Sunday, September 23, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 60: PENGALAMAN BEKERJA DI SARAWAK.

Ini adalah entri saya di bawah segmen Terkenang Semasa Dulu yang  ke - 60. Namun dalam banyak-banyak entri di bawah segmen ini, tidak ada satu entri pun yang mengkhusus kepada pengalaman saya bekerja di Kuching, Sarawak pada tahun 1980 - 1981. Kali ini saya ingin berkongsi cerita dan pengalaman saya bekerja di sana. 

Saya memohon untuk bekerja di Sarawak kerana inginkan pendapatan yang lebih kerana akan berkahwin. Gaji saya masa itu kecil sahaja dan tanggungjawab kepada keluarga pula adalah banyak dan berat. Semasa saya mendapat kebenaran bertukar, tarikh perkahwinan saya telah pun ditetapkan. Ternyata keputusan saya memohon bekerja di Sarawak di saat orang lain cuba mengelakkannya adalah satu keputusan yang betul dan saya sedikit pun tidak menyesalinya. Sesungguhnya ia banyak sekali meninggalkan kenangan manis dan menambah pengalaman kepada kehidupan awal saya berumah tangga.


Gambar 1: Inilah bilik saya di tingkat 3 bangunan Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, Kuching, Sarawak.



Gambar 2: Bergambar di hadapan bangunan pejabat saya dengan ibu mertua dan saudara sebelah isteri saya yang datang melawat kami di Kuching. Bapa mertua jadi tukang ambil gambar.


Gambar 3: Inilah sebahagian pegawai dang kakitangan pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak tempat saya bertugas. Yang di tengah-tengah itu adalah Almarhum Dato' Syed Rosley Syed Abu Bakar, boss nombor 1 kami yang banyak merubah hidup saya.

 
Gambar 4: Di masa lapang saya gemar bermain ping-pong. Tidaklah pandai sangat tapi bolehlah mengalahkan orang yang lebih tak pandai dari saya.


Gambar 5:  Memang selalu ada makan percuma. Bila ada sahaja pelawat dari KL atau kengkawan yang nak bertukar ke Semenanjung, pasti ada jamuan.



Gambar 6:  Ini satu lagi jamuan .. untuk apa, saya dah tak ingat lagi. Melalui jamuan-jamuan seumpama ini, kami pegawai-pegawai dari Semenanjung dapat mengeratkan lagi ikatan persahabatan yang telah pun sedia kukuh.



Gambar 7: Makngahnya juga turut terlibat sama dalam jamuan-jamuan yang di adakan. Kelihatan berdiri berbaju putih di belakang adalah Toh Pn Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah  isteri kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama kita


Gambar 8: Di tepi sungai Rejang di pekan Kapit. Saya ke sini dalam rangka menjalankan tugas rasmi. Pada masa itu cuma ada satu sahaja kedai makan halal di pekan ini.


Gambar 9: Saya ke Kapit menaiki helikopter yang disewakan khas untuk saya kerana hendak menjimatkan masa. Pilotnya yang di tengah-tengah turut bermalam di Kapit kerana menunggu urusan saya selesai.

 

Gambar 10: "Orang putih" telah sampai ke Kapit pada tahun 1880 dan siap membuat kubu lagi. Kalau berhajat nak tahu lebih lanjut tentang kubu ini sila klik sini.


Gambar 11: "Cantik tak gigi saya ?"  agaknya itulah yang dikatakan oleh Makngahnya kepada tetamu yang berkunjung  ke rumah kami. Masa itu tetamu hanya duduk di lantai sahaja kerana kami belum mampu membeli sofa.





bersambung ..

34 comments:

  1. Teringat saya ditawarkan untuk bertugas di Kapit 3 tahun yang lalu...

    ReplyDelete
  2. seronoknye imbas semula kenangankan. dulu saya pernah berhajat nak sambung study ke sarawak...tp disebabkan kekangan kewangan ... sambung belajar kat tempatsendiri sahaja. Tapi Alhamdulillah, sy sendiri sudah sampai ke Sarawak tahun lepas. Sarawak sangat best bagi saya. Berhajat nak ke sana lagi untuk bawa mak dan ayah pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang Sarawak akan sentiasa berada dalam kenangan indah saya tambahan lagi berbulan madu dan anak pertama lahir di sana.

      Delete
  3. kuatnya Pak Ngah masa muda dulu... jadi tauladan pada saya skang. thanks atas cerita yang beri semangat ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat kuat tu kerana keadaan memaksa ..

      Delete
    2. Subhanallaah... Saya saja Google nama Almarhum datuk saudara saya Dato Syed Rosley Syed Abu Bakar Jamalullail. Tiba2 ternampak En al-levendari punya blog n nampak gambar Almarhum rasa terubat rindu...

