Sunday, April 1, 2012

SAYA CADANG NAK PERGI HO CHI MINH BESOK.


Kalau tidak ada aral merintang dan diizinkan Allah, saya bersama dua teman setaman akan ke Ho Chi Minh pagi esok. Cadangnya bertolak dari rumah jam 6.30 pagi untuk tangkap penerbangan jam 9.15 pagi. Ikut jadualnya kami akan balik pada petang hari Khamis, 5hb. ini. Insya-Allah.

Sehubungan dengan itu, doa anda semua saya pohonkan agar perjalanan kami pergi balik serta keluarga yang tinggal selamat dari sebarang marabahaya. Terima kasih.


INGATKAN AZZA DAN AZLAN DAH SAH JADI SUAMI ISTERI.

.

Nanti agaknya ada tak upacara batal air sembahyang ?


BERITA TERKINI - DUA MAYAT TANPA TANGAN DITEMUI.


Ahad 1 April. Dua mayat dipercayai warga asing dijumpai berlumuran darah dengan kedua-dua belah tangan masing-masing terputus, di sebuah rumah kongsi berhampiran tapak pembinaan di Segambut awal pagi tadi. Polis mengesyaki kedua-dua mereka mati akibat pergaduhan. Ia di percayai berpunca kerana berebutkan seorang wanita warga tempatan. 

Menurut saksi kejadian, mula-mula orang yang pertama telah menetak dengan parang sehingga putus kedua-dua belah tangan orang yang ke dua. Setelah orang ke dua mendapati kedua-dua belah tangannya terputus, dia pun segera bertindak merampas parang yang digunakan oleh penyerangnya lantas menetak kedua-dua belah tangan penyerangnya.  Akhirnya ke dua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat pendarahan yang teruk. 

Kedua-dua mayat itu kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Pada masa ini pihak Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 1.4 - Kanun Anti April Fool.




.