Monday, February 8, 2010

A .K. U. SEORANG TUKANG JAHIT ..!

Nama saya Hamzah Abd Hamid. Dulu saya guna nama al-lavendari. Bila saya tukar kepada nama sebenar, Makngahnya tak suka. Saya tanya kenapa. "Dah elok lah nama al-lavendari tu, kenapa nak tukar-tukar, biarlah .." katanya. Saya tak berani nak menyelam perasaannya. Takut lemas, sebab saya tak pandai berenang.

Saya bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai membuat topi. Kedai tempat saya bekerja dekat Sri Kembangan. Hari-hari saya berulang-alik dari Senawang ke Sri Kembangan. Saya kena pergi kerja hari-hari sebab tempahan datang tak tentu masa. Kadang-kadang banyak. Kadang-kadang tak banyak.

Tugas saya menjahit topi bila di beri. Bila dah dapat bahagian yang perlu di jahit, saya bebas bila nak menjahit, asalkan semuanya siap sebelum tarikh yang di tetapkan. Kadang-kadang saya bawa balik ke rumah dan menjahitnya pada waktu malam. Kadang-kadang tu saya jahit sebiji dua di kedai, lepas itu saya mengadap komputer untuk berblogging. Kadang-kadang tu sebelah pagi saya berblogging dan sebelah petangnya pula saya menjahit dan sebaliknya. Ye lah kalau menjahit sahaja sepanjang hari, boring juga kan !

Setakat ini tidak ada lagi topi yang tidak berjaya saya siapkan mengikut masa yang ditetapkan. Saya cukup selesa dengan pekerjaan ini. Walau pun pendapatannya tidaklah sebanyak mana, berbanding Bill Gates tapi waktu kerjanya yang fleksibel membuatkan saya seronok dengan kerja saya ini. Sekali sekala saya juga keluar melawat kilang pembekal fabrik atau berjumpa mereka yang menempah topi.


Ini lah gambar video sebahagian sampel daripada topi-topi yang sudah di jahit yang saya lekatkan kat dinding bilik saya. (Tukang jahit pun perlu bilik tau).


Oleh kerana saya tinggal jauh, saya datang bekerja naik kereta. Mahu tidak mahu ada masanya saya telah melanggar had laju yang telah ditetapkan. Bukannya laju sangat pun. Kadang-kadang tu hanya 70 ke 80 Km sahaja melebihi had laju. Sebenarnya banyak sebab kenapa saya terpaksa memandu melebihi had laju, antaranya:

1. Had laju yang ditetapkan terlalu rendah. Ada ke patut jalan 6 lorong di letaknya had laju 90 kmj.

2. Ada kereta yang dua pintu potong kereta saya dengan merbahaya seolah-olah nak mencabar kelelakian saya. Kereta saya empat pintu. Siapa yang tak marah bila kereta dua pintu potong kereta empat pintu.

3. Saya sudah terlewat.

4. Saya sakit perut dan perlu segera ke "sungai".

5. Saya telah di nasihatkan oleh mekanik saya supaya sekali sekala kena bawa kereta sampai maksimum untuk mengelakkan gear lapan daripada berkarat.

Bulan lepas saya dah kena saman sebanyak 3 kali. Saya dah bayar semuanya. Saya tak ada merayu-rayu untuk di kurangkan saman atau di kecualikan saman. Orang kata berani buat, berani tanggung atau "kalau tangan berani mencincang, bahu mesti berani memikul" (boleh faham ke budak sharamli, frodo dan oranglidi ni).

Adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sempena kempen ops sikap ini saya nak nasihatkan, jangan sekali-kali tiru perangai buruk saya ni. Selain ia boleh membahayakan nyawa sendiri ia juga boleh membahayakan nyawa orang lain. Saya pun dah bertekad tak nak lagi bawa kereta melebihi had laju (kecuali atas sebab ke 4 di atas). Perit rasanya bila terpaksa berpisah buat selama-lamanya dengan SariRiMah.

