1. Tajuk Entri: AKULAH JUARA ..
2. Tarikh Disiarkan: 13 Januari 2011
3. Nama Blog: Berjalan... Melihat... Mentafsir.
4. Nama Pena: Far_red
5. Lokasi: Malaysia.
6. Link: http://mohdfarid87.blogspot.com/2011/01/akulah-juara.html
7. Sedutan Entri:
"Kehidupan di alam rahim bukanlah kehidupan yang asing kerana kita semua pernah melalui alam tersebut. Proses ini telah jelas dinyatakan dalam Surah Al Mukminun ayat 14 yang bermaksud :
"Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka maha sucilah Allah, pencipta yang paling baik"
Daripada perspektif sains pula, proses kejadian ini telah dihuraikan melalui kajian-kajian yang telah dijalankan. Pada entri kali ini, saya rasa tertarik untuk berkongsi proses penciptaan manusia daripada saat pertemuan sperma bapa dengan telur ibu, hinggalah ke minggu ke-36 kehamilan untuk renungan kita bersama"
Entri ini agak panjang kerana ia memperincikan proses kejadian manusia dari saat mula sehingga sampai saat kelahiran .. lengkap dengan gambarnya sekali.
8. Kenapa Saya Suka Entri Ini:
Entri ini sesuai dengan sambutan ulang tahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Saya anggap ia sebuah entri yang lengkap kerana menggabungkan penemuan sains dengan kebenaran ayat-ayat Allah di dalam al-Quran yang menunjukkan kehebatan dan kebijaksanaan Allah SWT dalam penciptaan manusia .. bagi yang mahu berfikir.
9. Kesimpulan:
Saya tidak ingin membuat kesimpulan baru kenapa kita dikatakan juara kerana kesimpulan yang dibuat oleh Far_red sudah amat cantik sekali. Marilah kita renung dan insafi apa yang ingin disampaikan oleh penulis.
"Penciptaan manusia adalah sebaik-sebaik kejadian. Secara peribadi, saya berasa amat kagum dengan proses penciptaan ini yang amat sempurna membuktikan keesaan Allah yang mampu menciptakan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Namun dalam memahami proses kejadian manusia ini, pernahkah kita terfikir kita semua sebenarnya adalah juara?.
Daripada beribu-ribu saudara kita yang berenang bersama-sama di dalam rahim, kitalah yang paling kuat dan bertuah kerana terpilih untuk menggalas amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Persoalan yang tinggal sekarang, setakat mana amanah itu kita telah laksanakan?. Saya tinggalkan persoalan tersebut untuk renungan kita bersama."
Selebihnya anda boleh baca di sini.
.............................oo0oo................................
Kita Juara, Kita Khalifah,
Jangan Terleka, Musuh Bersepah.
Selamat Menyambut Hari Maulidul Rasul kepada semua pembaca yang beragama Islam.
.