Saturday, February 6, 2010

USAH NGADA-NGADA NAK BERBLOG BAGAI - VERSI ULANG TAYANG !

Ini lah rupanya entri saya yang saya kata dah jadi gila tu. Saya petik sebahagian. Awas .. jangan ketawa lebih-lebih !

#################################################################################

Recently, I visit a friend in Gombak I attended a feast after I married in Setapak. He plans I retired early. He dah age 55 plus I like.

"kau dah to think soundly? .. tak sayang kat to pay RM15 per month .. two thousand years longer jer .. dah closed literacy literacy closed two more years .. kau tu not even work very hard"


"dah" implement short.

"Birds that sit in the cage of gold even if he can I fly free" berfalsafah radio.

I really know dah lama nak ura-ura he retired early. Reported sick and tired.


"I was what you last pension later?"

"I know more lah PakNgah" implement a smile-face. It's all my close friends call me PakNgah.

******************************************************************************************
Kan ke bercampur aduk. Tak ke macam entri orang gila ? Kalau betul terjemahannya pun tak apa gak. Ada pulak dia kata saya kawin di Setapak !  Pokemon betul !  Fikir punya fikir, saya terfikir akan dua kemungkinan. Pertama boleh jadi saya dah tertekan  atau terpilih  "auto translation" iaitu satu perisian yang mungkin di pasang oleh ofis saya. atau saya telah terpilih "google auto  translation". Ada ke benda macam tu ?

Bagaimana pun oleh kerana ada permintaan, saya cuba susun semula entri tersebut dan paparkan  untuk tatapan dan komen pembaca budiman yang belum berkesempatan membacanya.  Mungkin tak sama 100% macam entri asal sebab saya buat semula hanya berdasarkan ingatan semata-matan. Kepada yang dah beri komen kalau nak komen lagi persilakan. Moral dari inisiden ini ialah kita kena simpan di tempat lain  apa-apa entri yang telah kita poskan. Manalah tahu jadi macam saya. Atau kalau syarikat blogspot bankrup, terbakar atau kena bom  ke, kita ada backup. Ini lah lebih kurang entri asal saya dulu.

*******************************************************************************
 
Baru-baru ini saya melawat kawan saya di Gombak. Dia bercadang nak bersara awal. Jawatan dia masa tu adalah sebagai ketua sebuah institusi kerajaan. Umurnya dan 55 plus macam umur saya..

"kau dah fikir habis2 ke ? .. tak sayang ke kat gaji RM15 ribu sebulan  .. dua tahun jer lagi .. pejam celik pejam celik dah  dua tahun .. kerja kau tu bukanlah susah sangat"

"dah" jawapnya pendek

"Burung dalam sangkar emas pun, kalau boleh dia pun nak terbang bebas " tambahnya sambil berfalsafah.

Saya sudah lama tahu ura-ura dia nak bersara awal. Jemu katanya. 

"Kau nak buat apa lepas pencen nanti ?"

"Tak tahu lagilah PakNgah" jawabnya sambil tersenyum. Semua kawan2 rapat saya panggil saya PakNgah.

"mari kita berblog nak ..!

"usah nak ngada-ngada berblog-blog pulak, umur awak tu dah  leibh 55 tahun .. pergi surau lagi bagus" celah isterinya yang sedari tadi duduk disebelahnya, sebelum sempat saya menghabiskan ayat saya.

Isterinya memang tidak takut kat dia. Isterinya sangat "control" suaminya. Dia khuatir suaminya tersangkut. Macam lah suaminya tu hensem sangat. 

Zingggggg .. telinga saya macam kena sengat oleh 100 ekor tebuan ganas sekaligus.

Apa dia ingat umur 55 tahun tu dah tua sangat ke ? Dia tak tahu ke Tun Dr Mahathir menjadi PM pada umur 55 tahun. Dan dia menjadi PM yang cemerlang selama 22 tahun.  Dan lagi pada umur 83 tahun dia mula berblog. Sekarang ini dia menjadi blogger yang paling "hot" (atau cool ?) di Malaysia. Setakat hari ini hit kat blog dia dan lebih 27 juta. 

Satu lagi, dia ingat orang yang berblog tu tak pergi ke surau ke ?

Dan lagi orang yang tak ada blog tu semuanya pergi ke surau ke?

"Aku balik dululah .. Assalamualaikum "

"Alaikumsalam .. lain kali kalau datang bawaklah makngahnya" jawab kawan saya berbahasa.