Gambar di bawah ini tidak ada kena mengena dengan kisah saya kena saman kerana memandu melebihi had laju. Saya pun tak tahu kenapa saya paparkan. Oleh itu sila abaikan !

Gambar Sisipan 2.


Damsyik, Syria: Bergambar degan Tan Sri Musa Hasan, Ketua Polis Negara, Pengerusi SPR dan seorang kawan.

* kerja saya yang sebenar bukanlah tukang jahit, tetapi lebih kuranglah dengan kerja tukang jahit dari segi bentuk, sifat, kaifiat dan tabiatnya.

.

63 comments:

  1. Salam Bang,
    Ada org kata kerja jahit pakaian paling senang sbb kerja goyang kaki hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Kanda AL Hamzah..

    seronok juga kalau sekadar jadi tukang jahit topi tapi dapat mengembara ke seluruh pelusuk alam.. :)

    ReplyDelete
  3. Kalau ada polis trafik baca n3 abg ni dan nampak abg kamceng dgn IGP, lain kali mereka lepaskan abg kalau kena speedtrap. Alasan mcm yg no 4 tu muahaha

    ReplyDelete
  4. Salam,
    huhu, kisah sadis.
    lawak ne.. hehe

    ReplyDelete
  5. >>___<<

    wa setuju ngan mak ngah pak cik.
    ekekekekkeke ~ al lavendari unik w/pun bukan nama sebenar ... beside lagi senang ingat ... xper arr guna nama2 samaran kat blog maya ni. huhuhu. btw, nick wa Nain ... tp mesti org lebih ske Frodo sbb ada nada manja di situ .. keh3x


    spti biasa gamba2 itu banyak bercerita ... makin tua kita makin macho wa cakap!!!

    ReplyDelete
  6. tuan, biar sy teka..dr awal sy mengikuti blog tuan, sy dapati melalui tulisan tuan, tuan bukanlah seorang tukang jahit atau pekedai runcit..sy percaya tuan nie bukan org sembarangan..tuan nie pd hemat sy adalah seorang pegawai PTD yg bertugas di kedutaan Malaysia atau seseorang yg penting di JPA yg terlibat dlm menggubal dasar2 pembangunan negara atau seorang pegawai JPM yg bertugas mengiringi mana2 YB Menteri atau Timbalan Menteri hatta YAB PM (betulkan jika sy salah)..sy tidak mengenali tuan malah uma tuan pun sy tak tahu tp seingat sy di Seri Kembangan ada sebuah pejabat cawangan JPA..aDAKAH TUAN berkhidmat disitu??

    ReplyDelete
  7. seksanya kalau sakit perut semasa dalam perjalanan, hendak pulak trafik jem

    ReplyDelete
  8. kawan saya jadi tukang jahit, lepas tu jadi tokey kedai jahit..alhamdulillah rezeki tuhan tentukan

    ReplyDelete
  9. Salam Pak Ngah Hamzah...

    Tahniah kerana Pak Ngah antara orng yg menyumbang pada pendapatan negara.. sama macam hubby saya dulu... sebulan sampai 2,3 saman speedtrap...hehe

    ReplyDelete
  10. Awak bukan tukang jahit. Tapi mungkin baru2 nih awak ada buka biz yg cenggitu lah kot dan pastinya awak ada lagi biz2 yg lain.. hehe..

    p/s: ur mrs is rite. Al-lavendari is unique.

    p/s lagik: psssst.. awak apsal kakcik seroja tuh panggil awak 'kanda'? ada apa2 ker? ahahaha.. (sorry awak.. saya gurau jer.. Actually saya tahu kanda means abg kan. Saje jer kacau awak..hehe..)

