Tuesday, June 5, 2012

IKLAN HENFON DAN KEMPEN POLITIK.



Saya suka iklan henfon ini. Dia hanya cerita kehebatan dan kecanggihan henfon dia sahaja. Dia langsung tak cerita kelemahan atau kekurangan henfon keluaran syarikat lain.

Melalui cara ini, ia boleh mengelakkan pihak saingannya mengata balik dan sekaligus dapat mengelakkan perbalahan.

Kan ke bagus kalau parti-parti politik di Malaysia ini mengikut contoh pengiklanan syarikat henfon ini !


38 comments:

  1. Skg nie tak ley nak komen lebih2. Kang ade yg kene gari tangan dpn umah. Wahahahahah! Alamak! Pakcik, sy dah terlanjur komen ke nie?


    Err....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena gari boleh saman RM100 juta .. dapat RM10 juta pun jadilah.

      Delete
  2. Huh...simple tapi mendalam maksudnye...setuju!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh diapplikasikan kepada banyak keadaan ..

      Delete
  3. saya pun pakai hp ni juge :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak suka .. sebab tak boleh hantar sms masa naik motor .. hehe

      Delete
  4. Replies
    1. memang canggih .. anak saya beli satu. macam2 applikasi ada dalamnya.

      Delete
  5. ahahaha...ikut mcm iklan telefon..jangan ikut macam iklan dynamo tau.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin telefon ini buatan korea .. budaya mereka lain sikit.

      Delete
  6. sepatutnya macam tuh la...
    tapi demi kuasa, masing2 mana ikut cara macam nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perangai orang yg berebut kuasa tak berubah sejak beribu tahun dulu ..

      Delete
  7. Itulah perbezaan antara iklan vs politik! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita boleh juga ambil iktibar .. tanpa memperkecilkan lawan pun, henfon itu berjaya menjadi juara dunia sekarang.

      Delete
  8. tp kalau talian henfon mmg kuat ngutuk...yg kuning(digi) perli si hijau (maxis), si hijau perli si biru (celcom), si biru perli si merah (hotlink)!

    eh, kalau pakai formula warna pun nampak politik gak..ermmm hancusss

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah perangai orang kita ..

      kat Thailand .. tak habis2 warna kuning lawan warna merah walaupun mereka bangsa yang sama.

      Delete
  9. saya dah pernah rasa 'turned off' dek sorng peniaga yg promo pasal produk dia, dan tup tup dia pi cerita keburukan produk lain.

    mmg sori la saya nak beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. peniaga tu nampaknya gagal untuk 'turned on' awak balik .. hehe

      Delete
  10. eh, sebenarnya saya nak komen lain...

    komen sebenar: fon tu cantik kan uncle? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecantikannya hanya sementara .. sementara keluar henfon baru yang lebih cantik !

      Delete
  11. TQ dah add no ke 160. Saya sangat menghargainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga menghargai blog saya tersenarai dalam bloglist awak .. terima kasih banyak2.

      Delete
  12. Replies
    1. terima kasih kerana suka .. ucle pun suka bila awak suka.

      Delete
  13. TAPI ADA IKLAN YANG PENIPU.. (BUKAN IKLAN TELEFON INI)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sifat iklan memang begitu .. tapi kita janganlah terlau mudah tertipu.

      Delete
  14. Salam Pak Ngah...
    Saya setuju!!!!"menonjolkan" sesuatu produk atau 'dirinya' tanpa memburukkan saingannya adalah orang yang sangat hebatttt...sekaligus mencerminkan dirinya yang sebenar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      memang betul .. tapi kalau memperlekehkan orang lain mudah sikit kerjanya.

      Delete
  15. dalam pengiklanan pun kalau tak silap ada etika nya. Tak boleh burukkan pesaing. Ingat-ingat lupa..pernah belajar dalam subjek commerce dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam semua bidang ada etikanya samada tertulis ataupun tidak .. cuma ada segelintir yang tak memperdulikannya.

      Delete
  16. Manusia memang macam tu nak tutup kelemahan diri sendiri buka le kelemahan org lain...

    Tapi Tuan Haji hp tu kalau dapat free mesti best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak cari henfon yang boleh ditransform jadi joran ..

      Delete
  17. ada iklan telefon yang terang terang kutuk pesaingnya.. contoh Blackberry vs Iphone dan iphone vs blackberry...kih kih kih...

    tak tau kenapa, tapi mana mana parti pon kalau boleh nak tunjukkan kelemahan orang lain, tapi kelemahan sendiri jelas nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sebagai pengguna atau pengundi jangan mudah sangat terkesima dengan kata-kata atau janji mereka ..

      Delete
  18. sebab ramai yg berfikir, berada di atas tu penuh ganjaran.. kalau ramai yg berfikir, berada di atas tu penuh amanah dan bebanan, bahkan ramai pula yg sanggup sebut kelebihan pihak lawan .. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya teringat bila nak sembahyang, masing-masing bertolak-tolak suruh orang lain jadi imam ..

      Delete
  19. saya pernah jumpa orang macam ni, padahal dia tu tak baik sangat pun.

    takde kaitan ngan politik. just personal experience

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.