"Insyaallah .." jawab saya sambil mengundurkan kereta.

Gambar Sisipan 1.



Phildelphia, USA - 1982 - Duduk semeja dengan Tun  Dr Mahathir dan Tun Dr Hasmah.

39 comments:

  1. Lagi tua lagi bagus berblog ni. kalau tidak tak mengasah minda pulak. Dia bersara awal pasal tension kot. Sekarang semua orang cakap pasal KPI.

    ReplyDelete
  2. hahahhahaha orait ..
    mmg agak sentap disitu!
    kekekekekke ...
    mmm, mgkin ni kita leh kata
    it fobia kalau x silap
    beloom cuba lom tahu ..

    >>__<<

    mak ngah der blog x pakcik?
    mgkin nanti mak ngah leh tlg xplain
    kat aunty itu ... huhuhuhuhu. ksmpulannya, blog x mngenal usia.

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Maaflah..saya dah tak berapa ingat sepenuhnya komen saya dulu. Tapi rasanya ada salinan dlm entry lepas.

    Cuma entry lepas abg Hamzah kata, ada dua kebetulan. satu nama arwah abg saya sama dan kedua panggilan pakngah. Sebenarnya nama Hamzah tu abg pd Adilah (kwn saya,blog keluarga adam)tp panggil pakngah, sama. Abg saya (Musa) meninggal sewaktu umur dia 43 (lahir tahun 1957).

    ReplyDelete
  4. Kome gelak sikit sikit ajer ye abg Hamzah..

    ReplyDelete
  5. erhMmm..

    di ceroboh ke blog ni? siapa pula ye yg menaip entry dlm omputih tu?

    ReplyDelete
  6. Salam Pak Ngah Hamzah (Boleh ek Nida panggil gelaran ni)

    Nasib baik Nida sempat baca entri yang asal.. Kalau tak mahu gelak guling2 sampai pecah perut...

    Apa2pun tak salah nak berblog, itukan ibarat diari kita, tempat berkongsi maklumat, cari kenalan , cari jodoh (ops!!!! yang ini bagi yg bujang je ye.)... cuma ianya dibaca oleh semua orang..

    ReplyDelete
  7. pok li
    memang ramai betul kawan saya yang memilih untuk bersara awal sebab tekanan kerja dan juga tak tahan dengan "office politic" - kata mereka.

    ReplyDelete
  8. frodo
    makngahnya tak ada blog. tapi dia selalu duduk sebelah pakngah baca. dia komen kenapa pakcik tukar dari al-lavendari. dia kata nama lama tu dia suka .. sekarang pakcik dah jadi serba salah. apa pendapat awak ?

    ReplyDelete
  9. alvin
    itu lah pasal yang saya tarik balik entry tu !

    ReplyDelete
  10. shaniza
    ohh begitu .. macam mana kenal dengan adilah ? kiranya muda betul abg awak meninggal ye ? maknanya saya ni dah umur bonus lah ni .. syukur !

    ReplyDelete
  11. relevan
    terima kasih kerana bersimpati dengan orang yang ditimpa kemalangan. kalau tidak awak tu asyik terangkat jer !

    ReplyDelete
  12. sl tEDI
    itulah yang ana musykilkan !

    ReplyDelete
  13. nida
    panggilan pakngah tu memang dah sebati dengan saya sebab kawan2 bahkan yang lebih tua pun panggil macam tu. mungkin satu hari nanti nak tukar nama di blog sekarang kepada pakngah .. amacam ?

    saya mulanya geram tengok entri jadi macam tu, tapi bila baca dua tiga kali jadi lucu pulak.

    ReplyDelete
  14. Saya berpendapat n3 yg asal sangat unik...apakata sesekali belasah jer n3 tuh dan test market...tengok apa komen blogger2 tegak eh tegar..
    It don't have to be perfect to be true...
    Kekadang yg terbalik dan tunggang langgang tuh lebih ummphh..
    Manusia suka yg unik...pembaris x semestinya lurus..

    ReplyDelete
  15. sha
    t.kasih atas pandangan itu. kalau saya sendiri yang buat tunggang langgang itu mungkin akan saya kekalkan. tapi ia bukan angkara saya. susah nak jawab nanti. lagi pun bukan setakat grammar sahaja yang salah, fakta pun salah.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,
    Patut gak isteri dia melaranag, takut suami dia menyeleweng...memang ramai yang macam tu, bukan aja lelaki perempuan pun ramai...

