehari semalam?

3. Berapa kalikah kita khatam Quran dalam setahun?

4. Banyak manakah ibadah-ibadah sunat seperti tahajjud, tasbih, dhuha, puasa-puasa sunat dsb yang telah kita kerjakan?

5. Cukupkah kita berinfak dan berwakaf jika dinisbahkan kepada jumlah harta kita yang ada?

6. Terlepaskah kita dari sifat2 mazmumah seperti hasad, 'ujub, riak, takabbur, mengumpat, memfitnah, mengadu domba, buruk sangka dsb?

7. Bebaskah kita dalam hidup seharian dari membuat perkara-perkara yang sia-sia atau tidak berfaedah?

8. Dari manakah sumber harta kita dan ke mana ia dibelanjakan ?

Kalaulah saya menilai diri sendiri, saya rasa saya gagal. Hanyasanya keampunan dan kerahmatan Allah jua yang dpt menyelamatkan saya dari siksa azab nerakaNya.

Nota Kaki.

Mulai hari ini saya akan buat satu label baru dalam blog saya, bertajuk "Dari Grup Wasap" yang mana kandungannya saya adaptasi untuk disesuaikan dengan bahasa blog dari post saya di pelbagai grup wasap yang mana saya jadi ahli. Semoga ada manfaatnya.





2 comments:

  1. Kalau kita sibukkan diri dengan list 8 yang Pak Ngah beri emm memang tak sempat lah nak sibuk hal orang lain tapi kadang tu lah kan hal orang lain juga yang kita lebih sibukkan daripada hal diri sendiri yang di ikutkan lebih sibuk dari orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus komen ini .. kalau buat solat 5 waktu dan solat sunat pun patutnya dah tercegah dari mengumpat kerana masa berselang tidak panjang. Tapi kadang2 lepas Maghrib nak tunggu Isyak pun sempat lagi "buat ketupat".

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.