Wednesday, November 26, 2014
Monday, November 24, 2014
BOLEH JALAN.
Perhatian: Ini bukan entri akademik.
Perkataan JALAN cukup banyak maknanya dalam Bahasa Melayu bergantung kepada konteks dan intonasi suara penutur.
Mengikut kamus DBP, perkataan JALAN dijelaskan seperti berikut:
Dalam pada itu banyak perkataan jalan yang membawa makna yang agak berbeza dari makna perkataan jalan yang diberikan DBP itu. Antaranya:
- Boleh jalan. Apa ? nak pinjam kereta aku, boleh jalan da.
- Tak jalan. Puas aku pujuk dia nak pinjam kereta Ferrarinya, tapi tak jalan juga.
- Dah jalan. Budak yang eksiden semalam tu, dah jalan pagi tadi.
- Tak ada jalan. Oleh kerana dah tak ada jalan nak cari duit, dia terpaksa mencuri.
- Pergi jalan. Pergi jalanlah dengan teori ekonomi engkau tu.
- Mana boleh jalan. Buatlah ayat sendiri, mana boleh jalan macam ni saya sahaja yang buat contoh.
Terlanjur sebut fasal jalan ni, jemputlah jalan-jalan kat blog saya yang ini pulak ya. Best tau !

Friday, November 21, 2014
AKU KELIRU 31 - NEGERI KE NEGARA ?
Cetakan skrin Portal Rasmi Kementerian Luar Negeri, Malaysia.
Kalau kita nak pergi melancong, katalah ke England, kadang-kadang ada orang kata nak keluar negara dan kadang-kadang ada juga orang kata nak keluar negeri.
Begitu juga kalau ada orang yang belajar dan mendapat ijazah di sana. Ada yang kata, orang itu lulusan luar negeri dan ada juga sesetengah orang kata lulusan luar negara.
Malaysia ni sebuah negeri ke sebuah negara. Saya rasa Malaysia ni adalah sebuah negara kerana sejak sekolah rendah lagi saya sudah diajar menyanyikan lagu Negara Ku.
Tapi kalau negara, kenapa pulak agensi yang menguruskan hal ehwal luar negara, kita namakan Kementerian Luar Negeri ?
Subscribe to:
Posts (Atom)