Thursday, February 25, 2010

4 SPESIS ISTERI ..!

Secara umumnya para isteri boleh di bahagikan kepada 4 spesis, dalam konteks keperluan kewangan:

1. Spesis Isteri Mithali. Dia menunggu dengan sabar suami dia beri duit. Kalau bernasib baik, dia dapat suami yang tahu bila dan banyak mana patut 'top up'. Kalau tidak, tak berasaplah dapur.

2. Spesis MBM (Mahu Baru Minta). Yang ni berani menuntut hak dia. Dia akan minta bila nak guna duit. Kalau tak dapat .. dia boleh jadi sawan sekejap.

3. Spesis Berdikari. Dia tak minta duit suami - dia ada pendapatan sendiri. Kadang-kadang lagi besar dari pendapatan suami. Malah kadang-kadang dia yang support suami dia. Spesis ni saya percaya semua suami yang waras tentu suka.

4. Spesis Layan Diri. Bila nak pakai duit, dia ambil sendiri banyak mana dia hendak dari beg duit suami dia. Kadang-kadang bila suami nak bayar surat khabar, baru sedar duit dah kena ambil oleh toyol isteri.

p.s. Sebelum orang tanya, baik saya jawab. Isteri saya dari spesis pertama (i.e isteri mithali), bukan sebab dia takut kat saya, tapi sebab dia tahu suami dia baik. Selalu "top up" tanpa di minta. Tapi sekali sekala, dia bertukar menjadi spesis nombor 4 (spesis Layan Diri). Ye lah, kadang-kadang ada masanya suaminya pun terlupa nak 'top up'. Maklumlah suami dia sibuk dengan masalah blog kerja yang perlu di fikirkan.

Sisipan # 6



Santai di depan Capitol Hill - 1984.

Februari 2010 - Capitol Hill di musiam sejuk. .nampak tak ?

Tuesday, February 23, 2010

SONYUM SOKOJAP 9 - DARI KERANA MATA ... !

24 Oktober 1970: Bergambar dengan penyanyi 60an Siti Zaiton dan Maria Bachok (duduk) di satu funfair di Kuala Klawang, Jelebu.

Tak ada apa-apa yang lucu atau nak disenyumkan dalam gambar di atas. Tetapi setiap kali saya tengok gambar ini, setiap kali itulah saya ketawa atau setidak-tidaknya tersenyum. Cuba kira berapa orang yang ada dalam gambar ini. Sembilan orang atau sepuluh orang. Kira betul-betul ! Jawapannya .. sepuluh orang.

Mana datangnya seorang lagi ?. Cuba besarkan gambar dan lihat betul-betul di sudut bawah sebelah kiri, pasti akan terlihat sebiji mata (orang) yang ingin "enter frame". Ada sesiapa yang tak nampak ? Kalau tak nampak, saya besarkan lagi kat bawah ini. Kalau tak nampak juga .. payahlah saya nak tolong !



Sampai sekarang saya tidak tahu milik siapakah mata itu. Ada sesiapa yang nak mengaku ?

4 SPESIS "ANAK BUAH" ..!

Kat mana-mana pejabat pun, baik swasta atau pun awam, kita pasti tak sunyi dari bertemu dan bekerja dengan 4 spesis "anak buah" atau pekerja yang bekerja di bawah kita seperti berikut:

1. Spesis Ayam Betina. Tiap kali buat kerja, mulut dia mesti bising punya. "Kau tau tak, pasu bunga tu aku yang alih kat situ" . Eleeeh, alih pasu bunya pun nak bagi tahu satu Malaya ke. Apa-apa pun spesis ini, kalau kita bagi kerja kat dia, dia memang boleh buat, tapi telinga kita kena tulikan buat sementara waktu !

2. Spesis Penyu Betina. Spesis ni tak banyak cakap. Kalau orang tak tanya, dia tak cakap. Kalau tanya sepatah, dia jawab sepatah. Kalau orang tanya lima patah, dia jawab sepatah. Tapi dia paling rajin dan paling banyak buat kerja. Dia buat kerja senyap2. Pendeknya, manusia spesis ini memang boleh di harap.

3. Spesis Ulat Gonggok: Dia ni semuanya lembab. Kalau bagi kerja kat dia, mesti tak boleh siap ikut tarikh (deadline). Kadang2 kita pulak yang kena tolong siapkan kerja dia atau ambil alih kerja dia.

4. Spesis Murai Jantan. Mulut dia bising. Kadang2 isu kecik pun bisingnya bukan main. Bagi lah apa-apa kerja, semua tak pernah menjadi. Tapi kalau nak kondem kerja orang, dia nombor wahid. Pagi bising, tengah hari bising, petang bising. Kerja dia satu pun tak menjadi.


Nota kaki: Anda di nasihatkan supaya jangan membela ulat gonggok sebab belanjanya banyak dan menjaganya juga leceh. Kasut dan stokin dia jer, dah berapa pasang kena beli. Kalau nak basuh pula, berapa banyak sabun kena pakai. Kalau nak pergi sekolah, pukul 4 pagi dah mula pakaikan stokin dan kasut. Kalau naik bas, letih nunggu baru semua kaki habis naik tangga. Itu belum lagi kalau kena urut kaki atau potong kuku kaki dia !


Gambar Sisipan 5.


Barisan Pekerja Dengan Dato' Dr Jemilah Mahmood, Presiden MERCY Malaysia ketika itu.



... bersambung lepas ini .. 4 spesis isteri !

Friday, February 19, 2010

4 SPESIS BOSS ...!

Boss boleh saja (kalau mahu) dikategorikan kepada empat spesis iaitu; Boss Yang Teruk; Boss Yang Elok; Boss Yang Cemerlang; dan Boss Yang Malang.

1. Boss Yang Teruk.

Hanya pandai mengarah dan marah. Dia sendiri tak pandai buat, sebab dia belum pernah buat. Dia dapat jadi boss, sebab ada degree dan sebab dah lama kerja. Kalau orang bawah tanya, dia jawab "tak kan itu pun nak tanya saya". Sebenarnya dia sendiri tak tahu nak jawab. Namun begitu dia cukup cekap melihat kesilapan orang bawah tapi jarang perasan kerja-kerja yang telah begitu banyak disempurnakan oleh orang bawahnya ... macam CMS !

