Gambar hiasan - hasil carian Google.
Syarat utama kepada ibadat kita diterima dan mendapat pahala dari Allah swt adalah ikhlas. Lawan kepada ikhlas ialah riak. Adalah amat sukar untuk mencapai status mukhlisin dalam beribadat kerana iblis sentiasa menggoda kita dengan pelbagai tipu helah sehingga hari kiamat.
Saya terjumpa sebuah hadis yang agak panjang yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah seperti berikut:
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang pertama kali diseru pada hari kiamat adalah orang yang menghafal al Quran, orang yang mati syahid dan orang kaya.
Kepada orang-orang yang menghafal al Quran, Allah berfirman: "Apakah Aku tidak mengajar kamu membaca al Quran yang Aku turunkan kepada RasulKu?"
Jawab mereka: "Tentu sahaja, ya Tuhanku"
Firman Allah seterusnya: "Untuk apa ilmu yang engku miliki itu?"
Jawab mereka: "Saya amalkan dan saya kaji siang dan malam"
Firman Allah lagi: "Engkau dusta!"
Para Malaikat juga berkata: "Kamu dusta!"
Firman Allah: "Sebenarnya engkau ingin mendapat pujian dari orang ramai bahawa engkau seorang qari. Maka cukuplah pujian ramai sebagai pahala untukmu"
Sekarang, giliran orang kaya pula dihadapkan kepada Allah.
Firman Allah: "Apakah Aku tidak memberi kekayaan kepada mu, hingga engkau tidak memerlukan sesiapa pun?"
Jawabnya: "Tentulah ya Tuhanku. Hamba telah mendapat kakayaan dariMu".
Seterusnya Allah berfirman: "Engkau gunakan kekayaan yang Aku berikan itu untuk apa?"
dia menjawab: "Saya gunakan untuk bersilatulrahin dan bersedekah"
Maka Allah berfirman: "Engkau berdusta!"
Firman Allah seterusnya: "Sesungguhnya engkau ingin mendapat pujian sebagai seorang yang pemurah. Nah, ambillah pujian itu sebagai bahagian untuk mu"
Kini, tiba giliran yang yang mati syahid dihadapkan kepada Tuhan.
Allah berfirman: "Apa yang engkau lakukan selama di dunia?"
Jawabnya: "Saya diperintahkan untuk turut serta dalam perang sabil dan perintah itu saya turuti hingga saya mati dalam peperangan itu"
Firman Allah: "Kamu dusta!"
Kemudian Allah berfirman: "Sebenarnya engkau hanya ingin dipuji sebagai seorang pahlawan yang berani dan pujian itulah bahagian untukmu".
Kemudian Rasulullah menepuk lututku sambil bersabda: "Ya Abu Hurairah, mereka itu adalah orang-orang yang mula-mula sekali merasakan panasnya api neraka".
Sungguh-sungguh hati saya merasa
kecut bila membaca hadis ini. Rasa-rasa macam tiada peluang untuk masuk ke syurga memandangkan orang yang mati syahid, dermawan dan qari
pun dihumban ke dalam neraka kerana riak apalagi saya yang tidak pernah sunyi dari melakukan pelbagai dosa. Hanya rahmat, keampunan dan belas kasihan Allah sahaja yang saya harapkan untuk mendapat ridhaNya.
Sumber: Minhajul Abidin - Wasiat Imam Ghazali. Victory Agencie. Mukas surat 393 -395.
.......................................................................................................................................





