Friday, May 4, 2012

JANGAN CARI PENYAKIT MELALUI JAMBATAN ITU !


Gambar hiasan hasil carian Google.

Pagi Ahad yang lalu ada kuliah subuh di surau saya. Saya amat tertarik dengan sebuah analogi yang diberi oleh Ustaz. Walaupun  analogi tersebut merujuk kepada orang Islam yang menghadiri perayaan Thaipusam baru-baru ini, ia juga boleh diapplikasikan dalam banyak keadaan. Analoginya adalah seperti berikut:

"Ada sebuah jambatan yang dibawahnya ada kawah api yang menyala-nyala yang amat berisiko untuk dilalui.  Walaubagaimana pun,  dato' harus mengatakan ia boleh dilalui kerana jambatan itu diperbuat dari logam kalis api serta sudah dipasang getah penahan haba.

Walaupun demikian, ustaz tadi  menasihatkan kita supaya jangan cari penyakit. Adalah lebih selamat jikalau kita tidak melaluinya, kerana kalau kita melaluinya juga dikhuatiri kita akan tergelincir dan terjatuh ke dalam kawah api berkenaan. Kalau kita tidak melaluinya pasti kita tidak berdepan dengan risiko terjatuh ke dalam kawah api tersebut".

Bagi saya analogi ini sangat mendalam maknanya. Agaknya boleh tak ia diapplikasikan kepada perhimpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini ?


14 comments:

  1. Kakak rasa macam ada relevennya. Namun terpulang pada pendirian masing-masing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar .. kalau yang sokong, mereka akan cari seribu justifikasi untuk menghalalkan tindakan mereka ... dan begitulah sebaliknya.

      Delete
  2. Relevan Pakcik. Boleh digunapakai. Tapi tak semua orang boleh terima. Kalau nak mengajak org yg dok merempuh kepungan polis, alamat kita yag kena maki hamun nanti. Mmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila kita sudah jatuh cinta dengan seseorang, kentut dia pun berbau wangi. hehe

      Delete
  3. Salam Jumaat Uncle....

    Org kalau dah habis bijak (bijaknya dah habis ok)
    memang xkan pk ke depan.. ikut emosi sangat..
    Akal jd hiasan jer..lama2 tumpul la kalau x digunakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hari Sabtu (baru dapat jawab)

      benar .. kesian kat polis tu. silap2 tertendang abang ipar. siapalah mengajar ni .. besok kalau rumah masuk pencuri, polis juga yang dipanggilnya.

      Delete
  4. macam boleh diterima pakai juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle rasa pun begitu juga .. bergantunglah kepada kem mana yang menilainya.

      Delete
  5. kalau taknak dilambung ombak, jangan main tepi pantai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga yang suka main, tapi lepas tu marahkah ombak.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.