2. Boss Yang Elok.

Dia boleh beri tunjuk ajar. Jika orang bawah buat silap, dia akan betulkan. Kalau orang bawah tanya, dia tunjukkan jalan atau cara nak membuatnya. Dia boleh tunjuk, sebab dia dah pernah buat.

3. Boss Yang Cemerlang.

Dia boleh merangsang orang bawah buat kerja tanpa diarah atau di marah. Kalau orang bawah tanya, dia jawab, “buatlah ikut kesesuaian, tanpa melanggar sebarang peraturan. Yang pentingnya objektif organisasi kita yang telah kita persetujui bersama tercapai".

4. Boss Yang Malang.


Semua kerja dia kena buat sendiri. Anak buah seorang pun tak boleh di harap. Kalau orang bawah tanya, dia terus nangis. Kesian dia !

Soalan ?

A. Apakah spesis boss anda ?

B. Kalau anda adalah boss, apakah spesis yang rasanya sesuai untuk anda?

Gambar Sisipan - 4


Yang ni perasan jadi Boss !



.. lepas ni sambung 4 Spesis Anak Buah !

4 SPESIS ANAK ..!


Secara umumnya anak-anak kita dalam konteks pembelajaran, boleh di kategorikan kepada 4 spesis.

1. Cerdik serta rajin
2. Cerdik tapi malas.
3. Kurang cerdik tapi rajin.
4. Kurang cerdik serta pemalas.

1. Spesis cerdik serta rajin ni makayah tak kena migrin. Spesis ini selalunya mejadi kebanggaan dan harapan keluarga. Kalau dia anak yang tua, dia akan jadi 'role model' kepada adik-adiknya.

2. Spesis cerdik tapi malas selalu buat makayah jadi cemas. Macamana pun akhirnya dia berjaya juga walaupun mungkin terpaksa mengulang berkali-kali. Dia ini macam arnab dalam kisah dongeng arnab berlumba lari dengan kura-kura. Akhirnya dia sampai juga selepas kura-kura sampai.

3. Spesis kurang cerdik tapi rajin ini sedar diri. Dia tahu dia tak berapa cerdik sebab tu dia rajin belajar. Dia ni pulak macam kura-kura dalam kisah di atas. Dia sampai dulu daripada arnab.

4. Spesis kurang cerdik serta pemalas ni selalunya bikin kepala makayah pusing. Kalau kena anak bongsu atau anak tunggal, lagi pusinglah kepala makayah.

Apa pun spesis anak-anak kita, kita terimalah seadanya kerana mereka adalah amanah dariNya. Setiap orang adalah unik dan ada kelebihan, minat, peribadi dan bakat masing-masing. Kalau kena cara didiknya, Insyaallah semuanya akan jadi insan yang berguna juga akhirnya.

p.s. Sebelum orang tanya baik saya jawab. Kelima-lima anak orang yang saya pelihara, semua spesis tu ada kecuali spesis yang nombor 1. Namun begitu alhamdulillah, 3 orang dari Fasa 1 dah graduate dari IPT. Dua lagi yang masih bersekolah rendah dari Fasa 2, tak tahulah apa nak jadi nanti. Saya adalah spesis no. 4 !

Gambar Sisipan - 3


Dalam gambar ini ada 4 orang sahaja .. yang tua sekali dah ada keluarga sendiri dan dah beranak pinak. Dia orang bergaya dengan cermin mata lama makayah dia orang. Gambar tu bukan makayah dia orang yang ambilkan.

Inilah cermin mata yang pernah saya pakai suatu ketika dulu. Beratnya setiap satu lebih kurang 1/2 kilogram. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh tahan memakainya dulu.


... bersambung empat spesis boss !
ini pun entri lama dikitar semula ..

Wednesday, February 17, 2010

UNTUNGNYA JADI BANK DAN PLUS!

Malam kelmarin saya terpaksa beli top up kad touch n go di bank kerana pejabat PLUS sudah tutup. Saya kata terpaksa kerana kalau boleh saya nak elakkan .. sebab kena bayar yuran sebanyak 50 sen kepada bank. Kalau beli top up di pejabat PLUS dapatlah berjimat 50 sen.

Duit 50 sen sekarang ini tak besar mana nilainya. Baling kat ayam pun, belum tentu ayam lari. Tapi kenapa pula saya perlu bayar 50 sen kepada bank sedangkan taukeh sebenar ialah PLUS. Sepatutunya PLUS lah yang kena bayar kepada bank sebab dia yang minta bank tolong jualkan. Takkan bank nak tolong saja-saja. Tetapi kenapa pula saya yang kena bayar 50 sen kepada bank? Sakit hati betul!

Dulu-dulu semasa saya kecil, saya masih ingat Mak saya suruh saya hantar kacang panjang ke kedai runcit Haji Rashid untuk dijual . Dalam hal ini, Haji Rashid telah gunakan nisbah 10:2, iaitu setiap sepuluh ikat yang laku dijual, dia akan ambil harga untuk dua ikat sebagai upah menjual kacang tersebut. Atau senang cerita, dia ambil 20% komisyen. Dia tak kisah berapa harga kita nak jual. Maknanya dalam kes bank dan PLUS ini, Haji Rashid ini dulu macam banklah dan Mak saya dulu itu macam PLUS lah. Jadi sewajarnyalah Mak saya bayar komisyen 20% kepada Haji Rashid kerana dia yang susah-susah menjaga dan tolong jualkan kacang panjang Mak saya di kedainya. 

Itu dulu. Sekarang lain. Dulu orang tak sekolah tinggi.  Sekarang orang tak kisah, bayar kat bank ke, PLUS ke sebab orang sekarang dah banyak duit.  Apalah salahnya kita bantu bank mendapat untung dan tolong PLUS mengelak kerugian !

