Gambar ihsan Google.
Saya tak pasti samada anda pernah mengalaminya atau tidak. Katalah seorang kenalan lama kita telefon nak datang rumah esok petang. Selepas saling bertanya khabar, dia pun beritahu ..
Kenalan: Aku cadang nak pergi rumah engkau petang esok lepas 'Asar. Engkau tak kemana-mana ke ?
Kita: Baguslah. Kita pun dah lama tak jumpa. Aku tak ada cadang nak kemana-mana esok.
Kenalan: Cantik .. esok aku telefon kau kalau aku jadi datang. Usah susah-susah .. kalau aku jadi datang pun, sorang je.
Apa tindakan yang sepatutnya kita buat selepas terima panggilan seumpama tu? Nak bersedia ke tidak ? Sebab dari kata-kata kenalan kita itu, dia tak pasti akan datang atau tidak.
Kalau kita sedia lebih-lebih, takut dia tak datang. Membazir je mee kari yang kita buat. Kalau tak sedia dan dia benar-benar datang, takkan nak bagi air kosong je. Ish .. serba salah juga dibuatnya.
Pernahkah anda mengalami situasi yang serupa? Apa tindakan yang anda buat ? Kalau belum pernah, apakah tindakan yang sepatutnya anda buat?