Dalam tiga entri saya yang lalu, ramai yang berkata supaya jangan percaya pada orang tetapi sebaliknya percaya kepada diri sendiri dan juga percaya kepada Tuhan. Percayakan Tuhan sudah tentulah ... "that goes without saying". Percayakan diri sendiri, pun sudah sepatutnya. Namun demikian ramai juga orang yang tak percaya pada diri sendiri. Kadang-kadang ratu cantik pun tak percaya pada diri sendiri dengan berkata ... "saya sungguh tak percaya saya boleh menang ... sebab ramai lagi yang lebih cantik daripada saya".
Suuuu ... dahlah !
Menerusi laporan2 akhbar juga kita telah melihat ada imam, polis dan askar yang buat perangai tak senonoh. Perbuatan mereka telah menimbulkan syak wasangka kepada kita. Seterusnya menyebabkan kita menjadi tak pasti atau was-was adakah kita boleh meletakkan kepercayaan kepada mereka. Salahkah kita berfikiran begitu ?
Tapi hidup mesti di teruskan. Jalan mesti ke depan. Kita tidak boleh dan tidak mampu untuk tidak mempercayai semua orang. Bila naik kapalterbang kita perlu percaya kepada pilot. Bila naik bas ekspres, kita kena percaya kepada drebarnya. Bila jadi makmum, kita kena percaya kepada imam. Bahkan sembahyang kita terbatal kalau kita tidak percaya kepada imam.
Oleh kerana itu, mahu tak mahu, kita kena percaya juga pada orang. Kalau orang lain susah untuk dipercayai, mungkin kita boleh harapkan teman atau kawan. Tapi kadang-kadang, ada juga kawan lagi tak boleh dipercayai. Anak kawan sendiri pun di nguratnya. Sila baca keratan akhbar berikut:

Berita Harian - 2 Januari 2010.
Miang lelaki tua: Perdaya anak teman sendiri sehingga si gadis lupa keluarga.
Ini kisah dari mahkamah syariah. Bukan gosip lagi. Sudahlah tua, anak kawan pun nak di kebasnya. Namun begitu ada juga bagusnya kisah tersebut kerana lelaki berkenaan berkahwin lari dengan anak kawannya di negara jiran. Kalau dijualnya atau dirogol dan kemudian di cekiknya ... lagi haru ! Jadi kalaulah kawan pun boleh mengkhianati kita, susah lah kita kalau macam ni, sebab ...
SIAPA LAGI YANG MAHU KITA PERCAYA ??? ... NENEK ?