Sunday, April 15, 2018

MARI BELAJAR BAHASA NEGERI SEMBILAN: PELAJARAN 15.



Bersambung dari entri ini.

PEMERHATIAN 15: Penggunaan perkataan 'do' atau 'doh'.

Ada satu perkataan yang sangat kerap digunakan oleh orang N9 bila mereka bercakap iaitu 'do' atau 'doh'. Saya tidak dapat hendak memberi maknanya tapi tahu masa bila ia sesuai digunakan.

Contoh: 

'Tak ado DO'
'Yo ko, tak tahu pulak sey tu DO'
'Usahlah dihaghapkan bona, budak tu tak bulih pakai tu DO'
'Kok banyak bona pun duit sey, tak ado sey nak moghi kek kau DO'
'Kalau camtulah cagho kau manjek, pait takkan sampai kek ateh DO'



8 comments:

  1. klu dana tak blh nk paham sgt utk gunakan perkataan tu, hehehehe
    tkt tak menjadi kang ayatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kalau diguna salah tempat, lucu jadinya.

      Delete
  2. perkataan "do" selalunya mcm pertambahan perkataan bagi menunjukkan rasa betul dan yakin tentang apa yang sedang dicakapkan tu.

    contoh :-

    1. tak do Do : betul - betul tidak tahu.

    2. tak tau pulak Do : betul - betul tidak tahu

    3. tak boleh pakai Do : memang tak boleh pakai

    4. tak sey moghi kat ko Do : memang taknak beri lansung pun

    agaknya macam tu lah.

    hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu .. hebat awak. saya tak terfikir pulak sebelum ini.

      Delete
  3. Entri ini tentang belajar bahasa Negeri Sembilan bukan Bahasa Arab do.

    ReplyDelete
  4. Tak perasan pulak orang nogori cakap macam tu....emm satu bahasa baru bagi saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak kena dengar org Nismillan warga emas berborak. Kalau org2 muda mungkin dia org tak gunakan perkataan itu.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.