Untungnyalah jadi bank dan PLUS !

p.s. Entri ini pernah tersiar pada 26 Ogos tahun lalu iaitu semasa saya mula-mula belajar berblog. Cuma seorang je yang komen masa tu iaitu Sdr Pracert E.C. Saya siar semula mengikut jejak langkah Yunus Badawi!

Tambahan Entri !

Setelah membaca komen Mentibang Laut, saya ingin bertanya pembaca budiman. Patutkah yuran/caj sebanyak 50 sen itu di tanggung oleh PLUS (touch n go) atau di tanggung oleh pengguna lebuhraya ?

Monday, February 15, 2010

A.K..U. K.E.L.I.R.U. - 6: KENAPA TAK NAK PISANG BERBUAH DUA KALI !


" Elak  pisang berbuah dua kali "


" Takut pisang berbuah dua kali "

Saya hairan sungguh ! Kenapa dengan dua orang artis ni ? Seorang nak elak pisang berbuah dua kali. Seorang lagi takut pisang berbuah dua kali. Sampai masuk surat khabar lagi. Tak cerdik betul ! 

Apa masalahnya kalau pisang berbuah dua kali ?  Kalau sayalah kan .. biarlah berapa kali pun pisang tu nak berbuah. Makin banyak, makin bagus. Makin kerap, makin untung. 

Jadi kepada sesiapa yang ada anak pisang yang boleh berbuah banyak kali, sila hubungi saya dengan segera !!!

Saturday, February 13, 2010

SONYUM SOKOJAP 8 - INI BLOG SIAPA PUNYA ?


" Pulak falls in the category 'Mamat Jiwang'. Problemnya ... kalo org pompuan nangis he would look sincere sgt sgt .. pure .. Laksa and I also feel perspective will sebak dihatinya .. " (kah kah kah - ini gelak saya )


"The Yes Men More About It ... (hehe.. ini gelak Finaz)"

Sebenarnya entri ini dari blog Finaz. Entrinya dalam Bahasa Melayu. Tajuk entrinya "Lagi Tentang Lelaki Yang Memanglah Memang .." Saya gunakan Google Auta Translate untuk terjemahkan entri ini ke Bahasa Inggeris. Maka terjadilah entri beliau seperti itu. Tengoklah apa dah jadi ! Saya buat ni suka-suka jer. Saja-saja nak berseronok dengan penemuan baru saya. Saya harap Finaz tak kecik hati. Saya juga sesungguhnya amat berharap dia tak balas balik. Kalau dia tak balas balik, maknanya dia tak marah kat saya dan begitulah sebaliknya.

p.s Finaz ! saya tak ada beri komen kepada entri awak tersebut... jadi anggaplah entri ini sebagai komen saya kepada entri awak tu ya !

Friday, February 12, 2010

LEKAS A.K.U. PUNYA !

Ingat nak cuti jap. Tapi tak boleh. Ada cerita bagus. LEKAS dan siap sampai ke Seremban. Pagi ni saya cuba. Macam LEKAS ana yang empunya. Tak ada orang. Bukanlah tak ada orang langsung ! Ada lah sikit2. Tapi lengang selengang2nya. Tengok gambar di bawah ni :



Atau tengok video ini ..


video


Thursday, February 11, 2010

ANGGUK DAN GELENG SERENTAK !




Nampak tak tanda show all dan tanda screw driver dan spanner duduk satu tempat. Nak show all kat situ dan nak deraf pun kat situ. Macam-macam benda pelik berlaku kepada blog saya sejak akhir-akhir ini. Dengan itu saya mohon berundur diri buat seketika .. sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Wednesday, February 10, 2010

PUNCA BLOG JADI GOBLOG !

Sekarang saya dah tahu kenapa entri saya bertajuk "USAH NGADA-NGADA NAK BERBLOG BAGAI" pada 6 Februari 2010 jadi gila .. bercampur aduk antara perkataan Melayu dan English.

Rupanya saya telah tertekan butang "Translate" ni ...


Gambar 1: Menunjukkan butang "Translate" yang saya telah tekan tu.

dan kenyataan "Toolbar has automatically translated this page to English" seperti Gambar 2 pun keluar...

Gambar 2 menunjukkan entri saya yang telah diterjemah ke Bahasa Melayu.

Dengan itu segala perkataan yang kita tulis dalam Bahasa Melayu secara otomatik diterjemahkan menjadi Bahasa Inggeris. Tapi bukan semua bahasa Melayu boleh di terjemah ke dalam Bahasa Inggeris. Perkataan yang kita singkatkan seperti "ngan", "kat", "jer", "spt", "sowee", "dll", "ekeke", "wakaka", "ahaks", tak dapat diterjemah. Ini telah mengakibatkan mesin penterjemah menjadi mengong dan keliru.

Saya dah cuba buat sekali lagi kepada entri saya yang terakhir dan lihatlah hasilnya seperti Gambar 2 di atas. Entri saya itu telah di terjemah ke dalam Bahasa Inggeris. Tajuk entri asal "TERKENANG SEMASA DULU - MENGGALI SALJI DI MCLEAN" ! telah diterjemahkan menjadi "Budi Bahasa DULU - digging snow in MCLEAN". Mana datang pulak perkataan budi bahasa tu? Memang mengong ! Kat mana mesin penterjemah ni sekolah, saya pun tak tahu !

Kemudian untuk patah balik ke teks asal, tekan butang satu lagi .. Butang apa ? Carilah sendiri !

P.S. Dari semalam lagi talian internet di kedai saya tidak stabil. Sekejap semput sekejap elok. Tu sebab saya tak ada dapat nak buat entri seperti selalu dan juga tak dapat melawat blog kawan-kawan. Saya cuma sempat balas komen kat entri saya saja. Entri yang ini saya buat dari rumah.

Tuesday, February 9, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 5 - MENGGALI SALJI DI MCLEAN !

