Thursday, July 9, 2020

SEANDAINYA ANDA TERTINGGAL DI NEGARA ORANG.

Ini soalan andaian tapi tidak mustahil boleh berlaku. 

Katalah anda melancong ke luar negara (contohnya Jepun) bersama rombongan yg besar (melebih 20 orang),  tetiba anda tertinggal dari grup atau tersesat sendirian, apa yang harus anda buat? 

Waktu sudah hampir 8 malam.  Tentunya kedutaan sudah tutup. Lagipun kedutaan terletak kira-kira 400 km dari tempat anda sedang berada sekarang. 

Anda pulak tidak tahu nama dan alamat tempat penginapan serta tidak tahu nombor telefon mana2 ahli rombongan. 

Jawapannya. 

Tunggu saja ditempat yang terakhir sebelum terpisah. Jangan ke mana-mana. Sudah pasti ketua rombongan atau orang lain akan datang menjejaki anda.  Tetapi kalau anda bergerak ke sana ke sini, ke sana ke sini,  sukar untuk menemukan anda. 

4 comments:

  1. betul juga tu pak Ngah, tapi kalau nak travel ke luar negara dengan rombongan yang ramai pastikan ada ambil nombor ahli rombongan, jangan ambil no 1 orang tapi biar la ramai orang... untuk keselamatan diri kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya begitulah. Kalau saya ada nombor pun, saya tak reti nak call.

      Delete
  2. kita gi police station jelah. mcm takleh nak pikir benda lain. Mungkin kalau jadi kat ammi...ammi nangis dulu kot. ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi balai polis, mungkin masuk surat khabar atau tv. Panjang ceritanya. Lebih baiklah duduk diam2 kat tempat terakhir sebelum terpisah.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.