Tuesday, January 21, 2025

MACAM TAHU.


Prakata: Ada orang tu sebenarnya tak tahu dan bila kita beritahu, dia terus bercakap macam dia dah tahu. Ikuti kisah berikut.

Satu pagi sebelum bermula kuliah Subuh, seorang kawan saya yang duduk di sebelah saya  bercerita mengenai ustaz yang akan beri kuliah pagi ini. Katanya, 

"Saya jumpa dia jogging kat KOMBES Paroi minggu lepas. Hensem betul orangnya bila dia tak pakai serban dan jubah"

"Setahu saya dia dah lima enam bulan bertukar ke  Penang?", saya menjawab. 

"Tak.. dia duduk kat Taman Awan Gumawan, Ampangan", dia membalas. 

Dengan suara yang agak tegas, saya menyambung: "Kuliah minggu lepas dia ada cerita sedikit sebanyak tentang tugas barunya di Pulau Pinang". 

1 comment:

  1. Memang ada species orang yang kalau boleh dia serba tahu malahan kalau boleh dia orang pertama tahu walaupun kadang cerita kita tak melibatkan dia dan hanya kita je yang tahu.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.