Tuesday, July 5, 2011

KADANG-KADANG TU BILA SHOPPING !


gambar tukang jaga barang di Guangzhou yang patuh dan setia.


kadang-kadang tu bila dah jumpa baju yang warnanya kita berkenan ..
saiz pulak tak ada,
kadang-kadang tu bila dah jumpa saiz yang sesuai ..
warna pulak kita tak berkenan,
kadang-kadang tu bila dah jumpa saiz yang sesuai, warna yang kita berkenan ..  harga pulak kita tak berkenan.
kadang-kadang tu bila dah jumpa saiz yag sesuai, warna yang kita berkenan, harga pun berpatutan .. makngahnya pulak tak berkenan.
kadang-kadang tu malas nak bawa makngahnya pergi shopping.


Nota kaki: Makngahnya tak gemar sebab dah beli baju yang sebijik macam tu sebelum ini. Nak buat apa sampai dua kan !


.

Sunday, July 3, 2011

NASIB SI MATA KUCING !

Ini adalah sedutan dari entri terbaru  KTS. Dia menyarankan 3 cara bagi membuatkan sesuatu pokok itu berbuah.

"Menurut ajaran sifu, kalau nak bagi sesuatu pokok tu berbuah, kita perlu bagi dia rasa terancam. Terancam. Bukan mengancam, ya.

Ok. Senang saja nak bagi pokok rasa terancam. Antaranya :

Cara 1.

Macam yang kita buat. Bakar daun kering di bawah pokok itu. Atau apa-apa saja yang boleh dibakar. Nak bakar duit pun boleh.

Cara 2.

Takik batang pokok. Sikit-sikit je. Tak perlu takik sampai pokok tu tumbang. Zalim sangat tu.

Cara 3.

Pangkas pokok. Jangan bagi terlalu rimbun dengan daun. Tapi janganlah pangkas sampai botak. Dah tak comel pokok tu nanti"

Untuk makluman KTS dan tuan-puan yang saya hormati sekelian, ketiga-tiga cara itu telah gagal. Lalu saya memilih cara ke 4 - tebang.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRzSs1WsRCTfOeTyclscxL8MdyJ2YlO8NP-x7qQV1_L6iXY7LAywK15mQV2quG6Peit9EhX95fn3-FTn-eDmryzYc6e82KNH9jLMLzHQScTgVBp_opLLHc58b-fB3RDcniZ1Qbsqe76E96/s1600/bidara.jpg

Gambar 1: Dulu bukan main rendang lagi. Tapi  kini tinggal sejarah kerana dia segan berbuah, akhirnya dia menerima padah.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgD4b3rbZz8LTD8RyMj6KiL0pcRil-Ph0rvMAu-nrMqbH9XjUTWIDtpAJDsK9a4o0w2PJsnSCZsjQcKM9X5_U2w9YyRG07p-kxYqQcBbqz-3lO-HHd8CyXL4qAJuBxezAPvga5kCgZePZVh/s1600/bidara.jpg


Gambar 2: Semasa mula-mula tanam dulu buahnya bukan main. Masa tu daunnya tak banyak. Sempat jugalah makan 3-4 kali berbuah sebelum dia berhenti berbuah kerana mabuk daun.
Saya pernah buat entri mengenainya di sini. 


Gambar 3: Tapak mantan pokok mata kucing yang di biarkan kosong. 
Di sinilah dulu dia berdiri megah. 






Pengajaran: Begitulah juga manusia.. kalau tidak mengeluarkan hasil, orang pun tidak teragak-agak untuk menyahkan kita dari muka bumi ini. 




Friday, July 1, 2011

APA YANG TAK KENA DENGAN TAJUK BERITA INI ?



Saya rasa macam ada yang tidak kena dengan tajuk muka depan akhbar ini. Biasanya perkataan hasut itu digunakan bila merujuk kepada perbuatan yang tidak baik. Misalnya menghasul supaya menipu, mencuri, membenci orang dsb. Akan timbul persoalan .. apakah berjihad itu juga suatu perbuatan yang tidak baik. Dan bukankah berjihad itu satu tuntutan agama? Bahkan mereka yang lari dari tuntutan itu, dianggap telah melakukan dosa besar ?

Akan tetapi bila di baca isinya, lain pula ceritanya. Oleh itu diharap akhbar ini berhati-hati memilih tajuk kerana ia boleh mengelirukan. Lagipun bukan semua orang berkesempatan atau suka membaca kandungannya secara detail.

Ini perkara serius. Bukan boleh buat main-main.

Ini bukan pasal gossip artis kawin lari dsb.

Tidak tahu yang boleh di maafkan hanyalah bila kita tidak mungkin dapat tahu walaupun telah berusaha segenap daya untuk mengambil tahu.

Nota kaki: Hari ini dah hari-hari seterusnya saya akan bersiaran langsung dari rumah !

.