Tetapi sebelum cerita fasal gali salji,  saya akur dengan pandangan Makngahnya dan sokongan beberapa kawan lain, maka saya nak guna nama al-lavendari semula untuk tujuan berblog. Sebentar tadi saya taip al-lavendari kat Google dan keputusannya ialah 6,700 dan kesemuanya merujuk kepada saya. Dan bila saya taip Hamzah Abd Hamid pula, ada 175,000 keputusan yang mana rupanya ramai juga orang lain yang bernama Hamzah Abd Hamid dalam dunia ini. Memang benarlah kata Finaz, nama al-lavendari tu unik.
__________________________________________________

Yang ini search berdasarkan al-lavendari:

Google Advanced Search
WebHide optionsShow options... Results 1 - 10 of about 6,770 for al-lavendari. (0.11 seconds)
KomenSen - [ Translate this page ]
al-lavendari.blogspot.com/2010/02/k-u-seorang-tukang-jahit.html - pu.e.c. orang x re.t. - [ Translate this page ]
puecorgxret.blogspot.com/ - Cached -Blogger: User Profile: al-lavendari - [ Translate this page ]
_____________________________________________________

Yang ini search berdasarkan Hamzah Abd Hamid:

Google Advanced Search
Search: the web pages from Malaysia
WebHide optionsShow options... Results 1 - 10 of about 175,000 for hamzah abd hamid. (0.15 seconds)
_____________________________________________

... dan sekarang kita masuk cerita Penduduk Washington gali salji.

Kosmo, Isnin 8 Februari 2010. 

Memang gali sungguh ! Saya sendiri pernah mengalaminya. Masa tu saya tinggal di McLean, Virginia dan bekerja di Washington D.C. Macam sekaranglah. Duduk di NS dan bekerja di Selangor.  

Pertama kali tengok salji memang seronok. Maklumlah kat Negeri Sembilan mana ada salji. Tapi bila masuk musim ke dua dan seterusnya ... keseronokan dan keterujaan itu dah hilang. Apa nak dibuat semuanya jadi susah dan leceh. Nak keluar, kena pakai pakaian sejuk/panas berlapis-lapis. Nak pergi mancing lagilah sejuk.  Bil gas untuk memanaskan rumah pula melambung. Masa tu teringat kat kampng halaman.

Cuba lihat gambar di bawah.  Bayangkanlah macam mana susah dan penatnya menggali salji untuk membersihkan kereta dan membuat laluan keluar. Ada lagi salji yang lebih tebal dari itu, tapi gambarnya tak jumpa pula. Jalan raya pun dah tenggelam di bawah salji. Nasib baik masa tu masih muda. Tenaga masih lagi kuat. Kalau sekarang, entahlah .. mungkin makan bubur jer kat rumah.


 Di depan rumah di McLean, Virginia, USA pada Februari 1983.

Alangkah bertuahnya kita yang hidup di bumi Malaysia ini !

Monday, February 8, 2010

A .K. U. SEORANG TUKANG JAHIT ..!

Nama saya Hamzah Abd Hamid. Dulu saya guna nama al-lavendari. Bila saya tukar kepada nama sebenar, Makngahnya tak suka. Saya tanya kenapa. "Dah elok lah nama al-lavendari tu, kenapa nak tukar-tukar, biarlah .." katanya. Saya tak berani nak menyelam perasaannya. Takut lemas, sebab saya tak pandai berenang.

Saya bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai membuat topi. Kedai tempat saya bekerja dekat Sri Kembangan. Hari-hari saya berulang-alik dari Senawang ke Sri Kembangan. Saya kena pergi kerja hari-hari sebab tempahan datang tak tentu masa. Kadang-kadang banyak. Kadang-kadang tak banyak.

Tugas saya menjahit topi bila di beri. Bila dah dapat bahagian yang perlu di jahit, saya bebas bila nak menjahit, asalkan semuanya siap sebelum tarikh yang di tetapkan. Kadang-kadang saya bawa balik ke rumah dan menjahitnya pada waktu malam. Kadang-kadang tu saya jahit sebiji dua di kedai, lepas itu saya mengadap komputer untuk berblogging. Kadang-kadang tu sebelah pagi saya berblogging dan sebelah petangnya pula saya menjahit dan sebaliknya. Ye lah kalau menjahit sahaja sepanjang hari, boring juga kan !

Setakat ini tidak ada lagi topi yang tidak berjaya saya siapkan mengikut masa yang ditetapkan. Saya cukup selesa dengan pekerjaan ini. Walau pun pendapatannya tidaklah sebanyak mana, berbanding Bill Gates tapi waktu kerjanya yang fleksibel membuatkan saya seronok dengan kerja saya ini. Sekali sekala saya juga keluar melawat kilang pembekal fabrik atau berjumpa mereka yang menempah topi.

video

Ini lah gambar video sebahagian sampel daripada topi-topi yang sudah di jahit yang saya lekatkan kat dinding bilik saya. (Tukang jahit pun perlu bilik tau).


Oleh kerana saya tinggal jauh, saya datang bekerja naik kereta. Mahu tidak mahu ada masanya saya telah melanggar had laju yang telah ditetapkan. Bukannya laju sangat pun. Kadang-kadang tu hanya 70 ke 80 Km sahaja melebihi had laju. Sebenarnya banyak sebab kenapa saya terpaksa memandu melebihi had laju, antaranya:

1. Had laju yang ditetapkan terlalu rendah. Ada ke patut jalan 6 lorong di letaknya had laju 90 kmj.

2. Ada kereta yang dua pintu potong kereta saya dengan merbahaya seolah-olah nak mencabar kelelakian saya. Kereta saya empat pintu. Siapa yang tak marah bila kereta dua pintu potong kereta empat pintu.

3. Saya sudah terlewat.

4. Saya sakit perut dan perlu segera ke "sungai".

5. Saya telah di nasihatkan oleh mekanik saya supaya sekali sekala kena bawa kereta sampai maksimum untuk mengelakkan gear lapan daripada berkarat.

Bulan lepas saya dah kena saman sebanyak 3 kali. Saya dah bayar semuanya. Saya tak ada merayu-rayu untuk di kurangkan saman atau di kecualikan saman. Orang kata berani buat, berani tanggung atau "kalau tangan berani mencincang, bahu mesti berani memikul" (boleh faham ke budak sharamli, frodo dan oranglidi ni).

Adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sempena kempen ops sikap ini saya nak nasihatkan, jangan sekali-kali tiru perangai buruk saya ni. Selain ia boleh membahayakan nyawa sendiri ia juga boleh membahayakan nyawa orang lain. Saya pun dah bertekad tak nak lagi bawa kereta melebihi had laju (kecuali atas sebab ke 4 di atas). Perit rasanya bila terpaksa berpisah buat selama-lamanya dengan SariRiMah.

Gambar di bawah ini tidak ada kena mengena dengan kisah saya kena saman kerana memandu melebihi had laju. Saya pun tak tahu kenapa saya paparkan. Oleh itu sila abaikan !

Gambar Sisipan 2.


Damsyik, Syria: Bergambar degan Tan Sri Musa Hasan, Ketua Polis Negara, Pengerusi SPR dan seorang kawan.

* kerja saya yang sebenar bukanlah tukang jahit, tetapi lebih kuranglah dengan kerja tukang jahit dari segi bentuk, sifat, kaifiat dan tabiatnya.

.

Saturday, February 6, 2010

USAH NGADA-NGADA NAK BERBLOG BAGAI - VERSI ULANG TAYANG !

Ini lah rupanya entri saya yang saya kata dah jadi gila tu. Saya petik sebahagian. Awas .. jangan ketawa lebih-lebih !

#################################################################################

Recently, I visit a friend in Gombak I attended a feast after I married in Setapak. He plans I retired early. He dah age 55 plus I like.

"kau dah to think soundly? .. tak sayang kat to pay RM15 per month .. two thousand years longer jer .. dah closed literacy literacy closed two more years .. kau tu not even work very hard"


"dah" implement short.

"Birds that sit in the cage of gold even if he can I fly free" berfalsafah radio.

I really know dah lama nak ura-ura he retired early. Reported sick and tired.


"I was what you last pension later?"

"I know more lah PakNgah" implement a smile-face. It's all my close friends call me PakNgah.

******************************************************************************************
Kan ke bercampur aduk. Tak ke macam entri orang gila ? Kalau betul terjemahannya pun tak apa gak. Ada pulak dia kata saya kawin di Setapak !  Pokemon betul !  Fikir punya fikir, saya terfikir akan dua kemungkinan. Pertama boleh jadi saya dah tertekan  atau terpilih  "auto translation" iaitu satu perisian yang mungkin di pasang oleh ofis saya. atau saya telah terpilih "google auto  translation". Ada ke benda macam tu ?

Bagaimana pun oleh kerana ada permintaan, saya cuba susun semula entri tersebut dan paparkan  untuk tatapan dan komen pembaca budiman yang belum berkesempatan membacanya.  Mungkin tak sama 100% macam entri asal sebab saya buat semula hanya berdasarkan ingatan semata-matan. Kepada yang dah beri komen kalau nak komen lagi persilakan. Moral dari inisiden ini ialah kita kena simpan di tempat lain  apa-apa entri yang telah kita poskan. Manalah tahu jadi macam saya. Atau kalau syarikat blogspot bankrup, terbakar atau kena bom  ke, kita ada backup. Ini lah lebih kurang entri asal saya dulu.

*******************************************************************************
 
Baru-baru ini saya melawat kawan saya di Gombak. Dia bercadang nak bersara awal. Jawatan dia masa tu adalah sebagai ketua sebuah institusi kerajaan. Umurnya dan 55 plus macam umur saya..

"kau dah fikir habis2 ke ? .. tak sayang ke kat gaji RM15 ribu sebulan  .. dua tahun jer lagi .. pejam celik pejam celik dah  dua tahun .. kerja kau tu bukanlah susah sangat"

"dah" jawapnya pendek

"Burung dalam sangkar emas pun, kalau boleh dia pun nak terbang bebas " tambahnya sambil berfalsafah.

Saya sudah lama tahu ura-ura dia nak bersara awal. Jemu katanya. 

"Kau nak buat apa lepas pencen nanti ?"

"Tak tahu lagilah PakNgah" jawabnya sambil tersenyum. Semua kawan2 rapat saya panggil saya PakNgah.

"mari kita berblog nak ..!

"usah nak ngada-ngada berblog-blog pulak, umur awak tu dah  leibh 55 tahun .. pergi surau lagi bagus" celah isterinya yang sedari tadi duduk disebelahnya, sebelum sempat saya menghabiskan ayat saya.

Isterinya memang tidak takut kat dia. Isterinya sangat "control" suaminya. Dia khuatir suaminya tersangkut. Macam lah suaminya tu hensem sangat. 

Zingggggg .. telinga saya macam kena sengat oleh 100 ekor tebuan ganas sekaligus.

Apa dia ingat umur 55 tahun tu dah tua sangat ke ? Dia tak tahu ke Tun Dr Mahathir menjadi PM pada umur 55 tahun. Dan dia menjadi PM yang cemerlang selama 22 tahun.  Dan lagi pada umur 83 tahun dia mula berblog. Sekarang ini dia menjadi blogger yang paling "hot" (atau cool ?) di Malaysia. Setakat hari ini hit kat blog dia dan lebih 27 juta. 

Satu lagi, dia ingat orang yang berblog tu tak pergi ke surau ke ?

Dan lagi orang yang tak ada blog tu semuanya pergi ke surau ke?

"Aku balik dululah .. Assalamualaikum "

"Alaikumsalam .. lain kali kalau datang bawaklah makngahnya" jawab kawan saya berbahasa.

"Insyaallah .." jawab saya sambil mengundurkan kereta.

Gambar Sisipan 1.



Phildelphia, USA - 1982 - Duduk semeja dengan Tun  Dr Mahathir dan Tun Dr Hasmah.

Friday, February 5, 2010

INI LAH BAHANA MENGUMPAT AGAKNYA ?