    ReplyDelete
  11. salam uncle,

    uncle pandai menjahit kans....

    tolong la jahitkan seluar kecik anak patung anak jiran sebelah rumah saya nie....

    kesiannnn.... sampai majuk budak tu umi dia tak nak tolong jahitkan...huhuhu...

    jangan mintak saya plak yg tolong jahitkan sbb rumah saya pun takde jarum nan sebatang.....muahaha....

    ReplyDelete
  12. keje saya juga mempunyai satu persamaan dgn tukang jahit iaitu goyang kaki tapi sebenarnya saya sedang bekerja.

    ReplyDelete
  13. Nak tumpang jawap soalan Finaz yang satu itu..

    kakcik panggil kanda sbg tanda hormat kepada yang lebih sikit usianya dari kakcik :)

    Kakcik tak guna panggilan Abang kerana kakcik beranggapan Kanda Hamzah ini agak puitis juga.. jadi sesuailah dengan bahasa persuratan dulu2 yang berkanda dinda... hehehe...

    ReplyDelete
  14. YB
    memang dulu goyang kaki. sekarang dah pakai letrik. polis trafik bukan tahan kat jalan, dia pos saman kat rumah ! tak kan nak kautim dengan posmen lak !

    ReplyDelete
  15. kakcikseroja
    masa muda2 dulu seronoklah .. sekarang ni dah malas dah !

    ReplyDelete
  16. Biller
    sadis ke ? kat mana sadisnya ? siapa yang sadis - saya ke polis?

    ReplyDelete
  17. frodo
    mungkin lepas ni pakcik guna al-lavendari semula. pakcik komen kat n3 awak pun, dah guna al-lavendari semula. finaz pun suka nampaknya !

    ReplyDelete
  18. relevan
    kalau bukan awak yang komen, saya ingat salah eja ..!

    ReplyDelete
  19. sahromnasrudin.
    mana mungkin kalau saya orang besar dapat berblog macam ini. orang besar2 sekarang ni banyak kerja .. usahkan nak berblog, nak baca surat khbar pun tak ada masa.

    "I am just a very small fish in a big pond"

    ReplyDelete
  20. mamai
    terima kasih kerana membaca entri saya ..!

    ReplyDelete
  21. nida
    kata orang tu rezeki sudah di sukat. kalau tak keluar ikut sini dia keluar ikut sana !

    ReplyDelete
  22. finaz
    biarlah identiti saya di selubungi misteri. ok lah lepas ni saya guna nick al-lavendari balik.

    yang soalan di p/s lagik tu .. kakcik dah jawab dan saya setuju dengan jawapannya.

    ReplyDelete
  23. ain
    awak jiran yang prihatin .. bawa anak patung tu kat rumah saya, biar saya jahitkan. bapa dia tampal tu dah kira memadai lah buat sementara waktu. nanti umi dia pasti jahitkan.

    ReplyDelete
  24. mrpenyubiru
    memang tabii penyu gitu, kalau dia berenang pun dia goyang kaki juga kan !

    ReplyDelete
  25. daun bidara
    kalau semua orang pandai menjahit dan nak menjahit sendiri, susahlah tukang jahit nak cari makan !

    ReplyDelete
  26. kakcik
    tua lebih sikit ke ? lebih banyak lah !
    terima kasih kerana tolong jawabkan soalan finaz tu. memang saya pun nak jawab cenggitu tadi.

    ReplyDelete
  27. bang...boleh tak saya superimpose gamba ngan kpm tu bang? nak try mintak diskaun saman ah..

    ReplyDelete
  28. Hikhikhik! Saya tergelak jugak baca entri Bang HAMZAH ni..

    first para lagi saya terus cakap, saya tak percaya Abg HAMZAH kerja jahit topi.. ada benda lain. Tapi tak penting pun, sebab saya masih selesa berlegar-legar di blog KomenSen ni..

    Pasal gambar tu, saya tetap suka tengok. Maklum, semuanya hensem-hensem belaka... jamu mata pun jaadilah kan? heheheh!

