Saya ke Saigon, Vietnam makan angin dengan 2 rakan setaman tanpa isteri masing-masing dari 2 hingga 5 April selama 4 hari 3 malam. Penerbangan ke Saigon atau Ho Chi Minh mengambil masa kurang dari 2 jam dari KL. Kota Kinabalu lagi jauh. Ini adalah lawatan kali pertama bagi kami semua.
Vietnam pernah dijajah oleh 4 kuasa besar dunia. Bermula dengan China, kemudian Peranchis, seterusnya Jepun dan akhir sekali Amerika. Namun mereka tetap teguh dengan jatidiri mereka. Tak nampak sangat ke Peranchisan atau ke Amerikaan mereka. Yang saya nampak cuma beberapa bangunan tinggalan Peranchis dan roti Perancis.
Saya rasa mungkin sudah ramai pembaca dah pergi ke sana atau pun membaca entri mengenainya. Namun saya nak tulis juga mengikut pandangan dan perspektif saya. Mudah-mudahan ada manfaatnya kepada mereka yang belum pernah pergi dan berhajat untuk melancong ke sana.
Saya cadang nak cerita tentang lawatan singkat ini mengikut segmen dimulai dengan segmen Apa Yang Saya Makan di Saigon, Apa Yang Saya Beli Di Saigon, Apa Saya Suka Di Saigon, Apa Saya Tak Suka Di Saigon dan Apa Yang Saya Tengok Di Saigon. Insya-Allah. Tapi mugkin tidak berturut-turut untuk mengelakkan kejemuan.
Saya mulai dengan Segmen Apa Yang Saya Makan Di Saigon kerana umumnya itulah pertanyaan atau persoalan pertama orang kita bila mahu melancong ke luar negara. Soal makanan halal tak ada masalah di Saigon walaupun harganya saya rasa agak mahal sikit dari tempat kita.
Saya mulai dengan Segmen Apa Yang Saya Makan Di Saigon kerana umumnya itulah pertanyaan atau persoalan pertama orang kita bila mahu melancong ke luar negara. Soal makanan halal tak ada masalah di Saigon walaupun harganya saya rasa agak mahal sikit dari tempat kita.
Gambar 1. Pengembara tua baru mendarat di lapangan terbang, Saigon. Saya nak sebut nama airport tu tak berapa pandai. Takut salah pulak makhrajnya. Baru sampai dah letih.
Gambar 2: Kedai makan tengahari yang pertama kami. Dimiliki oleh orang Malaysia yang beristerikan orang Kampuchea. Isterinya sangat fasih berBahasa Melayu.
Gambar 3: Sejuta tu lebih kurang RM150. Kami terkena kerana pesan makanan tanpa melihat menu tetapi meminta pemilik restoran itu mencadangkan apa yang patut kami makan.
Memang nak cari nahas !
Memang nak cari nahas !
Gambar 4: Sarapan pagi ala kadar kami di hotel yang termasuk dalam pakej. Kelihatan dua orang sahabat saya yang merupakan pengembara tegar yang telah mengembara ke lebih banyak negara dari saya. Misalnya yang di kanan baru pergi seorang diri ke Osaka dan yang di kiri pulak akan pergi menjelajah Laluan Sutera tak lama lagi.
Gambar 5: Makan malam kami pada malam pertama di Bombay Restoran. Saya makan nasi briyani kambing dengan air tin sejuk. Maaf nasi saya agak bersepah sebab nak mencari daging kambing yang tersembunyi di dalamnya.
Gambar 6: Makan di sebuah pulau di tengah-tengah sungai Mekong. Nasi dan sayur sahaja. Ia termasuk dalam pakej melancong yang kami pilih.
Gambar 7: Makam malam kami di malam kedua dan ketiga adalah di sini iaitu restoran D' Nyonya. Saya terjumpa 3 gadis Melayu yang manis dari Malaysia yang datang melancong ke sini.


Gambar 8: Kami sangat senang hati makan di sini bila melihat sijil tersebut.
Gambar 9: Malam kedua saya makan kuetiau goreng dan malam ke tiga saya makan nasi goreng dengan ABC seperti gambar di atas. Saya belum pernah merasa ABC yang seenak itu seumur hidup saya. Sungguh !
Gambar 10: Bergambar bersama pengurus restoran ini yang sangat peramah dan berbudi bahasa.
Gambar 11: Rojak buah dia pun sangat sedap .. terutama kuahnya yang likat. Tapi nak sampai restoran ini, letih juga kami menapak dari hotel kami,
Gambar 12: Makan tengahari pada hari ke-3 kami di sana. Restoran Punjabi.
Gambar 13: Hari terakhir makan tengahari di VN Halal .. tak jauh dari hotel kami. Jumpa dua kumpulan pelancong dari Malaysia di sini. Kalau kami tahu ia dekat mungkin kami tak pergi ke D' Nyonya.
.............................................................................................................................................
Sub-Entry: Kejutan 1 - Lalulintas.
Cara orang sini membawa kereta lebih-lebih lagi motorsikal mengecutkan perut saya. Diperhatikan motorsikal menguasai jalanraya di sini. Sekali pandang macam kelkatu di waktu senja. Kami cukup bimbang untuk melintas. Lihatlah video kat bawah gaya mereka membawa motorsikal.






