Baru tadi saya ada pos satu entri bertajuk  "USAH NGADA-NGADA NAK BERBLOG-BLOG  BAGAI ..!" Tiba-tiba entri saya jadi gila. Dia jadi bercampur di antara bahasa Inggeris dan Melayu. Saya nak papar kat sini pun saya segan. Macam mana boleh terjadi saya pun tak tahu. Butang mana yang saya telah tertekan pun saya tak tahu. Maka saya terpaksa menarik semula entri itu. Kalau boleh diperbaiki saya akan pos semula, kalau tidak setakat ini sajalah. Bagaimanapun saya salin dan paparkan komen-komen pembaca yang sempat memberi komen dan komen balas saya. Nasib baik yang ini tak tercemar.

Post a Comment On: KomenSen "USAH NGADA-NGADA NAK BERBLOG-BLOG BAGAI ..!"


37 Comments - Show Original Post

Collapse comments azieazah said...

Bang HAMZAH... agaknyer kalu isteri dia itu, dapat peluang berblog, dia lak yang lebih nanti..

Masak pun nak snap gambor pun dalam blog..

Cucu start bertatih pun nak boh gak gambar..

Menggunakan sesuatu dengan cara yg betul, akan positif lah hasilnya...

yang tak betul? bila SALAHGUNA...



February 5, 2010 12:34 PM



Hamzah Abd Hamid said...

aziezah

t.kasih atas komen yang mendorong dan menyedapkan telinga mendengar. benar apa pun benda, kalau kita salah guna akan memudaratkan.

p.s. tahniah kerana dah dua hari berturut2 jadi juara !

February 5, 2010 12:41 PM


oranglidi said...

wah! gamba dgn tun tu!!!!!

[berblog ni satu medan untuk seseorang melontarkan idea, lepaskan tension, berkarya, kongsi maklumat, kongsi pengalaman dan banyak lagi kegunaan nya. TAK TERTAKLUK PADA UMUR LAAAAA.. kan?]

February 5, 2010 1:08 PM


Erna said...

salam..

dulu masa memula disuroh tulis blog..ini lah yang saya takuti..takut dikata..dah tua pun mengada2 nak berblog..tapi adik2 yang ada blog ni..bagi semangat..tak pe katanya..dan macam2 lagi...yang membuatkan saya berani..memulakan langkah menulis..biarpun cerita biasa2 je..nak tulih lelebih takut..maklum la kan..kita ni dah umor 5 siries..


February 5, 2010 1:19 PM

sI tEDI said...

ha ha ha.


berblog x kira umur.

jangan banyak usianya.. lagi banyak entry yg berguna dan bermanfaat!


February 5, 2010 1:20 PM


azieazah said...

Juara? hmmm... pengomen terawal ek?

ohh.. ada hadiah tak? Ahaks!

February 5, 2010 1:20 PM


shaniza said...

Salam abg Hamzah..

Tah kenapa bila saya masuk blog ni, saya akan teringat arwah abg saya yg lebih kurang umurnya dgn abg Hamzah.. pun dipanggil Pak Ngah.

Org yg tak faham apa itu blog tentu pandang negatif pd blog. Jgn kata isteri kwn abg Hamzah tu, kwn saya yg lebih muda pun beranggapan demikian. Saya bgtau dia blog utk semua peringkat umur dan byk ilmu pengetahuan boleh disalurkan dengan mudah. Hasilnya dh 3/4 org kwn sek yg saya ajarkan cara buat blog.

Teruskan berblog dan ceritakan pengalaman abg Hamzah yg byk agar jadi panduan generasi akan datang..

p/s tentu kekok nk suap makan masa makan dng PM tu kan?

February 5, 2010 1:21 PM


Finaz said...

"Isterinya memang tak takut kat dia dan sangat "control" suaminya"

fuiii..mak ai..Nih isteri yg berani ker suami yg penakut? hehe..
aisey..mbaca & ngumpat lak saya hari nih..tlg sampaikan salam maaf saya kat kwn awak & wife dia.. soweee.. (ntah apahal hari nih saya TERkepoh masalah r/tgga org lak nih isk..isk..)

February 5, 2010 1:38 PM

ummi humaira said...

salam akhi Hamzah...

kita berblog ikut suka hati kita ler , kalau buat yg baik ada faedah nya gak , jgn ler beblog yg tak senonoh ..
ummi dpt rakan2 yg baik2 melalui alam maya ni dan yg paling girang ummi ketemu 2 org sedara bila join perjumpaan PDKM aritu.
dgn berblog pun kita dpt bertazkirah juga berkongsi ilmu yg ada.juga bertukar2 pendapat ..

February 5, 2010 2:01 PM


rosnanie said...

salam pakngah

dh jadi adat manusia, belum cuba belum tahu. Dia belum tahu lagi keseronokan berblog ni. Kita berblog ni bukan buat sesuatu yang salah, dan juga bukan sehingga kita mengabaikan tanggungjawab. So pakngah, abaikan je lah kata2 tu... pada sy orang yang lagi veteran ni kalau berblog lg banyak pengalaman yang mereka boleh kongsi, maklumlah dh lama hidup kan? Betul tak pakngah? Org kata org tua ni ibarat kelapa, makin tua makin berlemak santannya... hehehe...bukan makin tua makin ada hati nak pasang dua kan pakngah kan?

February 5, 2010 2:02 PM

annie said...

Bang Hamzah, samo lah kes eh ngan saya sblum ni, blog2 pun, solat kito buek, tanggungjawab rumahtanggo tak terabai, kan. Tak semestinya yg tak do blog tu longkap sume eh bang kan... org kampung saya ckp "don't judge a book by it's cover".

February 5, 2010 2:12 PM

sahromnasrudin said...

tuan, nape tuan memisahkan tun m dan tun hasmah..cian tuan duduk tgh2...heheheh...apepun, masa tue sy baru umur setahun epal (mak sy bg mkn epal, tak bg mkn jagung)

February 5, 2010 2:58 PM

relevan said...

Huh..ni kes sampai hati ye abg Hamzah..kawan yang dah masuk 40an ni pun ada yang kata dah tua nak berblog..tapi kawan kawan kawan yang muda belia pun banyak join kawan..
Cuma akak kat rumah sahaja yang selalu kata '' Abang selalu kelihatan muda bila berblog..tapi jangan menyeleweng nanti saya kerat2 ''!..