    ReplyDelete
  29. puitis?? bahasa psuratan dolu2?? WOW!.. cayalah Kakcik U're ROCK! hehehe..
    so lepas nih bolehlah panggil saya dinda pulak kan hihi... suka2

    ReplyDelete
  30. uhuk ! uhuk ! tersedak saya !

    sibbaik saya tak gi rumah Ain, rupa2nya dia pun takde jarum . hahaha

    Ooo tuan,

    saya tak kisah tuan bekerja sbg apa. Yang penting... tuan bekerja dan ada kerja yang hendak dikerjakan .

    ReplyDelete
  31. Saya suker pgl Al-lavendari,

    Klue hari ialah :-
    i) Seri kembangan
    ii) Tukang jahit topi
    iii) gambar-gambar dulu, hari ini dan esok
    .....pls sambung lagi yer
    heheheee..

    Komen utk catatan berwarna merah:-
    - den pakai kereta dua pintu, tp org kata kedekut pulak!( memang pun, tak payah la asyik ada je yang nk tumpang !)

    - wow ! 70 -90 km, maknanya hampir 200km/j..mcm ni bergegar sikancil disebelah..

    - haaa..hanya siapa yg biasa melalui highway Sban-kl shj yg tau petua mcm ne tak mau kena speedtrap ni!

    p/s: banyak topi yer!
    nak tambah koleksi ??

    ReplyDelete
  32. Tijah
    ko jgn cari pasal. nanti tak pasal2 dpt 2 saman. satu sbb memandu melebihi had laju dan kedua sebab superimpose. abg x boleh tolong !

    ReplyDelete
  33. azieazah
    saya ada juga nampak orang berlegar2 kat luar tu, rupanya awaklah ye !

    ReplyDelete
  34. finaz
    sebelum saya tercemar, memang kita orang ni puitis. kalau tak percaya awak boleh baca sebuah sajak saya di blog satu lagi bertarikh 8 Sept 2009, bertajuk "Rindu Sengsara". awak nilai lah sendiri !

    ReplyDelete
  35. liNda
    kata orang, salah satu dari ciri-ciri orang kaya ialah mereka tidak ada jarum di rumah. tentang kerja tu, memang tak pernah habis. kalau habis, saya cari balik.

    ReplyDelete
  36. berani buat..berani tanggong..betul la tu kan..tapi rasa sayang pulak..sampai 3 kali duit buat bayar saman...

    ReplyDelete
  37. ikan emas
    sekarang awak bebas untuk panggil nama tu balik. kalau saya tukar nama apa pun, nampaknya awak tetap akan panggil saya al-lavendari juga. sekarang puas hati awak kan.

    kalau nak beri topi saya mengalu-alukan, dengan syarat ia belum pernah di pakai. saya juga suka mengumpul mug, rantai kunci selain duit.

    ReplyDelete
  38. en. hamzah..

    wah wah, maju bisnes yer..
    klu mcm ni saya pun nk menjahit gak la(memandangkan kedai kte bdekatan)..
    dapat jahit cadar & tilam siap dgn labuci shelai dua sehari pun ok gak..

    ReplyDelete
  39. heeeeeeeeeee...

    tukang apa erk?
    tak leh nak fikir lagi ni
    heeeeeeeeeee...

    saya juga selalu kena saman speeding
    tapi itu dulu la
    heeeeeee
    dah insaf
    cuma
    ada 2 lagi saman tak bayo
    heeeeeeeee...

    dah tak drive lebih had laju pun
    kat hiway pantai timur 120km/j
    kalau tak sama lebih sikit je
    tak lebih 130
    okay la kan
    heeeeeeee...

    ReplyDelete
  40. byk tu koleksi topi.. anak sy fizi suka pakai topi.. bleh le tempah satu hehee

    keje cam tukang jahit erm.. apa ya.. cuba cite sket

    ReplyDelete
  41. hehehe..dasat jugak pak ngah hamzah ni ye bawak kete..

