Thursday, October 10, 2013

SEMALAM SAYA MENERIMA FOLLOWER YANG KE 951.


 
Sebenarnya sudah agak lama saya tidak mendapat follower baru.  Jadi saya agak teruja sedikit bila kelmarin saya mendapati bilangan follower saya bertambah seorang lagi menjadi 951 orang. Sudah agak lama bilangannya terhenti pada angka 950.  Saya ingatkan Blogspot sudah menetapkan  bilangan follower bagi blog saya hanya setakat itu.



Terima kasih kepada Mamamyja yang menjadi follower yang ke 951. Sayangnya saya tidak dapat membalas lawatan dan nak follow balik blog dia sebagaimana yang dimintanya kerana link yang ditinggalkan tidak membawa saya ke blog dia.  Ataupun mungkin saya yang tidak pandai. 

Melalui entri ini saya ingin mengucapakan terima kasih kerana sudi berkawan dan berharap dia dapat memberi link blog dia agar saya dapat follow balik.

Orang kata 'berkawan biar beribu, berkasih biar satu'. Nampaknya saya kena tunggu sedikit masa lagi untuk mendapat kawan sampai beribu. 



19 comments:

  1. Pasti dah beribu yg singgah walau pun tak follow...Saya salah sorang follower yg rasa selesa singgah di sini.You are one of a kind,ada sense of humour, sentiasa merendah diri dan kadang tu kiasan tajam bagi orang2 yg faham.Handsome pun yer jugak...Ops, sory makngah,usik sikit jer...Keep it up Pakngah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak terkata apa-apa .. malulah terima pujian yang sebegitu tinggi sedangkan saya hanyalah umpama seekor tungau. hehe.

      Delete
  2. tahniah pak ngah dapat follower baru...

    dh hampir ribu dah follower... good luck!

    ReplyDelete
  3. Sebab saya follow jugak dapat 951..kalau x 950 je..hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sesangat .. kalau awak tak follow kuranglah sorang follower saya. terima kasih.

      Delete
  4. 'berkawan biar beribu, berkasih biar satu' betul tu tuan.

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Wow! bertuahnya dah ada follower hamper seribu orang, Tahniah!

    ReplyDelete
  6. Tahniah. Moga makin bertambah kawan baru yer pakngah.

    ReplyDelete
  7. hehehe... sy pny br 119, tu pun tah bila tahun byk tu pun x tau

    ReplyDelete
  8. hye... tetiba mamamyja terkezut ada muka i kat blog bloggers lain.. tapi kan klau klick kat muka mamamyja sure keluar punya link. ok lah mamamyja tinggalkan dekat sini.. search pon dah jumpa.. www.mamamyja.com ... hihik

    ReplyDelete
  9. CUKUP RAMAI.. NTAH BILA FOLOWERS SAYA NAK SERAMAI MACAM TU..

    ReplyDelete
  10. Amboi pakcik....apakah rahsianya? Pyh sy nak capai follower mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada rahsia apa-apa .. bilangan itu walaupun tidak seramai mana namun pakcik rasa sangat gumbira menerimanya.

      Delete
  11. Sya folo blog al lavendari #953..jika sdi snggh ke blog sya..: D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi follow dan saya dah follow balik.

      Delete
  12. Tahniah Pak Ngan...Aina lambat lagi kot nak dapat beribu tu..:)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.