February 5, 2010 3:01 PM

DUN Behrang 2020 said...

Setuju bila kata orang berblog masih boleh pergi masjid dan org yang tak de blog tak semestinya pergi masjid...mungkin dorang asyik ngan FB atau twitter kot...


February 5, 2010 3:03 PM

endiem said...

orang lama banyak pengalaman, jadi apa salahnya dia curahkan idea dan pengalamannya melalui blog kepada jenerasi baru , satu kesinambungan.

February 5, 2010 3:14 PM


ONE ZABA said...

awal -awal dia blok suami nya untuk berblog...

February 5, 2010 3:16 PM


maiyah said...

hehe.. angkat kaki wat dek je

February 5, 2010 3:18 PM


Hamzah Abd Hamid said...

oranglidi

pakcik suka kenyataan yang awak tulis dalam breket [ ] tu ! tapi cakap isteri kawan pakcik tu ditujukan kepada suami dia. tapi pakcik yang terasa .. seperti kata pepatah "pukul anak sindir menantu".


February 5, 2010 3:30 PM


Hamzah Abd Hamid said...

erna

setelah baca komen2 selepas komen erna, saya mendapt suntikan semangat baru untuk meneruskan berblog kerana saya ada kelapangan sikit dalam kerjaya sekarang .. ia tidak mengganggu tugas saya.


February 5, 2010 3:34 PM

Hamzah Abd Hamid said...

sl tEDI

harap2 apa yang saya tulis selama ini ada manfaatnya.


February 5, 2010 3:35 PM


Hamzah Abd Hamid said...

aziezah

kalau janji awal2 boleh di pertimbangkan !


February 5, 2010 3:36 PM


Hamzah Abd Hamid said...

shaniza

t.kasih atas dorongan. Dua kali kebetulan, nama arwah abang awak dan gelarannya sama dengan saya. berapa umur dia semasa dia meninggal ?

p.s. saya pun tak ingat apa saya makan hari tu ! yang seronoknya sebelum dia sampai ke hotel kita orang masuk bilik dia dan kita try tilam dia dulu !


February 5, 2010 3:41 PM


Hamzah Abd Hamid said...

finaz

tak ada kerja saya nak pergi nyampaikan salam maaf awak kat dia .. saya sebenarnya sikit pun tak marah kat dia, saya menyampah jer .. tu yang cepat2 saya cabut tu !

February 5, 2010 3:43 PM


anNahlu said...

ke surau atau masjid pun masih boleh berblog...

blog salah satu cara berkomunikasi,berkata-kata, berinteraksi atau berbicara masa kini..

bila berblog samalah kita berkata-kata tentu yang ada nilai atau berfaedah..

bila berblog ada nilai, berfaedah tentu ada ganjaran...oleh itu niatkan tujuan kita...keranaNya..

akhirnya berblog dapat, amalan baik dapat, ganjaran dapat...pendapatan dapat, ilmu dapat..kawan, sahabat dan... dan lagi..lagi..dapat...

Syabas tengok gambar sejarah dulu2..dalam kenangan.. bersama YAB PM masa tu..belum Tun lagi kan.

apa agaknya dibincang masa tu...bukan bab blog kut.. pasti bukan kerana..


February 5, 2010 3:43 PM


Hamzah Abd Hamid said...

ummi humaira

salam ukhti Humaira...

apa yang ummi cakap tu semua benar belaka. tetapi kekadang bila kita terlalu cemburu, kita jadi takut pada bayang2.


February 5, 2010 3:45 PM


Hamzah Abd Hamid said...

rosnanie

salam kembali. saya memang dah abaikan kata2 dia. kalau tidak, kita tidak bertemulah di sini. saya memang tak ada hati nak pasang dua, kecualilah makngah paksa.. nanti kecik pula hati dia kan ! hehe


February 5, 2010 3:48 PM


Hamzah Abd Hamid said...

annie

wah cakap orang putih pulak awak kali ni. tapi kalau nak beli durian tu, cek-cek jugalah kulitnya manalah tahu kok dah berlubang sano sini masuk dek ulek (ulat)!


February 5, 2010 3:51 PM


Hamzah Abd Hamid said...

sahromnasrudin

dia nak duduk sebelah pegawai perempuan .. dah lupa siapa dia. dalam gambar tu muka dia terlindung. setahun epal tu berapa tahun agaknya ?


February 5, 2010 3:55 PM


Hamzah Abd Hamid said...

relevan

dia nak kerat kabel internet lah tu ! tak apa, awak beli yang "wireless" punya.


February 5, 2010 3:57 PM


Hamzah Abd Hamid said...

DUN Beharang

saya seronok bila awak setuju .. satu undi lagi untuk saya.


February 5, 2010 3:58 PM


Hamzah Abd Hamid said...

endiem

betul .. satu kesinambungan yang didokumenkan. tak macam cerita penglipur lara yang disamapaikn secara lisan. harap2 blogspot tak tutup.


February 5, 2010 4:00 PM


Hamzah Abd Hamid said...

one zaba

agaknya dia berpegang pada prinsip "cegah sebelum parah"


February 5, 2010 4:01 PM


Hamzah Abd Hamid said...

maiyah

hari tu saya tak dapat angkat kaki .. sebab saya naik kereta. hehe


February 5, 2010 4:01 PM


Hamzah Abd Hamid said...

anNahlu

betul, saya tak bincang pasal blog kerana masa tu "blog" belum berkahwin lagi dengan "spot". lama kemudian barulah mereka berkahwin dan larirlah "blogspot".

berblog ni macam2 dapat, cuma saya belum dapat duit lagi. itu pun bukan tujuan saya buat masa ini. masa depan bila dah tak bekerja lagi, mungkin juga.


February 5, 2010 4:08 PM


siti murni ishak said...

berblog tak kira usia...


February 5, 2010 4:15 PM


Hamzah Abd Hamid said...

siti murni ishak

betul juga .. tapi kalau tak kira usia, macam mana kita nak tahu umur kita ?