    **jgn risau.sahabat sy frodo ngan org lidi bagi sy takde masalah untuk ayat² payah macam tu..hehehe..sy je kot kena byk membaca lagi.hehehe

    ReplyDelete
  42. Salam,
    pada mula nya saya sendiri pun confuse..2 org berbeza kah..'al-lavendari' & 'Hamzah Abd Hamid'...tapi lepas singgah ke2 kali nya baru la faham..:-) nama 'al-lavendari' tu lebih dikenali kot...;-)

    ReplyDelete
  43. ayah... ye ke keje jahit??

    nak masokkan benang kat jarum pon belum tentu lepas.. opsss...

    hehehe.. jumaat nnt tlg jemput kat terminel semban ek..

    ReplyDelete
  44. Erna
    masa buat tak fikir pasal kena saman. bila dah kena saman rasa menyesal pulak.

    ReplyDelete
  45. jejari halus
    boleh kita JV ! kedai awak kat mana ?

    ReplyDelete
  46. bluecity
    saya kalau boleh tak nak lagi kena saman.. dah serik rasanya.

    ReplyDelete
  47. maiyah
    tak boleh cerita banyak2, nanti kena tangkap pulak !

    ReplyDelete
  48. Salam Abg Hamzah..
    Saya pun kadangkala menjahit juga tapi tak reti nk jahit topi. Mungkin kemahiran kita berbeza dan mesin jahit yg saya guna pun tak secanggih abg Hamzah. Tapi yg pastinya saban pagi saya memandu laju melewati kawasan perkuburan ke tempat kerja.

    ReplyDelete
  49. mimie
    pakcik biasanya tak laju bawa kereta. cuma laju dalam keadaan tertentu sahaja. teruskan berkunjung ke sini, lama2 nanti fahamlah bahasa orang2 lama.. kalau nak cepat faham cuba masuk blog pakcik yang lagi satu tu !

    ReplyDelete
  50. siti murni ishak
    memang saya lebih di kenali sebagai al-lavendari sempena nama taman perumahan saya. saya cuba nak guna nama sebenar tapi rasa kekok pulak dan ramai yg minta guna nama al-lavendari tu semula. jadi saya akan guna al-lavendari utk berblog. bagaimanapun nama sebenar saya tetap tidak berubah !

    ReplyDelete
  51. sharamli
    awak ni selalu guna ayat tak habis. apanya yang hebat ? memandunya kah, entrinya kah atau rupanya kah ?

    ReplyDelete
  52. kakngah
    hehe ... nnt dekat nak sampai call lah. tu pekaro kocik yo tu !

    ReplyDelete
  53. shaniza
    rupanya awak lagi penakut dari saya. saya kalau malam saja baru memandu laju .. awak pagi2 pun dan memandu laju.

    ReplyDelete
  54. en.hamzah, kedai saya kat suite 7.14, tiap2 hari en.hamzah lalu..hehe

    ReplyDelete
  55. jejari halus
    kat mines shopping complex ke ?

    ReplyDelete
  56. Salam, tuan haji.

    Topi utk saya x ada ke?
    hehehehhe

    ReplyDelete
  57. Oh! Selepas baca entri ini, rasanya saya ,lebih selesa panggil pakcik, pakngah Hamzah...boleh kan.

    ReplyDelete
  58. hi assalamualaikum. can u contact me on this number because i really need your help on some few things brother. im gonna open my own cap business. so if u can share something based on experienced, please do message me if you dont mind. 013 6747811 (najihah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alakumsalam. saya sebenarnya bukanlah tukang jahit tapi ia satu metafora. maaf jika ia telah mengelirukan anda dan maaf banyak-banyak kerana tidak dapat membantu anda. apa-apa pun terima kasih kerana sudi singgah.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.