    ReplyDelete
  17. hu3...0rg p0n da jadik xbet0l da bila da baca ni pakcik...heee

    ReplyDelete
  18. hahaha.. mmg klakau bila bacanya..

    ReplyDelete
  19. Hahaha

    saya baca frasa pertama, berbelit . tak faham.

    Apapun... saya suka tuan berblog.

    Sebab... ada banyak cerita and banyak lagi gambar tuan yang masih belum ditunjukkan .

    ReplyDelete
  20. Salam Bang.

    Saya pun ingat abg kawin satu lagi kat Setapak. Nak cover line tapi skrg semua org dah tahu wakakaka

    (kalau betul pun apa salahnya hehehe)

    ReplyDelete
  21. Salam Sdr Hamzah
    Geli hati dgn crita orang nk pencen awal tu. Temuk nk pesan, bila tekan (trmasuk tekan butang komputer), kena waspada. Bimbang tekanan darah naik, dek mcam2 ksilapan. La ni mmang ramai yg suka pncen awal. Sbab, suka KPI (Kalau Pencen Indah)! Saya dpati berblog bermanfaat. Asal jgn jadi goblog & mnggoblogkan orang. Semoga ceria di hujung minggu.

    ReplyDelete
  22. salam..leh panggil pak ngah?

    just nak bgtau sy suke blog ni..tersenyum kambing saya sorang² bace entry ni..

    salam ziarah..

    follow u :)

    ReplyDelete
  23. saya suka baca blog mereka yang lebih berusia dari saya....

    banyak info, ilmu dan pandangan yang boleh saya jadikan panduan dan sempadan....

    dalam dunia blog sendiri pun tak pernah ada batas usia kan...

    baby kecik pun ada blog even dia tak pandai menulis atau membaca...

    mak dia la yg tolong hidupkan blog dia tue...hehehe...

    ReplyDelete
  24. yang memula tu susah pulak nak faham maksud dier ...

    ReplyDelete
  25. Sentap kejap bila baca "orang tua tak leh berblog" hehehehe..klu cam tu saya pun tak lama lagi kena pencen dari berblog laa yer sebab dah tu.

    But i like ur statement, "Apa, ingat org berblog tak gi surau ker?" Masih ramai yg berfikiran sempit pasal blog dan facebook.

    ReplyDelete
  26. lipislady
    ikut dia lah .. laki dia ! kalau kawan ajak beria-ia sangat, buatnya nanti laki dia betul2 menyelewang, tak pasal2 kawan yang kena !

    ReplyDelete
  27. sharamli
    kelakar kan ! jangan bet0l2 jadi tak bet0l sudahlah !

    ReplyDelete
  28. maiyah
    sesekali kena ok lah, kalau hari2 mugkin pencen terus saya dari berblog !

    ReplyDelete
  29. annie
    kelakar yang tidak di rancang sama sekali !

    ReplyDelete
  30. liNda
    memang banyak lagi gambar yang saya nak tunjukkan .. tapi masa saya sudah semakin terhad untuk buat n3 apalagi untuk melawat dan membaca blog kengkawan ! ini yang saya risau dan rasa terkilan.

    ReplyDelete
  31. YB
    saya memang tak berniat langsung melainkan di paksa oleh makngahnya. ye lah .. kalau ditolak nanti, kecik pula hati dia kan !

    ReplyDelete
  32. Abang Temuk
    Baru sekali dapat panggil abang dalam entri ini. Saya suka dengan makna KPI ciptaan abang tu. Tentang pesanan tu, saya dah ambil ingatan. TQVM.

    ReplyDelete
  33. mimie
    terima kasih kerana betandang kali pertama. awak masuk ikut pintu mana ? dan terima kasih juga kerana sudi jadi follower saya.

    ReplyDelete
  34. ain
    saya gembira kalau n3 saya ada manfaat atau dapat di manfaatkan. agaknya rupa ain masa kecik, macam muka baby tu lah kan !

    ReplyDelete
  35. aina@azila
    dalam kes tu, isteri kawan saya tu cakap kat suaminya. tapi macam orang katalah "pukul anak sindir menantu" saya tersentap ! nak marah pun tak guna sebab dia bukan tujukan kepada saya secara direct.

    ReplyDelete
  36. touyakaruma
    yang saya tarik balik n3 saya tu bukan fasal susah nak faham tapi salah fakta. kalau susah nak faham takpa, kita boleh gelak sama2. kalau salah fakta nanti nyaya saya.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.