Monday, February 29, 2016

TERBAKAR DENGAN JAWAB SOALAN DENGAN SOALAN.



Saya cukup terbakar kalau ada orang jawap soalan saya dengan soalan.

Misal  1.

Soalan: "Nasi dah masak ke belum ?"

Jawapan: "Awak tak nampak ke saya tengah menjahit ni ?"

Kan ke senang kalau jawab belum, misalnya.


Misal 2. 

Soalan: "Bila kita nak pergi beli baju anak kat Sogo?'

Jawapan: "Apesal .. awak nak ikut ke?"

Kan ke senang kalau jawap pukul 10 nanti, misalnya.

Itu misalan sahaja. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Saya juga syak yang saya juga pernah berbuat begitu. Kalau ada yang terbakar tu, maafkan saya.






Wednesday, February 24, 2016

HELAH SESETENGAH PEMILIK KOLAM KALAU TAK DAPAT UDANG.



Gambar udang galah sebagai hiasan - hasil carian Google.


Kegemaran atau hobi saya adalah memancing samada di laut, sungai, tasik atau kolam. Bila dah berumur ini saya lebih banyak memancing di kolam berbayar kerana dah tak berapa larat nak ke laut atau ke tasik. Masa ni saya kerap memancing udang galah di kolam-kolam berbayar berdekatan dengan rumah saya.

Biasalah .. ada masa dapat banyak, ada masa dapat sikit. Bila dapat banyak gembira dan ingin pergli lagi. Bila dapat sikit atau tak dapat langsung, tak puas hati dan ingin pergi lagi.

Bila kita tak dapat atau kurang dapat udang,  inilah antara ulasan pemilik kolam:

1. Kalau kita pakai umpan anak ikan, dia kata eloknya pakai umpan perumpun. Tapi kalau kita pakai perumpun, dia kata eloknya pakai umpan anak ikan. 

2. Kalau kita datang sebelah siang, dia kata eloknya datang sebelah malam. Tapi kalau kita datang sebelah malam, dia kata eloknya datang sebelah siang.

3. Kalau kita pakai mata kail saiz 8, dia kata eloknya pakai saiz 6. Tapi kalau kita pakai saiz 6, dia kata eloknya pakai saiz 8.

4. Kalau kita mancing tebing sebelah sini, dia kata eloknya mancing tebing sebelah sana. Tapi kalau kita mancing tebing sebelah sana, dia kata eloknya mancing tebing sebelah sini.

5. Kalau kita mancing di kolam 1, dia kata eloknya mancing di kolam 2 sebab kolam 2 kecik sikit. Tapi bila kita mancing kolam 2, dia kata eloknya mancing kolam 1 sebab udang lebih banyak dimasukkan. 

6. Kalau kita datang cepat selepas udang dimasukkan, dia kata eloknya datang lewat sikit. Tapi bila kita datang lewat sikit, dia kata eloknya datang awal sikit sebab udang dah habis kena pancing oleh orang terdahulu.

Tapi pulak kan, kalau semua orang dapat banyak udang, tentulah taukeh boleh bankrap. Kalau taukeh bankrap dia akan tutup kolam dan kita tak dapat lagi nak memancing. Jadi lebih baiklah kita dapat sikit atau sekali sekala (sekali sekala je tau) tak dapat langsung, agar taukeh boleh bertahan dan terus membuka kolamnya. Dengan itu bolehlah kita melepaskan gian kita sebab gian orang tak dapat memancing ini boleh mengundang bahaya kemurungan yang melampau.





Wednesday, February 10, 2016

WW # 131 : MENGHADIRI MUKTAMAR TAHUNAN MISG DI HOTEL PHEASANT RUN - 1983.