Alhamdulillah kami telah selamat sampai ke tanah air Subuh tadi. Tengahari tadi sempat juga saya pergi dua kenduri. Satu di Seremban dan satu lagi di Kajang, walaupun badan masih terasa sangat letih dan mata pula amat mengantuk.
Banyak sebenarnya yang ingin saya ceritakan. Mungkin orang akan jemu membacanya atau mungkin juga ramai yang dah tahu. Kalau dah tahu, tolong betulkan fakta saya kalau saya tersilap dan kalau yang belum tahu, anggaplah ini sebagai pengetahuan baru.
Saya kira dua perkara yang sering bermain di minda kita bila berada di tempat orang adalah soal makanan halal dan soal tempat solat. Untuk entri ini saya akan fokuskan kepada isu ini. Alhamdulillah kedua-dua perkara berkenaan tiada menjadi masalah bagi kami semasa berada di dua bandar tersebut.
Saya kira dua perkara yang sering bermain di minda kita bila berada di tempat orang adalah soal makanan halal dan soal tempat solat. Untuk entri ini saya akan fokuskan kepada isu ini. Alhamdulillah kedua-dua perkara berkenaan tiada menjadi masalah bagi kami semasa berada di dua bandar tersebut.
Gambar 1: Gambar saya dan keluarga dengan keluarga besan serta dua pengantin baru di depan masjid Saad ibnu Waqas di Guangzhou.
Gambar 2. Saya sarapan pagi di hotel yang dimiliki Cina Muslim di Guangzhou.
Semua makanan di sini diberitahu adalah halal. Cuma tekak kita sahaja yang sudi menerima atau tidak.
Gambar 3. Kami juga di bawah makan di sini. Saya lihat dari banyak-banyak gambar yang tergantung di dinding, ada gambar Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan bergambar dengan pemilik dan petugas restoran.
Gambar 4. Kami makan ala-kadar sahaja untuk mengalas perut. Tu ada lagi lauk yang masih belum sampai.
Gambar 5: Sebuah lagi restoran Muslim di bandar Shenzhen yang kami singgahi untuk makan tengah hari. Saya berjumpa ramai orang Malaysia makan di sini termasuklah rombongan pensyarah dari Maktab Perguruan Kuala Lipis yang memberikan sambal ikan bilis mereka kerana mereka akan berangkat pulang.
Gambar 6. Kami ada makan malam dan juga makan tengah hari di sini. Saya tertarik dengan pakaian tradisional penyambut tamu ini. Untuk makluman, saya telah mendapat kebenaran Makngahnya sebelum bergambar dengan amoi ini.
Gambar 7: Kalau tak ada sangat benda yang nak di makan, buah-buah juga ada di jual di merata tempat. Sekeping sahaja rasanya sudah mencukupi untuk perut kita. Saya mungkin memerlukan dua keping.
Gambar 8: Selepas usai sembahyang Jamak Zuhur dan Asar di sebuah masjid yang tertua yang terjaga rapi di bandar Guangzhou.
Gambar 9. Sebuah lagi masjid tempat kita bersolat ketika berada di luar, di bandaraya Shenzhen. Lelaki berbadan sasa di kanan gambar di atas adalah pemilik syarikat pelancongan yang menguruskan lawatan kami.
Gambar 10. Bingkai yang tergantung di pintu masuk utama satu-satunya masjid (menurut pemandu pelancong) di bandar Shenzhen.
"Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam".
p/s: Ada sesiapa yang sudi berkongsi pengalaman di "kencing" oleh peniaga batu jade di Guangzhou ?
.