      Delete
  4. DULU PUN PERNAH SEKALI KE SARAWAK.. ITUPUN PERGI BERKURSUS 2 MINGGU DI MUZIUM SARAWAK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada trip keluar dari bandaraya Kuching ke masa tu ?

      Delete
  5. Sebenarnya agak seronok jugak kerja di sabah/sarawak. Kita rapat dengan kawan sebab keluarga jauh, sampai rasa macam keluarga, akrabnya sampai sekarang w/pun berpisah lebih 20 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. tapi bila masing2 dah balik ke Semenanjung sudah duduk berjauhan dan masing2 sibuk dengan hal sendiri .. akibatnya sangat jarang berjumpa walaupun di hati tak pernah lupa.

      Delete
  6. Memang seronok, menimba pengalaman di tempat orang. Sayangnya famili makngah kepada al-lavendari; tetap mengunjungi walau jauh. Pada Foto 5, yang berbaju gelap tu Dato' Sani, ya?

    Gambar-gambar lama, amat hebat kemampuannya mengingatkan kita makna perjalanan hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mertua saya datang kerana ingin tolong menjaga isteri saya yang akan bersalin.

      benar, itu gambar Dato' Sani Adam .. masa itu dia jadi boss saya.

      Delete
  7. tahun 1981 saya baru lahir tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau begitu, awak sebaya dgn anak sulung saya.

      Delete

  8. Salam, ucapan terima kasih kerana menulis arwah bapa saya telah banyak merubah
    hidup tuan, moga ke arah kebaikan lah ya...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali. uncle sangat terhutang budi kepada arwah ayahandanya kerana dengan sokongan kuat dia, uncle dapat bekerja di USA yang tentunya merubah hidup uncle ke arah kebaikan.

      ayahandanya seorang yg tegas, berprinsip, pemurah dan baik hati.

      terima kasih kerana baca entri ini dan meninggalkan komen. tak sangka pula awak terjumpa entri ini.

      Delete
    2. Ehhhhh... Aunty AYU...hahahaha... Nine baru nak copy gambar n send it to u aunty... Rupanya you've been here way earlier... Nine tiba2 teringat arwah Tok Ami. That's why I searched for his photo... Hehe... Thank you so much to uncle Al lavendari.

      Delete
    3. kalau nak tengok gambar almarhum lagi, sila tengok entri uncle bertarikh 27 Ogos 2013.

      Delete
    4. Haha Nine, yes, much earlier..

      Delete
  9. pakngah memang suka bergambar ye.. dan ternyata semua tu boleh menggamit memori silam utk dikongsi bersama. tak rugi simpan kenangan melalui gambar.

    ReplyDelete
  10. amboi... cantiknya makngah bertuah dikalung bunga pink dan kuning lagi... hehehe

    ReplyDelete
  11. Seronok bila kenangkan hal-hal yang pernah kita lalui satu ketika dulu.

    ReplyDelete
  12. mengimbau kenangan lama ketika muda²..mesti seronok kan Pakngah..kalau bole nak kembali ke zaman tersebut kan Pakngah...

    ketika ni sy masih baby lagi...baru nak kenal dunia..hehehe

    ReplyDelete
  13. perghh..pakngah mmg otai dan luas pengalaman la dari tgk gambo2 tu..ni yang nak bodek ni mana tau ade ilmu yang rare sikit ke nak ajar org muda..hehe..

    thanks pakngah sudi singgah blog saya.salam kenal..ni buat lawatan kembali,polo,komen and insya'allah stalk terus kat sini..

    ReplyDelete
  14. Pak Ngah, baru semalam saya baca cerita kehidupan awal2 Pak Ngah selepas berkahwin, ada la sikit pasal di sarawak hhihii. So hari ni macam ada sambungan dia yippieee. Hebak dulu2 lagi dah ada drebar kapalterbang persendirian ;)

    ReplyDelete
  15. kenangan mengusik jiwa ye.. tak pernah lagi sampai ke Sarawak. teringin hati.

    ReplyDelete
  16. kdg2 nak je berada di zaman tu balik... masa tu kita hidup harmoni je.. mmg susah nak cari pekerjaan time dulu2 tp rakyat Malaysia tak bertelagah mcm sekarang... semuanya sibuk dgn pahaman politik masing2... adeh...

    abang, entry ni sentimental value tu... mesti abg tersenyum lihat gambar ni kan?

    ReplyDelete
  17. huhuhu.

    cantik gigi mak ngahnye...

    masa zaman-zaman ni saya belum lahir lagi...

    ReplyDelete
  18. SAYA KERJA KAT SARAWAK TAK PERNAH, TAPI PERNAH KURSUS 2 MINGGU DI MUZIUM SARAWAK.. :)

    ReplyDelete
  19. Pak Ngah boleh ke orang kita mohon kerja di spa Sarawak direct?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada iklan yang menjemput semua rakyat Malaysia memohon (bukan hanya untuk penduduk Sarawak sahaja), sudah tentu boleh.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.