February 5, 2010 4:18 PM


Finaz said...

ohh actually ada tau cecara nak wat ilang nyampah.. nti kalo kita TERjumpe nti sy gitau yer hehe..



February 5, 2010 4:19 PM


Ada sesiapa yang pernah mengalami kejadian seumpama ini ? Bagaimana ia boleh terjadi ? Bagaimana nak memperbaiki ? Dapat kah diperbaikki ? Dan bagaimana nak mengelakkannya dari berulang ? 

Terima kasih di atas bantuan anda semua.

Thursday, February 4, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 4 - CHERRY BLOSSOM, WASHINGTON D.C.

 Gambar di bawah di ambil pada tahun 1984 di Washington D.C.  Bersiar-siar sambil menikmati kecantikan  "Cherry Blossom" dan udara segar musim bunga, tidak berapa jauh dari "White House". Memang indah dan mendamaikan.




 TAPI


Apa kurangnya keindahan tanah air kita!

Gambar 20 tahun kemudiannya di Cameron Highlands.



Bagaimanapun saya khuatir, berdasarkan laporan yang kerap di buat oleh Saudara Karam Singh Walia; cucu cicit kita mungkin tidak lagi dapat menikmati keindahan dan kedinginan udara di Cameron Highlands pada suatu hari nanti. Sayanglah kan .. kalau anugerah Allah ini kita persia-siakan !

p.s. Saya harap Shaniza membaca entri ini kerana komennnya dalam entri saya lalu membuat saya membongkar koleksi gambar lama saya. Insyaallah kalau mendapat penerimaan baik, akan banyak lagi gambar saya semasa berada di luar negara akan di paparkan. Mungkin  sebagai sisipan atau supplemen dan bukan sebagai satu entri penuh.  Beginilah komen Shaniza:

"Salam abg Hamzah..

Mesti banyak koleksi gambar di luar negara. Kalau ada gambar2 permandangan yg cantik, letaklah lagi. Suka tengok keindahan alam yg Allah kurniakan kepada kita. Saya mungkin tak berpeluang melawat ke luar negara tp dgn gambar2 yg dipaparkan dptlah saya 'melawat' sama."

February 2, 2010 9:20 PM

Wednesday, February 3, 2010

NO ENTRY ..!




Maaf.

Tak ada entri baru di sini.
 Hari ini giliran tuan rumah pergi ke rumah isteri blog satu lagi. Kalau  nak kacau dia kat sana, dia tak kisah !
 
Kalau nak masuk, sila ketuk pintu dulu kat sini (knock knock).

Tuesday, February 2, 2010

TERKENANG SEMASA DULU 3 - "MARBLE ARCH"


Gambar 1:  Di depan "Marble Arch", London - 1982.



Gambar 2: Terjumpa  Dengan Pelajar2 Malaysia Dari Ireland - 2005.


Gambar 3: Kat Sini Lagi ... Kini Dengan Makngah nya- 2006.

Tempat yang sama.  Pelakon utama yang sama. Tahun yang berlainan. Saya bersyukur kepada Allah kerana di panjangkan usia dan dimurahkan rezeki dan diberikan peluang dapat ke sana berkali-kali.  Tapi macam mana pun hujan emas di negeri orang, baik lagi hujan  batu di negeri sendiri.   (Ini peribahasa ye  !)  

Seindah mana pun tempat orang, indah lagi tempat sendiri. Seseronok mana pun melawat tempat orang, seronok lagi tinggal di negeri Sembilan sendiri. Sesedap mana pun makanan tempat orang, sedap lagi makanan di negara sendiri.

Percaya tak, negara kita sedikit sebanyak ada menyumbang dalam pembinaan "Marble Arch" (klik untuk maklumat lanjut) ini dahulu. Ia dibina pada tahun 1828,  yang mana pada masa itu British (Cikgu Xiiinam, betulkan kalau saya silap) sedang menjajah tanah air kita. Tentulah sedikit sebanyak duit hasil getah dan bijih timah dari negara kita telah di gunakan untuk membina struktur ini. Jadi tak salah kan, kalau saya  bergambar di depannya !

p.s. kalau hari tu semasa di Switzerland saya kepingin sangat mahu ketemu Aiswarya Rai, akhirnya kat London dapat juga bergambar dengan dia  .. (Abu Muaz  di larang sama se kali menengok gambar ini. Tengok dua kali tak apa ! )


Monday, February 1, 2010

IKAN APA ? ... IKAN APA ? ... IKAN APA ?

Kalau pergi memancing belum tentu dapat ikan, tapi kalau tak pergi memancing dah tentu tak dapat ikan (ikan beli, ikan orang beri, ikan curi, ikan jumpa dsb, tak aci). Jadi pergilah memancing. Mudah-mudahan dapat ikan, macam Pakngah ( formerly known as al-lavendari ) kat bawah ini.


tak percaya ..?

video

Tak percaya lagi .. manalah tahu kok ada yang kata itu ikan dah mati beli kat pasar (macam Yunus Badawi beli ikan patin)
video

Kalau saya pergi memancing, saya tak pernah lupa bawa dua benda - topi dan tayar "spare" (selain dari nasi lemak, roti canai, pulut kunig, pisang, limau, keropok lekor, gula-gula, kuaci dan tak lupa juga air kopi dan air mineral semula jadi serta bantal dll). Topi untuk mengelakkan bunga-bunga lalang dari berterbangan, dan tayar "spare" terpaksa bawa kerana dah tak dapat nak di pisahkan.

p.s 1. maaf, mutu gambar dan video tu kurang memuaskan sebab saya guna kamera henfon "bluckcurry cap baba's" (tak macam finaz punya) .. tapi cukuplah untuk dijadikan bahan bukti kepada Mak Ngahnya.

p.s 2. mutu sinematografi gambar yang di ambil oleh baba's itu juga kurang memuaskan (orang dah tolong ambilkan gambar pun pakcik ini masih tidak bersyukur ).

p.s 3. kalau nak tahu itu ikan apa .. baca huruf yang di merahkan di perenggan pertama di atas .. senohong !